MBC Forum Banner

Author Topic: Berita dari YAMAHA: Pelancaran Yamaha Y15ZR V2  (Read 3585 times)

Offline pirateofyoursoul

  • Administrator
  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 717
  • Popularity: +0/-0
  • OraMinggirTabrak!
    • View Profile
Berita dari YAMAHA: Pelancaran Yamaha Y15ZR V2
« on: 02 April , 2019, 15:41:35 PM »
Bertempat di Kejohanan Cub Prix AAM Petronas Malaysia, Jasin sebentar tadi, Hong Leong Yamaha Motor Malaysia akhirnya memperkenalkan secara rasmi raja jalanan Yamaha Y15ZR V2 untuk pasaran Malaysia.

Didatangkan dengan ciri-ciri terbaharu seperti lampu LED rekaan moden, panel meter jenis LCD serba baru, rekaan grafik serta tayar hadapan yang lebih lebar bagi memberikan perjalanan yang lebih selesa ketika mengharungi jalan raya Malaysia ini.



Didatangkan dalam empat warna yang menarik iaitu Striking Cyan, Blazing Red, Storm Blue dan Dynamic Grey, ia dijangka bakal menemui para peminatnya secara rasmi bermula pertengahan April 2019.

Harga?

Hong Leong Yamaha Motor masih lagi berahsia dan ia dijangka akan diumumkan bulan hadapan.



Setiap pembelian Yamaha Y15ZR V2 ini akan menerima kunci brek cakera bernilai RM100.



Kredit kepada www.careta.my
RageAGainstTheMachine!
OraMinggirTabrak!