Assalammu'alaikum
Malaysian Bikers Community (MBC), MoghulRider , Sejongka Bikers Club ( Seremban), XJ6 Community Malaysia Seremban dan Merecik Bikers Club( Melaka) akan mengadakan sessi tts hari raya IdilFitri 2018 version 1.0. Acara ini akan disambut bersama penghuni rumah anak anak yatim pada tarikh yang dicadangkan iaitu Ahad, 08 07 2018. Pengesahan akan diberi setelah mendapat persetujuan dari pihak pengurusan rumah anak anak yatim berkenaan selewatnya Jumaat 06-07-2018. Rumah anak anak yatim berkenaan terletak di Seremban.
Sehubungan ini, saya menjemput tuan tuan semua menghadiri majlis berkenaan DAN memberikan sumbangan yang akan digunakan untuk penyediaan makanan untuk acara itu DAN pemberian wang saku AidilFitri kepada anak yatim berkenaan.
Tuan tuan boleh lah menghubungi saya melalui PM bagi urusan sumbangan berkenaan. Tarikh akhir bagi menyumbang ialah jam 11 malam 06-07-2018 (Jumaat).
Sehubungan dengan itu, saya memgucapkan ribuan terima kasih atas sokongan tuan tuan. Jom kita tts raya bersama anak anak yatim!