Assalamualaikum dan selamat sejahtera, harap dapat membincangkan berkenaan Modenas CT115S kerana saya juga salah seorang pengguna baru motor ini. Perbincangan dari segi modifikasi, prestasi, kosmetik dan permasalahan. Harap dapat menarik minat pemilik atau bekas pemilik CT115S dan juga lain-lain forumer yang berminat.
Dari pandangan saya pula, kenapa beli CT115S sedangkan kapasiti hanya 115cc:
- Spesifikasi yang seiring motor 135LC, Y15Z, Dinamik, RS150, Benelli
- Charging port yang amat berguna
- Harga sangat murah