Zon Bahasa Melayu > Sembang Hobi Dan Minat

sapa bela arnab..?

<< < (10/23) > >>

iceburn:
Assalamualaikum,
terpanggil jugak saya setelah meround? sekelian forum yg ada di internet, terjumpa pulak forum bikerz yang berborak pasal arnab. macam? cerita yg keluar eheheheh

ada masalah tu saya baca, arnab makan anak dia semasa dia melahirkan.
masalah nih berlaku ada beberapa sebab,
pertama- dia semasa itu dihidapi sindrom ibu muda (young doe syndrome). selalunya sindrom ni terjadi kat ibu yg first time beranak atau ibu yg beranak pada usia awal matang. selalunya umur matang seekor arnab 4-5bulan(bergantung pada baka, ada baka yang sampai 9-12bulan baru matang).
kedua- keadaan situasi semasa dia tengah beranak tu tidak slamat, terdapat ancaman disekeliling kawasan dia beranak, gangguan dari kita(manusia), gangguan dari makhluk perosak(lipas @ tikus). Bila keadaan semacam ini berlaku, arnab merasakan ia adalah ancaman kepada anaknya, jadi tindakan dia ingin menyelamatkan anak dia adalah dengan cara memasokkan anaknya kedalam mulut(menyorokkan)...
ketiga- kekurangan tenaga(akibat dari aktiviti beranak tadi), tembuni yg sepatutnya menyediakan protein yang tinggi terjatuh keluar dari kandang, pilihan lain ialah dengan memakan anak yg paling lemah(ibu arnab pandai memilih anak yg berpotensi dan lemah). anak arnab baru lahir(yg tengah merah lagi tu) amat tinggi kandungan protein, jadi dapat membantu memberi tenaga kepada siibu setelah penat melahirkan anak-anak arnab(paling sikit 4, paling banyak 12)

itu la serba sedikit ilmu yg saya dapat kongsi bersama... ehehehhe nak tau lebih lanjut pasal ternakan arnab, bleh try lawati dan study di You are not allowed to view links. Register or Login, ini blog saya, blog perkongsian ilmu ternak arnab. klu nak join kursus menternak pon bleh lawati blog tadi.
nanti saya kongsi lagik ilmu lain kat forum nih~

Ahmad Fahmi Alias aka iceburn
ArnabKiut? Rabbitry
Setiausaha Agung (Protem)
Persatuan Penggiat Industri Arnab Malaysia
Malaysian Rabbit Production Association (MyRPA)

PaKCiK KoRDi:
woho,mau join skali ley x?
dlu pnh gak bele sekor..
 ;D ;D

iceburn:
You are not allowed to view links. Register or Loginwoho,mau join skali ley x?
dlu pnh gak bele sekor..
 ;D ;D

--- End quote ---

boleh je bang, sekarang kitorang tengah provide kursus menternak arnab dengan konsep meminimakan kos.
semua kita ajar, dari DIY sangkar, feeder box, tempat beranak(nestbox) dan yg paling penting, penghasilan makanan sendiri, dari sumber yg kita boleh dapat dari sekeliling kita, rumput, sisa buangan industri makanan dan ladang.
dengan cara ni, kita dapat mengurangkan kos menternak, tujuan yang paling penting ialah menurunkan harga daging arnab di pasaran sehingga harga yang betul? relevan dan munasabah(harga pengguna).
tahukah anda..ehehehe

