Forum > Aktiviti MBC

Santai ke PD :: Ke Balai Cerap Kompleks Al Hilal 30 April 2019

(1/3) > >>

pirateofyoursoul:
UPDATE SIKIT!  UPDATE SIKIT!  UPDATE SIKIT!  UPDATE SIKIT![/size][/color]
Geng, kali ini kita buat ride yang santai. oh ye. Ride kali ni kalau nak bawa family pun ok. makna nya berkereta lah. Lagipun ride kita kali ni untuk melawat dan mendapat pengalaman serta ilmu di Balai Cerap Kompleks Baitul Hilal Port Disckson. kemudahan teleskop yang terdapat di sini adalah sepanjang 609 milimeter, yang merupakan teropong jauh terbesar di Malaysia dan di antara Asia Tenggara. Malah, teleskop digunakan adalah daripada jenis teleskop pemantul Cassegrain yang merupakan antara tercanggih di dunia. Kalu cuaca cun kita dapat tengok permukaan bulan dengan jelas kot.

Boleh la kita tau bagaimana agaknya tengok anak bulan
RV1
Tarikh : 30 April Selasa ( Esoknya 1 Mei - Cuti Umum )
Masa 9:00 pm di Shell Sungai Besi
Tayar golek 9:15 pm

Kita akan regroup di Stesen Shell Jalan Mambau - Seremban untuk refuel. Kita akan terus kan perjalanan mengikuti highway Seremban - PD.

Jam 1030 PM kita dijangka  berkumpul di Klana Beach Resort - Batu 8 Jalan Pantai / Balai Cerap Kompleks Baitul Hilal



Berminat boleh letak nama di bawah

1. PirateofYourSoul Han / berkereta kalau anak nak ikut. - Hotel
2. Mizi - LC Power ??
3. Tn. Azam - Yamaha XJ6 ?? - Hotel
4. Sham - LC Power ??
5. Tn Harris - GSA??
6. Tuan Adi Manap - GSA ?? - Khemah
7. Mr Musket 9 berkereta dengan familia
8. Mr Fendi FND
9. Mr FaizalToncet dan geng SYM VF3i - Puchong Chapter - anggaran 10 orang  - Khemah
10.Tuan Jeffry - GS 650
11. Tuan Ijam
12. Hj Yuri / ER6F
13. AA - Khemah
15. Mohdi
Anggaran peserta : 23 orang

Jom Jom...keep up the numbers!



Penginapan boleh la diaturkan sendiri bagi sesiapa yang nak menginap. Ada juga yang merancang nak berkhemah.
Jom geng!Ups!

Ada yang nak stay kat homestay tak? kalau cukup korum kita boleh sewa homestay je. Mohon yang nak pegi kita nyatakan sama ada berkereta atau bermotor, senang nak arrange.


Sedikit update.

Baru semalam saya dapat ride ke sini dan meninjau keadaan di sini.



Kawasan parking motor bercctv. Ok tak?



Navigator poster



kawasan parking kereta. banyaklot parking.



bagi yang ingin menginap di hotel, boleh URUSkan SENDIRI penginapan anda di Klana Resort melalui booking.com. ADa kemudahan kolam renang yang terbahagi kepada 3: kanak - kanak , dewasa lelaki  dan dewasa wanita. Tak bercampur. Bagus.



balai cerap ini dibuka dari jam 10.30 PM - 12.00 AM untuk 'night sky observation' dan dari jam 3.00-5.00 PM untuk 'solar observation'.
Ada bayaran dikenakan untuk memasuki balai cerap ini iaitu RM25 dewasa dan RM 15 untuk kanak-kanak. tetapi terdapat diskaun bagi mereka yang menginap di hotel.



untuk yang memilih untuk menginap di sini, ini kadar tarifnya.

saya boleh dihubungi di 018-968 6070 menerusi whatsapp atau call.

oh sebelum terlupa saya sempat test sup gearbox kambing di coffee house. sedap!

Jom geng!


UPDATE SIKIT!UPDATE SIKIT! UPDATE SIKIT!   UPDATE SIKIT! UPDATE SIKIT!

Untuk ride ini, ada yang ingin bermalam di hotel, ada yang ingin berkhemah dan ada yang ingin pulang santai tidak bermalam.
Untuk memudahkan konvoi, bagi yang ingin RV di Sg Besi, sila berurusan dengan Tarmizi 012 932 5345 atau PM dalam forum .
Untuk yang ingin berkhemah boleh berurusan dengan Bang Shidi 018 250 1600 atau PM dalam forum .
Saya juga boleh dihubungi di 018 968 6070 atau PM dalam forum

Mohon kerjasama semua untuk menepati masa.

Tak Tahu:
Kiranya sampai sana terus gi balai cerap la ni?

pirateofyoursoul:

--- Quote from: Tak Tahu on 22 April , 2019, 19:36:14 PM ---Kiranya sampai sana terus gi balai cerap la ni?

--- End quote ---
Kita kumpul dulu dekat resort tu. Mungkin di kawasan Parking ke. Atau kawasan yang berhampiran. bila semua dah sampai then kita ke balai cerap tu. Maklum ada yang menunggang. ada yang bawak kereta.
Jom Tak Tahu

Adimanap:
Saya join

Musket:
1. Tuan Han
2. Mizi
3. Tn. Azam
4. Sham
5. Tn Harris
6. Tuan Adi Manap
7. Musket (kereta)
8.
9.
10.

Navigation

[0] Message Index

[#] Next page

Go to full version