Tarikh : 24082019
Masa : 800 AM
Semua penunggang sudah hberkumpul di BHP Gombak. Borak borak. Ramai yang belum pernah bersua muka sebelum ini. Eratkan silaturrahim. Kemudian jam 0830 kami bergerak. Kami ke Janda Baik, mencari sarapan di sana.

Orang kuat yang menguruskan seksyen makanan, Tuan Lajis. Beliau menunggang bersama isteri. Kami sarapan di warung ini.

Memang sedap!

Ride hujung minggu kali ini memang hanya untuk pergi makan. Disamping dapat merapatkan silaturrahim dan kenalan. Kalau dulu mungkin hanya dengar nama, baca dalam whatsapp je, sekarang dapat bertemu dan ride bersama. Kemudian kami ke Kg Baru Sang Lee. Mana tau ada rezeki beli durian.
Untuk ride kali ini, MBC merakamkan setinggi tingi penghargaan ( tapi takde plak hihi) untukTuan Lajis dan Tuan Wan Mohd Naziran atau lebih mesra dipanggil Abe Wae kerana merancang route yang best dan mencari port makan yang menyediakan makanan yang enak.

Tuan Wan Mohd Naziran a.k.a Abe Wae..

barisan mesin yang ride hari ni. Sayang Tuan Rodee tak dapat join kami ke Jerantut atas urusan peribadi.

Terima kasih Tuan Rodee...hmmm...layan Karak sebelah tangan..
Setelah singgah di Kg Baru Sang Lee, kami teruskan perjalanan ke Jerantut melalui laluan Benta - Damak - Jerantut. Memang best la. Jalan berliku pendek ' short corner' mengimbau kenangan Mae Hong Son.
Jerantut? Ada apa kat situ ? Ada kedai makan yang best ke?
Ini sebabnya.

Memang best. Lebih sedap dari pizza di tempat lain. Sejuk gebu. Panas memang gebu la!


Lady Royal Enfield rider. Orang kuat nih. Suka layan mesin yang vibrate kuat ni.
Selepas Asar, kami berpecah 2. Saya meneruskan perjalanan ke Johor ( balik kampung ) manakala main group meneruskan perjalanan ke KL.
Semuanya telah selamat tiba di destinasi . Alhamdulillah.
Yang tengah baca ni, jom le ride..cadangan sentiasa dialu alukan...