MBC Forum Banner

Author Topic: 23 April 2019 :: Pelancaran Model Baru Royal Enfield  (Read 1911 times)

Offline pirateofyoursoul

  • Administrator
  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 734
  • Popularity: +0/-0
  • OraMinggirTabrak!
    • View Profile
23 April 2019 :: Pelancaran Model Baru Royal Enfield
« on: 24 April , 2019, 18:26:11 PM »
Bertempat di pejabat Royal Enfiel Malaysia di Seksyen 15 Shah Alam, Royal Enfield Malaysia telah melancarkan model terbaru jenama berkenaan untuk tahun 2019.



Barisan "kuda kuda"  RE antara yang hadir semalam.



Encik Muhammad Syahrul bin Abdullah
General Manager and partner of RE Motorcycles Sdn Bhd sedang menyampaikan ucapan aluan.



Mr Vimal Sumbly
Business head - APAC
Datang dari India untuk majlis ini.



Perasmian oleh Dato Chear Kin Keong dan Encik Shahrin bin Shamsudin.



Wah!



Dua model yang di lancarkan semalam ialah Royal Enfield Interceptor 650 (sebelah kiri) dan Royal Enfield Continental GT 650 ( sebelah kanan).

Kedua dua model ni di kelas kan dalam 3 varian : Chrome , Custom dan Standard.



Harga bagi setiap varian .

Royal Enfield yang mempunyai sejarah pemibikinan motorsikal yang panjang, iaitu sejak tahun 1901. Ia juga adalah antara jenama yang mencatat jualan yang memberangsangkan di seluruh dunia mengikut kata Mr Vimal Sumbly.

Kedua dua model ini datang dalam konfigurasi enjin '2 parallel twin cylinders'. Dengan berbekalkan 47HP pada 7250RPM dan tork maksimum 52NM pada 5250RPM untuk kedua - dua model, ianya adalah sesuatu yang memberangsangkan para penunggang.





Royal Enfield Interceptor 650



Penghasilan enjin yang kemas hasil kerja kejuruteraan yang mantap.





Royal Enfield Continental GT 650 punya stail cafe racer. Cun!



Model model ini di datang kan dengan brek dari ByBre.



Perbezaaan antara kedua dua model ini antaranya ialah dari segi tangki minyak. Model Interceptor datang dengan kapasiti 13.7 liter manakala model Continental GT datang dengan kapasiti 12.5 liter.

Butik yang terdapat disini juga menjual pakaian untuk para penunggang. Menunggang dengan keyakinan dan gaya!





Handlebar model Interceptor dengan konsep ' wide bar'. Tidak melenguhkan tangan penunggang. Kejuruteraan Royal Enfield meneruskan kecemerlangan elemen ergonomik didalam pembikinan motorsikal ini.



Untuk model Continental GT 650, ia didatangkan dalam 5 pilihan warna: Black Magic, Dr Mayhem, Ice Queen, Mister Clean dan Ventura Blue manakala untuk model Interceptor didatangkan dalam 6 warna : Baker Express, Glitter and Dust, Mark Three, Orange Crush, Ravishing Red dan Silver Spectre.

Jangan buang masa. Jom ke Royal Enfield Malaysia di No 33, Jalan 15/23, Taman Perindustrian Tiong Nam,, Shah Alam, Selangor.
RageAGainstTheMachine!
OraMinggirTabrak!