MBC Forum Banner

Author Topic: Panduan Menunggang ke Singapura  (Read 6914 times)

Offline pirateofyoursoul

  • Administrator
  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 716
  • Popularity: +0/-0
  • OraMinggirTabrak!
    • View Profile
Panduan Menunggang ke Singapura
« on: 20 July , 2018, 10:57:13 AM »
Perkara yang wajib dibawa
Passport (sebaiknya lebih 6 bulan sebelum tamat tempoh)
Roadtax yang masih hidup
Duit SGD yang dah siap ditukar.
Pen
1. Langkah pertama

     Ada 2 laluan hendak masuk ke Singapura, Woodlands dan Tuas. Pilih mana yang anda suka.  Ikut laluan motor dan berhenti di tol pemeriksaan imigresen MANUAL untuk pemeriksaan passport. Jangan pilih tol AUTOMATIC MBIKE sebab anda tidak berdaftar dan tiada sticker RFID MBIKE. Tol automatic sesuai untuk yang berkerja di sana sebab hanya scan passport dan ibu jari. Kaunter automatic juga lebih banyak berbanding manual.

2. Langkah kedua

     Masuk ke Imigresen Singapura pula melalui Tambak Johor. Anda akan lihat ada banyak kaunter masuk. Staff imigresen Singapura di tepi jalan semasa masuk sarankan saya ambil kaunter yang paling kiri sekali untuk pertama kali masuk. Kaunter lain mungkin untuk yang ada permit kerja. Pastikan beratur di kaunter yang betul. Tanya orang sekeliling, meraka akan tunjuk kaunter untuk first time atau manual. Jangan salah beratur di kaunter sebab beratur panjang, nanti buang masa pulak kalau silap. Masa beratur matikan enjin dan jangan hon.

3.  Langkah ketiga

     Semasa beratur dan hampir sampai giliran anda, berjalan ke kaunter imigresen dan minta WHITE CARD. Isi WHITE CARD. Tak tahu isi boleh tanya orang sekeliling. Jangan lambat isi sebab bila tiba giliran anda dan isi tak siap lagi, tension pulak pegawai imigresen tu. Bila sampai giliran anda, serah passport dan white card untuk dicop. Palang akan dibuka, tolak motor sampai melepasi kastam dan parking. Pastikan kalau ada rokok, kotak rokok sudah dibuka dan rokok dah dihisap beberapa batang. Kalau tak, anda bakal didenda. Kalau ada box, buka box motor anda untuk pemeriksaan kastam.

4. Langkah keempat

     Masuk ke pejabat Land Transport Authority, LTA tingkat 2 untuk pendaftaran motor. Bayar SGD10 dan kad autopass Vehicle Entry Permit (VEP) akan diberikan. Pegawai LTA akan tanya apa nama syarikat insurance kenderaan anda semasa pendaftaran. Kad ini sebagai kad pengenalan motor. 1 motor, 1 kad. Selain sebagai permit untuk motor, kad ini juga boleh bayar tol keluar masuk Singapura dan tol parking motor/kereta semasa berada di sana. Baki di dalam kad ada SGD4, SGD6 sebagai charge untuk pendaftaran. Maka selesai procedure masuk. Terus menuju ke destinasi anda. Untuk kenderaan luar, VEP charge adalah SGD35 setiap Isnin - Jumaat. Sabtu dan Ahad tiada charge VEP. Tetapi untuk pertama kali masuk, ada free VEP selama 10 kali. Contoh jika anda datang pada hari Isnin dan pulang hari Ahad, VEP charga anda adalah SGD0. Tapi baki free VEP tinggal 5 kali.

5.  Saranan semasa di Singapura
Parking motor. - harus diingat, public parking kena bayar. Motor boleh parking di tempat public parking dan mall menggunakan kad autopass. Scan kad autopass dan palang akan terbuka. Ada juga tempat parking yang menggunakan coupon. Beli coupon parking motor di 7 Eleven, harga SGD6.50 dan ada 10 keping kupon. Baca link ini untuk cara guna.  . http://www.hdb.gov.sg/cs/infoweb/car-parks/short-term-parking/coupon-parking/how-to-display Kalau susah sangat nak cari parking, parking sahaja di kaki lima yang anda tengok banyak motor-motor lain parking, risiko bakal disaman ada.

