MBC Forum Banner

Author Topic: KASMA SEDIA BERDEPAN JAGUH SUPERSPORTS 600CC ARRC.  (Read 3696 times)

Offline pirateofyoursoul

  • Administrator
  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 690
  • Popularity: +0/-0
  • OraMinggirTabrak!
    • View Profile
KASMA SEDIA BERDEPAN JAGUH SUPERSPORTS 600CC ARRC.
« on: 02 March , 2018, 12:14:59 PM »



Pelumba muda negara, Kasma Daniel Kasmayuddin sudah bersedia untuk menghadapi saingan lebih mencabar apabila bakal beraksi buat pertama kali dalam musim penuh kelas SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu bermula di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, esok hingga 4 Mac ini.

Juara CP150 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 itu sebelum ini pernah beraksi dalam kelas Asia Production 250cc pada tahun 2016 sebelum beralih ke saingan Moto3 Kejuaraan Remaja Dunia di Sepanyol pada musim lepas.



Pada musim ini, pelumba berusia 18 tahun itu kembali ke kancah ARRC bersama pasukan Hong Leong Yamaha Malaysia dan bergandingan bersama Mohd Ramdan Mohd Rosli.

“Saingan kelas ini memang cukup mencabar. Selain jentera yang lebih berat dan laju, kami pelumba-pelumba rookie perlu berhadapan dengan pelumba handalan lain seperti juara bertahan, Azlan Shah kamaruzaman, Zaqhwan Zaidi dan ramai lagi,” jelas Kasma.

Mengulas tentang aksi dua hari ujian pra-musim, Kasma berkata, “Saya agak berpuas hati dengan catatan masa sepanjang sesi ujian. Catatan masa saya lebih semakin baik dalam setiap sesi dan menamatkan dua hari ujian dengan masa terbaik 1’40.047s, hanya 1.356s berbanding catatan terpantas Azlan. Keputusan agak positif namun masih banyak ruang untuk dipertingkatkan dan saya berharap segalanya akan bertambah baik apabila perlumbaan bermula esok.”

Sebagai rekod, Kasma pernah beraksi atas tiket wildcard kelas SuperSports 600cc pada pusingan keempat di Indonesia dengan pencapaian terbaik menamatkan perlumbaan di tempat kelima dalam Perlumbaan 2.
RageAGainstTheMachine!
OraMinggirTabrak!

Offline kroren2

  • Newbie
  • *
  • Posts: 15
  • Popularity: +0/-0
    • View Profile
Re: KASMA SEDIA BERDEPAN JAGUH SUPERSPORTS 600CC ARRC.
« Reply #1 on: 19 April , 2018, 16:05:31 PM »
minggu ni beliau akan berlumba dilitar baharu litar Bend australia.
selamat majujaya.
belanglang HIjo

Offline Mozac

  • Newbie
  • *
  • Posts: 25
  • Popularity: +0/-0
    • View Profile
Re: KASMA SEDIA BERDEPAN JAGUH SUPERSPORTS 600CC ARRC.
« Reply #2 on: 21 August , 2018, 21:48:08 PM »
kasma ni x berapa mnyerlah dipentas internasional.

Sent from my M631Y using Tapatalk


Offline Abol

  • Administrator
  • Newbie
  • *****
  • Posts: 45
  • Popularity: +0/-0
    • View Profile
    • bikerzmagazine.com
Re: KASMA SEDIA BERDEPAN JAGUH SUPERSPORTS 600CC ARRC.
« Reply #3 on: 03 October , 2018, 12:57:45 PM »
Pelan2 ler tu kayuh... Dia dalam proggram Yamaha Asia kalau tak silap, kena ikut, principal...Asiangp dia ride 250 cc or 600... Dah lama benar tak ikut perkembangan ni...
Used ur bike ride to Jannah not Jaahanam.