MBC Forum Banner

Show Posts

This section allows you to view all posts made by this member. Note that you can only see posts made in areas you currently have access to.


Topics - arelane

Pages: [1]
1
Friday Nite Fever - FNF / FNF (Friday Night Fever) - Version 1
« on: 13 January , 2018, 11:34:44 AM »
Mari kita mulakan dimana cadangan untuk diadakan FNF.


2
Yamaha / Yamaha NVX 155 - Version 1
« on: 09 January , 2018, 19:51:16 PM »
Salam Sejahtera...

Sebagai pembuka kata kamu kongsikan cerita dengan skuter paling sporty di malaysia ini...




SEPERTI diramalkan, Yamaha Hong Leong Motor (HLYM) secara rasmi memperkenalkan Yamaha NVX 155 ke pasaran tempatan. Model skuter yang dinanti-nanti ramai itu dijual pada harga RM10,500 dan turut menerima pengiktirafan sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).
HARGA

    Yamaha NVX 155 - RM10,500 - (bukan movistar)

* Atas jalan termasuk GST, tanpa insurans dan cukai jalan


Pada Oktober tahun lalu(2016), Yamaha NVX 155 menggemparkan peminat tempatan dengan melakukan kemunculan sulung pada acara MotoGP. Ternyata kehadiran motosikal tersebut membuatkan ramai peminat skuter tidak senang duduk.

Di Indonesia, Yamaha NVX 155 (dikenali sebagai Aerox 155) didatangkan dalam tiga varian, Standard, Versi S dan S (paling premium). Namun, bagi pasaran Malaysia, Yamaha NVX 155 hanya didatangkan dalam satu varian saja - paling premium.

Aspek mekanikal, Yamaha NVX 155 menggunakan enjin sama seperti NMAX berkapasiti 155cc dengan teknologi Blue Core daripada enjin silinder tunggal 4-lejang. Hasilnya, skuter itu mampu menjana kuasa 14.8hp dan tork 14.4Nm bersama padanan sistem transmisi V-Belt automatik. Bagi kecekapan bahan api, Yamaha NVX 155 didatangkan dengan sistem Mula-Henti (Start-Stop).



Berikut spesifikasi lengkap Yamaha NVX 155 untuk pasaran Malaysia:

    Lampu depan dan belakang LED.
    Brek depan besar dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
    Fork depan lebih besar bersaiz 26mm.
    Ruang simpanan bawah pelana bersaiz 25 liter - boleh muat dua helmet.
    Ruang simpanan mini berserta soket elektrik untuk mengecas telefon pintar.
    Skrin LCD 5.8 inci.
    Sistem kunci pintar (keyless) dengan imobiliser.
    Sistem Mula-Henti - membantu kecekapan bahan api dengan mematikan enjin secara automatik apabila motosikal berhenti.
    Pemegang belakang bersepadu - rekaan tampil lebih moden dan dinamik.
    Tayar tanpa tiub 110/80-14 (depan); 140/70-14 (belakang).
    Tempat penutup tangki minyak tertutup rapi dengan ciri keselamatan.
    Walaupun tampak lebih besar daripada NMAX, tetapi berat keseluruhan 11kg lebih ringan (berat Yamaha NVX 155 - 160kg).
    Panel digital sepenuhnya untuk paparan informasi seperti kelajuan, rpm, takat minyak dan operasi VVA.





SPESIFIKASI

ENJIN 155cc SOHC 4-lejang, penyejukan cecair, silinder tunggal
DIAMETER & LEJANG 58mm x 58.7mm
NISBAH MAMPATAN 10.5: 1
KUASA MAKSIMUM 11kW (15PS) @ 8,000rpm
TORK MAKSIMUM 13.8Nm @ 6,250rpm
SISTEM PENGHIDUP Elektrik
SISTEM MINYAK Suntikan bahan api
TRANSMISI V-belt automatik
PANJANG x LEBAR x TINGGI (mm) 1,990 x 700 x 1,125
JARAK RODA 1, 350mm
BERAT 118kg
KAPASITI TANGKI 4.6L
FREM

JENIS Underbone
SUSPENSI Teleskopik (depan); Lengan Ayun (belakang)
TAYAR 110/80-14M/C 53P (depan); 140/70-14M/C 62P (belakang)
BREK Cakera 230mm (depan); Dram 130mm (belakang)


source :
https://pandulaju.com.my/yamaha-nvx-155-kini-di-malaysia-harga-rm10500-seunit/#jp-carousel-35464

Pages: [1]