Arkib > Arkib Pemilik Motosikal

Berita-Berita Dari Suzuki

<< < (24/85) > >>

alongfxr:
share aje ape yg diketahui..  fakta mungkin salah jika ada salah sila betulkan ye..

PAIR- Pulse Secondary air Injection system
sistem ini membakar semula gas petrol yg tidak terbakar dalam kebuk pembakaran lantas mengurangkan tahap emisi gak ekzos. Antara model suzuki yg menggunakan sistem ini model superbike spt GSXR, shogun SP RR, Belang 150 dan banyak lagi.

SACS- Suzuki Advance Cooling system
sistem ini adalah berpaten dipelopori pada model terawal GSXR 750 pada sekitar tahun 1985. sistem ini menggabungkan penyejukan enjin dengan bantuan penyejukan minyak dan udara.
antara model yg menggunakan sistem ini, model terawal GSXR 750, FX125, FXR150

SALCS - Suzuki advance lubrication Cooling System
sistem ini menggunakan tekanan untuk menyejukkan komponen dalaman enjin dengan cara minyak dialirkan dengan laju ke setiap bahagian enjin. antara model yg mnggunakan sistem ini adalah model skuter step 125, cub 4 stroke 110-125 cc

SCAF - Suzuki Computer Analyzed Frame
rekaan chasis dengan bantuan komputer. mula diperkenal pada model RG110 sekitar tahun 1994. satu pembaharuan bagi cub underbone yg rata rata masih gunakan steel tube rekaan lama.

Jet cooled
Sistem ini membantu enjin menyejukkan blok head dengan mengalirkan angin pada sekitar ruang sirip. terdapat satu kipas yg menyedut udara sejuk dr luar untuk menyejukkan blok. antara model yg menggunakan teknologi ini adalah RC80/RC100/BEST110/RG110/RGV120/RGX120

3 MODE engine mapping
pelopor penggunaan sistem mapping ECU.. bermula dengan model GSXR1000 K7, sehingga kini semua model GSXR memiliki sistem ini dimana rider bleh pilih 3 mod enjin ikut kesesuaian. sistem ini kini R1 dh tiru

3 speed dengan ER
pertama sekali dipelopori pada model RC80. ketika pengenalannya semua motor cub di malaysia hanya memiliki 3 gear sahaja.. suzuki menambah ER economy range pada model RC80 dan seterusnya kepada gear 4.

fork teleskopik
pertama sekali digunakan pada RC80 ketika motor cub lain masih menggunakan fork spring terbalik seperti C70, suzuki juga telah menghentikan pengeluaran fork spring terbalik dan semua cub suzuki pakai fork teleskopik.

sistem suspensi monoshock
pertama kali seumpamanya di malaysia dengan model Rg110 ketika pengeluar lain masih dengan sistem suspensi dual shock.
suzuki juga buat pertama kali memperkenalkan monoshock boleh laras pada semua cub underbone selepas RGV120 ketika sehingga kini pun tiada pengeluar lain yg menyediakan suspensi monoshock boleh laras sebagai peralatan standard.

DOCH kuasa kecil pertama didunia
dengan pengenalan model flagship suzuki FXR150 menjadi satu satunya sportbike 150cc dengan sistem DOHC pada tahun 1997. honda hanya mampu mengikuti jejak langkah suzuki dengan enjin 150cc DOHC pada cbr pada tahun 2004 dengan kuasa kuda 20.0 HP paling tggi antara saingan sehingga kini.
pengenalan FX125 juga antara yg pertama cub 4 stroke di dunia yg menggunakan DOHC system dengan kuasa kuda 13.3 HP antara yg tertinggi berbanding saingan.

pengenalan supercub Raider 150/ Satria F150
model supercub underbone pertama didunia dengan kapasiti enjin 150cc. daya kuasa 16hp adalah paling tinggi di kalangan cub underbone 4 stroke yg berada di pasaran

110cc 4 stroke pertama di malaysia
pengenalan GSX110 pada penghujung 1995 menjadikan gsx110 sebagai cub 4 stroke 110 cc pertama di malaysia. ditambah penyerap hentak boleh laras dan ekzoz kebuk(mufler) yg pertama di pasaran.

sistem 4 injap pada enjin 4 stroke cub
FXR merupakan pelopor penggunaan 4 valve pada enjin kecil 150cc ke bawah. lalu diperturunkan ke FX125 pada tahun 1998 menjadikan cub underbone pertama dengan 4 valve. sistem ini mula dipakai pada Honda sonic pada awal 2001 dan yamaha LC135 menyusul kemudian.

