MBC Forum Banner

Author Topic: Kedai Motorsikal :: World Of Motion  (Read 5229 times)

Offline pirateofyoursoul

  • Administrator
  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 734
  • Popularity: +0/-0
  • OraMinggirTabrak!
    • View Profile
Kedai Motorsikal :: World Of Motion
« on: 18 March , 2018, 18:20:46 PM »
Pada 17 Mac 2018, saya berkesempatan untuk mengunjungi sebuah kedai motorsikal yang lokasinya terlalu mudah untuk dikunjungi - di kawasan hentian RNR Air Itam Lebuhraya LDP Puchong bersebelahan dengan stesen PETRON. Kebetulan pula sekumpulan penunggang sudah berkumpul mungkin untuk merancang sesi tunggangan mereka hari itu. Melangkah masuk ke ruang pameran yang direka dengan aturan yang mudah merasa amat menyegarkan dan sekaligus pandangan tertancap pada susuk motorsikal yang di pamerkan. Unik dan elegan! Hanya dua perkataan yang mampu menggambarkan persepsi saya. Antara yang terdapat di bilik pameran ialah sebuah motorsikal unik yang hanya terdapat 47 buah di seluruh dunia dan yang dipamerkan di kedai ini bersiri no 41. Motorsikal yang saya maksudkan ialah RONIN !. Saya biarkan gambar berbicara !



Model asalnya ialah Buell 1125. Menggunakan enjin rotax.















anda boleh melawat www.47.com untuk keterangan lanjut.





Nama ninja diabadikan pada motorsikal ini. Plat menunjukkan bilangan motorsikal ini yang ke 41.



Hampir tertipu. Radiator disusun ditempat kebiasaanya lampu utama untuk motorsikal lain. Harganya?



Sememangnya peluang melihat motorsikal ini dihadapan mata adalah sesuatu yang jarang dan amat saya hargai. Nanti dulu...ada lagi...




Artikel akan bersambung. Stay tuned!
« Last Edit: 18 March , 2018, 22:34:18 PM by pirateofyoursoul »
RageAGainstTheMachine!
OraMinggirTabrak!

Offline pirateofyoursoul

  • Administrator
  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 734
  • Popularity: +0/-0
  • OraMinggirTabrak!
    • View Profile
Re: Kedai Motorsikal :: World Of Motion
« Reply #1 on: 19 March , 2018, 11:00:20 AM »
Maaf. Ambil mood sikit untuk kembali menulis.
Kali ini saya mengambil masa untuk menulis. World Of Motion secara peribadi, ialah langkah berani dan penuh visi seorang usahawan yang punya usaha dan daya serta kecintaan atau passion yang mendalam terhadap motorsikal.
Saya tidak pernah mendengar atau mengetahui tentang motorsikal elektrik ZERO. Model yang dipamerkan di WOM ialah model yang lengkap dengan kotak sisi kiri dan kanan, topbox, siren dan lampu peronda serta windscreen. Motorsikal ini ialah motorsikal naked dengan model ini yang didatang kan dengan warna putih metallik ( maaf terkadang saya tidak begitu tahu tentang warna ).






model didalam gambar bukan untuk dijual  ;D





Motorsikal ini berkuasa 34 hp dengan kelajuan maksimum 91 mph atau 146 km/h. Ianya mengambil masa 5 jam untuk dicaj sepenuhnya dan bergantung kepada aksesori bateri  tambahan untuk tempoh mengecas bateri. Motorsikal ini menggunakan bateri Z-Force® Li-Ion intelligent integrated .




Motorsikal ini dilengkapkan dengan penyerap hentak SHOWA depan dan belakang ( terkenang CB400 ).



Mesin ini menggunakan Clutchless direct drive. Macam skuter. Posisi handlebar yang selesa. oh ya. Untuk sekali cas bateri penuh ( tanpa aksesori bateri tambahan ) motorsikal ini boleh ditunggang sehingga 89 kilometer ( tunggangan didalam bandar ) , gabungan antara tunggangan di lebuhraya dan bandar dengan laju 55mph sejauh 109 kilometer dan tunggangan di lebuhraya
dan bandar dengan laju 70mph sehingga 97 kilometer.





Dilengkapkan dengan belting 90T / 18T, Poly Chain® HTD® Carbon™ belt


Di datangkan dengan Bosch Gen 9 ABS, J-Juan single piston floating caliper, 240 x 4.5 mm disc dan tayar Pirelli Diablo Rosso II 140/70-17



Harga yang berbaloi dengan pakej yang didatangkan. Tidak perlu menukar minyak hitam dan penjimatan petrol.

Spesifikasi ZERO S

RANGE   ZERO S ZF7.2   
City   89 miles (143 km)   
Highway, 55 mph (89 km/h)
Combined   68 miles (109 km)
Highway, 70 mph (113 km/h)
Combined   60 miles (97 km)
MOTOR         
Peak torque   : 78 ft-lb (106 Nm)
Peak power   : 34 hp (25 kW) @ 4,300 rpm
Top speed (max) :   91 mph (146 km/h)
Top speed (sustained) :   80 mph (129 km/h)   
Type   Z-Force® 75-5 passively air-cooled, high efficiency, radial flux, interior permanent magnet, brushless motor   
Controller  :    High efficiency, 550 amp, 3-phase brushless controller with regenerative decelerationPOWER SYSTEM         
Power pack   Z-Force® Li-Ion intelligent integrated   
Max capacity:    7.2 kWh   13.0 kWh   16.6 kWh
Nominal capacity :   6.3 kWh   
Charger type :   1.3 kW, integrated
Charge time (standard) :   5.2 hours (100% charged) / 4.7 hours (95% charged)   
With Charge Tank option :   1.5 hours (100% charged) / 1.0 hour (95% charged)   
With one accessory charger :   3.1 hours (100% charged) / 2.6 hours (95% charged)   
With max accessory chargers :   1.6 hours (100% charged) / 1.1 hours (95% charged)   
Input   Standard 110 V or 220 V