* harga sekilo daging arnab ketika ini dipasaran mencecah sehingga RM38/kg, dengan harga yg tinggi ini, daging arnab tidak dapat dimanfaat dan dinikmati oleh semua golongandan fakta yang paling pnting, daging arnab di Malaysia adalah daging arnab paling mahal di DUNIA!
* secucuk sate arnab di sate hj samuri ialah RM1.60 ketika ini, faktor harga daging RM38/kg lah yg membantutkan penjualan seimbang di sana, jika harga sate arnab dapat disaingkan dengan harga sate ayam dan daging, tak mustahil semua orang mampu menikmati sate arnab(RM0.80 misalnya)
* kadar beranak pertahun arnab di Malaysia boleh dicapai sehingga 11kali setahun, lebih pantas dari ternakan *sensored*. jika seekor arnab melahirkan sekitar 6 ekor anak per litter dan kita beranakkan dia setahun 6 kali, sudah ada 36ekor anak arnab yg boleh dijual. jika seekor dapat dijual dengan harga RM20, RM20x36=RM720, itu dari seekor induk betina, jika ada 5 ekor? jika ada 10 ekor? jika ada 100?
* daging arnab sangat baik untuk dimakan, ini kerana ia rendah kolestrol, rendah lemak, tinggi protein dan kandungan serat. tidak perlu dicucuk ubat(seperti ayam).
* seekor ibu arnab memerlukan masa 30-32 hari utk bunting, 4-5minggu untuk menyusukan anak, pada usia anaknya 2bulan sudah boleh disembelih. lihat betapa cepatnya waktu untuk kita mendapat hasil, kita perlu memberi anaknya makan selama sebulan sahaja, kerana sebulan sebelom itu anaknya menyusu susu ibu
dan fakta yg paling penting ialah....
ladang arnab yang terbesar di Asia Tenggara terletak di MALAYSIA.... milik siapa? bukan bumiputera.... kemana daging arnabnya dipasarkan??? 15tahun dia pegang kontrak dengan sate hj samuri... sekarang dia kontrak dengan saudi burger... kontrak hj samuri dahpon dibatalkan... so siapa berani jadi juara? pikir?kan...
*nasihat saya, jangan sertai sebarang jenis ladang kontrak(contract farming) yg meragukan... selidik kemana pasaran penganjur sebelom menyertai CF mereka, saya sebagai wakil MyRPA tidak mahu industri arnab jatuh seperti industri cacing dan lintah seperti didalam surat khabar baru? nih...

sekian~

ska_blur:
You are not allowed to view links. Register or LoginAssalamualaikum,
terpanggil jugak saya setelah meround? sekelian forum yg ada di internet, terjumpa pulak forum bikerz yang berborak pasal arnab. macam? cerita yg keluar eheheheh

ada masalah tu saya baca, arnab makan anak dia semasa dia melahirkan.
masalah nih berlaku ada beberapa sebab,
pertama- dia semasa itu dihidapi sindrom ibu muda (young doe syndrome). selalunya sindrom ni terjadi kat ibu yg first time beranak atau ibu yg beranak pada usia awal matang. selalunya umur matang seekor arnab 4-5bulan(bergantung pada baka, ada baka yang sampai 9-12bulan baru matang).
kedua- keadaan situasi semasa dia tengah beranak tu tidak slamat, terdapat ancaman disekeliling kawasan dia beranak, gangguan dari kita(manusia), gangguan dari makhluk perosak(lipas @ tikus). Bila keadaan semacam ini berlaku, arnab merasakan ia adalah ancaman kepada anaknya, jadi tindakan dia ingin menyelamatkan anak dia adalah dengan cara memasokkan anaknya kedalam mulut(menyorokkan)...
ketiga- kekurangan tenaga(akibat dari aktiviti beranak tadi), tembuni yg sepatutnya menyediakan protein yang tinggi terjatuh keluar dari kandang, pilihan lain ialah dengan memakan anak yg paling lemah(ibu arnab pandai memilih anak yg berpotensi dan lemah). anak arnab baru lahir(yg tengah merah lagi tu) amat tinggi kandungan protein, jadi dapat membantu memberi tenaga kepada siibu setelah penat melahirkan anak-anak arnab(paling sikit 4, paling banyak 12)

itu la serba sedikit ilmu yg saya dapat kongsi bersama... ehehehhe nak tau lebih lanjut pasal ternakan arnab, bleh try lawati dan study di You are not allowed to view links. Register or Login, ini blog saya, blog perkongsian ilmu ternak arnab. klu nak join kursus menternak pon bleh lawati blog tadi.
nanti saya kongsi lagik ilmu lain kat forum nih

--- End quote ---

lagi satu sbb dia makan anak dia , sbb kiter dah pegang anak dia,

PaKCiK KoRDi:
You are not allowed to view links. Register or Loginlagi satu sbb dia makan anak dia , sbb kiter dah pegang anak dia,

--- End quote ---
iyo ka lagu nie?
ingt hamster ja wat kejo xdo paedah lagu nie...
arnab pown samo gak ek
 :o :o

Navigation

[0] Message Index

[#] Next page

[*] Previous page

Go to full version