Sambungan dari ride report hujung minggu saya

Ada sesiapa yang ada maklumat tentang tempat ini kah? Kita bole sewa penginapan kah?
Kami singgah di Simpang Tiga , Gombak untuk makan tengahari. Late Lunch actually. Kami makan di sebuah kedai Minang. Jam 541 pm kami berhenti mengisi minyak di Shell Sg Besi sebelum meneruskan perjalanan ke selatan. Selepas singgah sebentar dirumah saya, kami meneruskan perjalanan. Sekali lagi kami berhenti mengisi minyak di Shell Senawang - sebelum tol Senawang. Jam 826PM kami berhenti sekali lagi - Tarmizi mengisi minyak dan kami bertemu seorang sahabat saya Aedy Raof untuk bersama kami meneruskan perjalanan kami ke Muar. Beliau menjadi leader kami kerana saya kurang mahir jalan-jalan di Melaka. Kami ke kedai sahabat saya - KOBAT Kerepek di Muar dan makan di gerai bersebelahan. Tuan A Acid juga meluangkan masa untuk bersama kami pada malam itu.

Lontong goreng menjadi mangsa belasahan kelaparan....

Dapat tumpang duduk pun jadi lahhh...

Cepat sangat bung balik...

Bersama Aedy, Tuan A Acid dan Tarmizi...
Lebih kurang jam 1130 PM..kami meneruskan perjalanan ke Pt Yaani , ke kg halaman saya.
Kami tiba lebih kurang jam 1 pagi.
28012018 - sunday
Jam 315 PM Kami bergerak ke Restoran Kambing 40 Hari. Tiba kira kira jam 335pm. Ramai penunggang yeng berhenti nampaknya. Sekumpulan penunggang moped dari Kota Singa baru hendak bergerak pulang ketika saya baru hendak duduk. Sempat juga berkenalan dengan salah seorang dari mereka.
Kemudian berbual pula dengan Mr Teo dan rakan rakannya yang bekerja di Singapura. Diantaranya ada yang menunggang Yamaha TMax model terbaru yang saya kira belum pernah saya terjumpa di jalanan di Malaysia. Kami meneruskan perjalanan dan mengisi minyak di stesen Petron sebelum ke tol Yong Peng Utara, dan hujan yang tidak lebat sepanjang perjalanan kami.Kami berhenti sekali lagi di RNR Air Keroh dan bertemu dengan Aris dan sahabatnya Farid yang sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Saya mempelawa mereka untuk menunggang bersama dan jemputan tidak ditolak. Kami berhenti di "lookout point" sebelum RNR Pdas Linggi. Kami berhenti solat di RNR Pedas Linggi. Saya dan Tarmizi ingin makan malam di Doll Tomyam di Senawang, berhampiran exit Senawang.


Mr Faiz dari Kota Singa...

Steady seh!



Penat ke faiz?

Pemandang dari atas look out point


Salam perpisahan di RnR Pedas Linggi

Selepas makan di Doll Tomyam, kami pun bergerak balik. Tarmizi terus ke KL manakala saya ke Seremban. Cuaca hujan renyai dan sebuah lori treler tiba tiba "skidded" . nasi baik tidak menghentam kenderaan di hadapan. saya berhenti dan bertanyakan kepada pemandu treler berkenaan sama ada beliau OK atau tidak. dan jawapannya ialah OK. Maka saya pun bergerak pulang. Saya stiba di rumah kiram kira jam 1130 PM..
Sekian untuk minggu ini.