MBC Forum Banner

Author Topic: Dari EICMA 2018 ::Skuter touring BMW  (Read 1459 times)

Offline pirateofyoursoul

  • Administrator
  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 717
  • Popularity: +0/-0
  • OraMinggirTabrak!
    • View Profile
Dari EICMA 2018 ::Skuter touring BMW
« on: 13 November , 2018, 09:24:16 AM »



BMW Motorrad telah melancarkan skuter Gran Turismo baharu sempena acara EICMA 2018 bertempat di Milan baru baru ini dengan membawakan identiti ikonik yang ada pada kereta moden BMW yang boleh dilihat pada rekaan lampu utama skuter ini.
Skuter C400 GT ini bakal diposisikan untuk mengiringi saudaranya BMW C400 X sebagai skuter yang disesuaikan untuk perjalanan jarak jauh yang selesa dan ditambah baik keupayaannya, tidak kira di dalam bandar atau pun luar bandar.

C400 GT ini menggunakan enjin silinder tunggal bersesaran 350 cc yang sama digunakan pada C400 X, menghasilkan 34 kuasa kuda dan daya kilas 35 Nm pada putaran enjin 6,000 rpm, sebelum digandingkan dengan transmisi CVT.

Bagi memastikan keselamatan penunggang sentiasa terjamin, BMW Motorrad melengkapkan skuter saiz pertengahan ini dengan ciri bearing swingam yang inovatif bagi meminimumkan gegaran dan memaksimumkan keselesaan, ciri ABS dan Automatic Stability Control (ASC) bagi memastikan cengkaman tayar sentiasa optimum di jalan raya.

Para pemilik juga boleh memilih untuk memuatkan skrin paparan jenis TFT bersaiz 6.5 inci berwarna penuh di samping menawarkan ciri sambungan kepada peranti pintar, kawalan audio dan juga sistem navigasi pemetaan.

Tidak lengkap bagi sebuah skuter touring tanpa ruang barangan yang besar, dan untuk memenuhi keperluan para penunggang, BMW C400 GT ini didatangkan dengan ruangan storan yang lebih besar dengan dua ruang glove box dan juga flex-case di bawah tempat duduk.

Rangka: rugged tubular space frame daripada keluli
Enjin: silinder tunggal empat lejang
Sesaran: 350 cc
Kuasa: 34 hp/35 Nm @ 6,000 rpm
Transmisi: CVT
Suspensi hadapan/belakang: Fork teleskopik/spring strut berkembar
Brek: ABS
Lampu utama: LED dengan ciri lampu nyalaan siang LED sebagai pilihan
Warna: Alpine White, Moonwalk Grey, Blackstorm Metallic





Kredit to www.careta.my atas perkongsian artikel.
 
RageAGainstTheMachine!
OraMinggirTabrak!