Topup kad autopass - Topup di 7eleven dan juga ada kaunter topup sebelum keluar Singapore jika anda rasa baki kad anda tinggal sedikit akibat selalu bayar parking ataupun rasa macam kena saman sebab banyak buat kesalahan lalulintas. Tiada kaunter topup jika anda sudah sampai imigresen checkpoint. Pastikan topup awal- awal. Kes saya pergi Sabtu dan balik Ahad tak perlu topup sebab baki 4SGD sudah cukup untuk bayar tol keluar dari Singapura.
 Electronic Road Pricing - Ini antara benda paling susah pasal masuk Singapura. ERP ni sistem tol automatic, lalu sahaja di kawasan ERP, automatic tol akan dibayar tanpa ada palang. Tetapi hanya untuk kenderaan installed with In-Vehicle Unit (IU) device macam kat bawah ni. Dan juga KERETA Malaysia dengan flat rate SGD5 sehari walau berapa banyak ERP pun anda lalu, tapi motor wajib ada IU device. Flat rate SGD5 tak terpakai untuk motor. Kalau nak masuk sekejap tak berbaloi beli/sewa. Katakan anda lalu laluan ERP tanpa device, saman bakal menanti SGD70 setiap ERP. Tapi jangan khuatir, ada masa ERP free iaitu setiap hari Isnin - Sabtu selepas pukul 7.52 malam, hari Ahad dan juga public holiday. Bukan semua tempat ada ERP, hanya di kawasan utama seperti laluan ke Merlion Park, Marina Bay dan National Museum.

Cara elak\kurangkan  ERP - Disarankan pakai GPS seperti Google Maps. Pastikan phone ada data internet Roaming. Macam saya pakai Celcom 500MB hanya RM4.99 sehari. Kalau telco lain saya survey macam Umobile RM10 dan Maxis paling Yahudi RM 38. Hal ini kerana Google Maps offline tanpa internet hanya suggest best route tanpa mengira samada laluan toll ERP atau tidak. Dengan Google Maps with internet, kita boleh kurangkan lalu tol ERP dengan tick AVOID TOLL

Juga ada website seperti gothere.sg/maps untuk lebih kepastian samada laluan anda ada ERP atau tiada. Pilih FROM dan TO, select CAR, tick Minimize ERP dan Avoid Expressway. Ikut laluan yang disarankan. Jika system ini pun tidak mampu avoid 100% ERP tunggu la bila 7.52pm ke atas dan sepanjang hari Ahad atau sewa IU device SGD150 tak silap kadar sewaannya. Contoh gambar di bawah ERP tidak boleh dielakkan. 

Lalulintas di SG - Undang-undang sama seperti Malaysia, cuma bezanya pejalan kaki diutamakan. Contoh jika Simpang ke kanan lampu sudah hijau dan anda menuju ke kanan, perhatikan pejalan kaki kerana lampu untuk pejalan kaki melintas juga hijau dengan countdown nombor. Bila tiada pejalan kaki atau lampu mereka sudah merah, baru boleh teruskan jalan. Berhenti betul2 di hadapan pejalan kaki sedang melintas. Atau jika kurang jelas anda boleh tengok sendiri cara penduduk sana. Jangan speeding semasa masuk ke simpang kanan, pejalan kaki bila-bila masa akan ada.

6. Langkah terkakhir - Keluar dari Singapura

Lalu di imigresen Singapura dan berhenti di Tol imigresen. Scan passport dan palang pertama akan terbuka. Selepas palang pertama, akan ada palang kedua. Masukkan kad autopass di slot untuk bayar tol keluar. Saya keluar hari Ahad dan cas SGD0.50 dikenakan. Kalau di Woodlands pula tak pasti berapa, mungkin lebih kurang bayarannya. Kalau ada saman dan VEP akan dibayar semasa masukkan kad autopass. Kalau tak cukup baki, bayar pakai cash di kaunter LTA.  Setelah itu, scan pula cap jari. Jika palang tidak terbuka, jangan panik, panggil staff imigresen Singapura untuk bantuan. Lalu pula di imigresen Malaysia dan pergi ke tol pemeriksaan imigresen MANUAL untuk serah passport.
Akhir sekali lalu di Tol Malaysia dan gunakan kad Touch N Go untuk bayar tol.

Kredit to ridekesingapura.blogspot.com
RageAGainstTheMachine!
OraMinggirTabrak!