DRIVETRAIN         
Transmission   :Clutchless direct drive   
Final drive   90T / 18T, Poly Chain® HTD® Carbon™ belt   

CHASSIS / SUSPENSION / BRAKES         
Front suspension : Showa 41 mm inverted cartridge forks, with adjustable spring preload, compression and rebound damping   
Rear suspension    : Showa 40 mm piston, piggy-back reservoir shock with adjustable spring preload, compression and rebound damping
Front suspension travel :    6.25 in (159 mm)   
Rear suspension travel  :   6.35 in (161 mm)   
Front brakes :   Bosch Gen 9 ABS, J-Juan asymmetric dual piston floating caliper, 320 x 5 mm disc   
Rear brakes  :   Bosch Gen 9 ABS, J-Juan single piston floating caliper, 240 x 4.5 mm disc
Front tire :   Pirelli Diablo Rosso II 110/70-17   
Rear tire :    Pirelli Diablo Rosso II 140/70-17   
Front wheel:   3.00 x 17   
Rear wheel:   3.50 x 17   
DIMENSIONS         
Wheelbase  :    55.5 in (1,410 mm)   
Seat height :   31.8 in (807 mm)   
Rake :   24.0°   24.0°   24.0°
Trail :   3.2 in (80 mm)   3.2 in (80 mm)   3.2 in (80 mm)

WEIGHT         
Curb weight :   313 lb (142 kg)
Carrying capacity :   404 lb (183 kg)

WARRANTY         
Standard motorcycle warranty*   2 years   
Power pack warranty*   5 years/unlimited miles

::Sumber dari http://www.zeromotorcycles.com
 
« Last Edit: 19 March , 2018, 11:31:43 AM by pirateofyoursoul »
RageAGainstTheMachine!
OraMinggirTabrak!

Offline pirateofyoursoul

  • Administrator
  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 734
  • Popularity: +0/-0
  • OraMinggirTabrak!
    • View Profile
Re: Kedai Motorsikal :: World Of Motion
« Reply #2 on: 19 March , 2018, 11:36:57 AM »
World of Motion boleh dihubungi di 03-5036 7182. Let's ride!
RageAGainstTheMachine!
OraMinggirTabrak!

Offline pirateofyoursoul

  • Administrator
  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 734
  • Popularity: +0/-0
  • OraMinggirTabrak!
    • View Profile
Re: Kedai Motorsikal :: World Of Motion
« Reply #3 on: 24 March , 2018, 02:01:28 AM »
Mungkin hanya sebilangan kecil daripada kita yang pernah mengetahui tentang kewujudan sebuah jenama motorsikal yang jarang kedengaran - ARCH. ARCH ialah motorsikal buatan kustom dihasilkan oleh sebuah syarikat berpangkalan di California, Amerika Syarikat. Sayrikat ini menghasilkan motorsikal menggabungkan performance, customization dan penelitian terhadap segala butiran yang terperinci.Dimudahkan, pemilik motorsikal ini ialah pemilik motorsikal yang bercitarasa tinggi dan spesifikasinya mencerminkan keperibadian pemiliknya - tidak keterlaluan dilabel begitu kerana ianya unik dan dibina mengikut citarasa pemilik.



Model yang terdapat dikedai ini ialah dari model KRGT-1. Enjin berkapasiti 2032 CC enjin berkembar V dan 6 kelajuan. Oh ya, ianya menggunakan dry clutch.





Didatangkan dengan penyerap kolaborasi Ohlins / ARCH, rim 19" untuk tayar hadapan dan rim 28" untuk tayar belakang dilengkapkan tayar dari jenis Michelin Commander II, motorsikal ini diberi sentuhan kustom untuk sentuhan akhir atau finishing. ARCH ialah syarikat dimana salah seorang pengasasnya ialah Keanu Reeves.

Untuk semua ciri kemewahan dan keselesaan yang ada pada motorsikal ini, harga yang tertera di WOM ini mungkin bukan masalah yang besar pada peminat motorsikal yang berkemampuan.



Bagi saya, dapat melihat motorsikal ini di hadapan mata ialah sesuatu yang sukar digambarkan perasaannya.


Seksinya! Ducati Sport Classic 1000







RageAGainstTheMachine!
OraMinggirTabrak!

Offline FireStarter

  • Newbie
  • *
  • Posts: 4
  • Popularity: +0/-0
    • View Profile
Re: Kedai Motorsikal :: World Of Motion
« Reply #4 on: 30 March , 2018, 11:50:26 AM »
Segan le bang nak gi kedai ni....kalau gi nak tengok moto je boleh ker?....

Offline Abdullah

  • Old Timer MBC Rider
  • Newbie
  • ***
  • Posts: 11
  • Popularity: +0/-0
    • View Profile
Re: Kedai Motorsikal :: World Of Motion
« Reply #5 on: 26 August , 2020, 09:46:13 AM »
Pernah ke sini. Ada motor berharga lebih RM1juta :: model ARCH kot ..

Offline pirateofyoursoul

  • Administrator
  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 734
  • Popularity: +0/-0
  • OraMinggirTabrak!
    • View Profile
Re: Kedai Motorsikal :: World Of Motion
« Reply #6 on: 26 August , 2020, 11:00:45 AM »
Pernah ke sini. Ada motor berharga lebih RM1juta :: model ARCH kot ..
memang rare model tu tapi kedai ni dah pindah ke Cyberjaya
RageAGainstTheMachine!
OraMinggirTabrak!