Pada 28 hb Mac 2018, saya berkesempatan untuk mengunjungi kedai aksesori motorsikal
favourite saya - HoleShot. Kedai ini yang terletak di 35, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor merupakan sebuah kedai aksesori motorsikal yang menawarkan aksesori untuk tunggangan dalam mode
street atau
offroad dan juga untuk mereka yang gemarkan aktiviti berbasikal lasak.
Blauer , Kriega, Tucano Urbano, Stylmartin, 100%, PARTS UNLIMITED, Acerbis adalah antara jenama yang terdapat diruang pameran kedai ini. Melangkah masuk kedai 2 tingkat ini adalah langkah pertama yang akan membuka mata kita untuk mengenali jenama yang tersohor dan dikenali di negara Eropah. Tingkat bawah mempamerkan produk untuk tunggangan
street manakala tingkat 2 adalah barangan untuk tunggangan
offroad.
Mata saya segera terarah ke susunan helmet yang dijual dikedai ini di tingkat bawah. Antara jenama helmet yang terdapat ialah Blaeur , ICON dan Biltwell.


Mari kita lihat apa yang ada di kedai ini.

Jaket dari jenama Tucano Urbano, untuk penunggang lelaki dan wanita.



Goggle, kacamata
polarized dan aksesori menunggang Kriega.

Riding jeans/pants juga terdapat di kedai ini.

Kita tinjau apa yang ada di tingkat 2 kedai ini.
Kebetulan pula ada seorang
brother ini sedang mencuba beberapa aksesori
offroad .



Kelihatan juga aksesori untuk tunggangan mesin
offroad . ( Kalau la
external tank ini boleh di pasang pada FZi ...mmm)




Jika berkesempatan saya ingin menunggang bersama
brother ini mengintai apa yang di sebalik bukit bukit.
Alamak!Saya terlupa untuk bertanya tentang waktu operasi kedai ini. Jangan bimbang. Holeshot boleh dihubungi di 03 5510 1081. Kedai ini merupakan kedai yang menjual barangan yang berlainan dari kedai yang lain dari segi jenama dan pilihan. Oh ya...pemilik kedai juga merupakan penunggang tegar
offroad

Anda inginkan kelainan gaya tanpa berkompromi dari segi kualiti? HoleShot ada jawapannya.