pengenalan sistem chasis bersepadu pada model FX125
FX125 menjadi pemangkin kepada penggunaan sistem kerangka perlumbaan pada model cub underbone  4 stroke yg pertama di malaysia.

suzuki shogun 125 SP/RR
banyak pembaharuan bg model ini- 125cc cub 4 stroke pertama dengan engine balancer, diameter disc brake paling besar dlm kelasnya, sistem PAIR untuk kebersihan emisi, sistem break disc depan blakg pertama untuk kategori cub 4 stroke.

suzuki hayabusa
model motor pertama yg mampu melepasi had laju 300km/j dalam keadaan standard kilang. speedo pada model pertama adalah max 340km/j + satu takut tambahan bwh 340.

model GSXR750
variasi model production yang paling lama bertahan dalam dunia. pengeluaran model ini tidak pernah dihentikan sejak mula diperkenalkan semenjak 1985 sehingga kini. Tiada lagi model sportbike 750cc dipasaran lagi melainkan gsxr750. motor ini juga direka bentuk secara songsang dimana pengeluar lain mencipta motor lumba dari motor jalanan tetapi suzuki mencipta gsxr ini dari perlumbaan kepada moto jalanan. gsxr 750 juga adalah bench mark bagi model model 750cc lain dimana ia dijadikan kayu pengukur.

model GSXR1000
mula diperkenalkan pada tahun 2000, menjadi kayu pengukur bagi model saingan kerana dr segi prestasi, berat dan handling adalah yg terbaik di antara pesaing.

pengenalan meter digital sepenuhnya
pengenalan meter FXR merupakan yang pertama menggunakan panel LCD sepenuhnya.

pengenalan 5 speed gear
pengenalan 5 speed gear pada FX125 menjadikan yg pertama seumpamanya di malaysia pada model underbone 4 stroke juga dengan sistem gear 1 bawah 4 atas  yg pada umumnya hanya ada 4 speed rotary gear

suzuki rotary5
suzuki juga pada tahun 1970 an telah menghasilkan moto berenjin rotary untuk production.. menjadikannya antara yg terawal di komersialkan berbanding pesaing lain yang hanya buat untuk prototype

SCEM - Suzuki Composite Electro-chemical Material
satu salutan pada dinding blok silinder untuk mengurangkan kehausan dan juga lebih tahan panas. sudah lama diperkenalkan pada model superbike.. tapi sejak pengenalan RG110 RGV120 FX125 dan FXR 150 dah mula pakai . jika nak dibandingkan dengan teknologi diasil yg baru diperkenalkan pada model underbone yamaha.. suzuki dh pakai teknologi yg sama ni lebih 10 taun dulu pada model cubnya.. :)

suzuki150:
thanks along sebab kongsi ilmu  ;D

byk gak teknologi dari suzuki :o

syam air force one:
pahala beso along bg info suzi, ilmu tu kengkawaaan...along, maaf off topic..dah nengok GT 128 tak?? carb dia mcm fx125 aar...sistem apa ek?? smalam aku nengok auto show, tapi seller tu nengok fxr aku mcm jakun, sbb xpernah jumpa dia kata heee...rareee

zeckywd:
Enjin berkuasa tinggi (Big Bang) 2 stroke yg dibangunkan oleh suzuki sebenarnya semasa era sebelum RGV 500CC dibeli oleh Honda dan kemudian Honda mengubahsuai menjadi juara berkali2.. (website ni dah lama so mgkn dah tiada)

Juga berlaku kepada Suzuki RGV250 yg enjinnya dibeli oleh Aprilia... (x sure pulak masa racing)

Juga Enjin GSXR dibeli oleh BIMOTA kemudian dimodifikasi dan pernah menjadi motor yg terpantas..

Folk depan terbalik juga sebenarnya yg pertama digunakan oleh suzuki

Engine less braking system 4-stroke oleh suzuki bertujuan nak menjadikan motor yg hampir sama dgn 2-stroke..

Dan kebanyakan motorcycle Suzuki sering menjadi ujian perbandingan utk meng improve kan bike.. 

felixthecat:
wow.
penuh dgn teknologi...

Navigation

[0] Message Index

[#] Next page

[*] Previous page

Go to full version