MBC Forum Banner

Author Topic: Polisi Penjualan dan Pembelian di Kedai MBC  (Read 5497 times)

Offline pirateofyoursoul

  • Administrator
  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 735
  • Popularity: +0/-0
  • OraMinggirTabrak!
    • View Profile
Polisi Penjualan dan Pembelian di Kedai MBC
« on: 19 January , 2018, 15:41:22 PM »
Assalammu'alaikum and a good day!
Memandangkan forum MBC versi 2018 ini baru sahaja dibaikpulih, segala polisi yang dahulunya menjadi garis panduan di MBC masih lagi belum dapat dibaik pulih. Dibawah ialah polisi terpakai dan akan sentiasa dikemaskini.

1) MBC TIDAK AKAN bertanggungjawab diatas sebarang pertikaian / penipuan atau apa sahaja kemungkinan yang MUNGKIN berlaku didalam sebarang transaksi yang dilakukan melalui platform ini.

2) MBC HANYA membenarkan pemilik untuk mengiklankan penjualan barang atau perkhidmatan. Untuk penjualan bagi pihak lain seperti kawan, mohon PM saya.

3) MBC TIDAK membenarkan sebarang penjualan dari syarikat setakat ini. HANYA penjualan barangan oleh individu.

4) TIADA Barangan yang dicuri atau mencurigakan boleh dijual disini. Sekiranya terdapat iklan penjualan yang mencurigakan DAN mendapat aduan menerusi PM, kami akan padam kan iklan berkenaan. Mari banteras jenayah!

5) SETIAP posting jualan hendaklah menyertakan gambar dan harga secara JELAS. Untuk sebarang urusan negotiation (NEGO), bolehlah menggunakan PM yang ada didalam forum. Posting yang tiada harga jualan dan gambar dengan JELAS akan dipadam.

6) Untuk semua. Sila nyatakan butiran berikut secara jelas:
1) Jenis barang
2) Jenama
3) Saiz
4) Warna
5) Lokasi barang hendak dijual
6) Kondisi (out of 10 point) / Deskripsi
7) No telefon penjual
8) Harga


Sila Personal Message (PM) saya sekiranya post belum di 'approve'kan.
Elakkan pembaziran dan penipuan.

Seperti contoh:
1) Jenis Barang : Helmet
2)Jenama : Aroi
3) Size: 39CM
4)Warna: Merah
5) Lokasi barang: Kota Kinabalu.
6) Kondisi / Deskripsi: 7.5/10. Ada small chip sebab terkena batu.
7)No telefon penjual : 012 345 6789
8) :Harga : RM50.
Modify message


POLISI INI AKAN SENTIASA DIKEMASKINI dan DIUBAH MENGIKUT KESESUAIAN KEADAAN.
« Last Edit: 22 January , 2018, 15:33:41 PM by pirateofyoursoul »
RageAGainstTheMachine!
OraMinggirTabrak!