MBC Forum Banner

Show Posts

This section allows you to view all posts made by this member. Note that you can only see posts made in areas you currently have access to.


Messages - pirateofyoursoul

Pages: [1] 2 3 ... 57
1
Yamaha / YAMAHA MT25 dan MT15 telah dilancarkan
« on: 14 September , 2020, 17:19:10 PM »


Bertempat di ibu negara, Hong Leong Yamaha Motor hari ini melancarkan sebuah motosikal naked di bawah kelas 250 cc, iaitu Yamaha MT-25.Membawakan enjin yang serupa didapati pada Yamaha R25, enjin 249 cc empat lenjang dua silinder itu mampu menghasilkan kuasa setinggi 35.5 hp dan daya kilas 23.6 Nm pada putaran enjin 10,000 rpm.

Kuasa tersebut disaluarkan menerusi transmisi manual enam nisbah kelajuan.

 

Disifatkan sebagai Master of Torque, Yamaha MT-25 turut didatangkan dengan suspensi Inverted Front Forks dan penyerap hentak tunggal di belakang bagi memastikan pengendalian yang lebih stabil terutama di selekoh, serta menyokong tunggangan yang lebih selesa.

Ciri menarik yang didatangkan adalah lampu posisi LED berkembar yang diikuti dengan lampu utama LED ditengah, serta diikuti lampu isyarat membelok dan lampu belakang daripada LED menambahkan lagi penampilan agresif. 



Memastikan tahap keselamatan ketika tunggangan adalah brek cakera depan dan belakang, selain daripada ciri brek anti-kunci (ABS) dua saluran untuk roda hadapan dan belakang.

Secara standard, saiz rim adalah 17 inci yang dibaluti tayar tanpa tiub 110/70 depan dan 140/70 di belakang.

Penunggang juga mudah untuk membaca segala informasi kritikal daripada skrin paparan digital penuh LCD, selain dilengkapi dengan lampu penunjuk penukaran gear tersedia.



Harga jualan untuk Yamaha MT-25 bermula dari RM21,500 tidak termasuk insurans dan pendaftaran, serta hadir dalam dua warna iaitu Ice Fluo dan Yamaha Blue.

Selain daripada itu, para pembeli juga akan menerima barangan eksklusif berupa rantai kunci First Edition MT Series yang diperbuat daripada piuter oleh Royal Selangor, serta kunci cakera brek secara percuma.

Serentak dengan pelancaran Yamaha MT-25, HLYM juga turut memperlihatkan buat kali pertama sebuah lagi model MT, iaitu MT-15.

Yamaha MT-15 didatangkan dengan enjin yang serupa didapati pada R15, iaitu enjin silinder tunggal 155cc dengan teknologi VVA yang menghasilkan 19  hp dan 14.7 Nm pada putaran enjin 8,500 rpm.

Motosikal ini juga turut dilengkapi dengan fork hadapan terbalik, sistem penyerap hentak monoshock, brek cakera depan dan belakang dan saiz rim 17 inci dengan tayar 110/70 depan dan 140/70 belakang.

Sebagai perbandingan, harga jualan Yamaha MT-15 di Indonesia bermula dari RM10,162

credit kepada https://careta.my

amacam geng?  :D





2
General Discussion / Re: Webike Malaysia
« on: 11 September , 2020, 16:52:37 PM »
errr...kastam ada check tak? kena bayar cukai ke?

3
General Discussion / Re: Webike Malaysia
« on: 05 September , 2020, 02:41:17 AM »
thank you for info bro

4
Pembuka kata dari admin. / MOVED: Webike Malaysia
« on: 05 September , 2020, 02:39:38 AM »

5
Yamaha / Re: Yamaha Fz150i - Version 1
« on: 05 September , 2020, 02:10:54 AM »
saya sedang menimbang nimbang ...apa nak buat dengan fz ni...saya punye fz warna putih...kaler pun dah tak cun..ekzos dah berkarat...aduh...pasal ekzos ni lemah ler...karat..dah gosok dengan Harpic lepas tu datang balik...nak pasang eksoz yang tahan karat takut tak lawas atau mengganggu sistem enjin standard pula...any idea ke?

6
Riders Garage / Re: MBC has returned. The young boys are now older, but wiser.
« on: 05 September , 2020, 02:03:52 AM »
nowadays, i have to accept the fact that maybe MBC is not the prime option for those who seek information about bikes and riding. people prefer more on another platform of social media like FB, insta. but I still prefer MBC , which comes in the forum. more easier to find the information sorted by the topic. Yeah. some more it has some kind of 'magic' that always pulling me in.

7
Insurans Motorsikal / Re: Insuran Terendah
« on: 05 September , 2020, 01:57:53 AM »
ni insuran company mana bang? bagus juga ni. dari forumer kepada forumer pun. keep it up bro

8
Aktiviti MBC / Ride Rewang Rusa
« on: 27 August , 2020, 17:43:45 PM »
Penasihat / Ko-ordinator Program MBc : azamreeves

No Tel : 017 7477 471

KENDURI RUSA

Tarikh : 5 & 6 Sept 2020 ( Sabtu & Ahad)
Tempat : Lenggong Longhouse campsite, Perak.

Harga termasuk :
- Penginapan ( mengikut pakej)
- Lunch 1x, breakfast 1x, Dinner 1x, bbq daging rusa 1x.

Aktiviti

DAY 1
RV di RNR Sg Buloh masa akan di kemas kini
- tiba di Lenggong Longhouse campsite jam 11pg.
- Check in
- Aktiviti melapah rusa atau bebas
- Makan tengah hari
- Solat jamak
- Aktiviti bebas & mandi sungai
- Dinner & bbq daging rusa

Day 2
- Solat subuh
- Sarapan pagi
- Aktiviti rewang utk makan tgh hari atau jungle trekking.
- Makan tgh hari
- Check out

* bagi yang berminat untuk ambil pengalaman melapah rusa dan aktiviti merewang, boleh try. Tp yang nak jadi tetamu je pun no probs...

Untuk penginapan, peserta mesti bawa khemah. Ambik yg camping RM 100 perpax. Kalau nak chalet kena urus sendiri. Sebarang pertanyaan boleh PM azamreeves

9
Yamaha / Re: Yamaha Fz150i - Version 1
« on: 27 August , 2020, 09:00:38 AM »
kadang kadang tu fz ni macam ada masalah semput dan tetiba mati sendiri. pelik juga. saya semasa mileage bawah 100k dulu banyak kali juga menghadapi masalah ni. tak tahu kenapa dan saya tak tahu camana nak buat. kadang tu mati bila tengah ride. so berhenti dan rilek kejap. pastu hidupkan balik enjin dan sambung perjalanan.
kenapa ye masalah ni?
ECU ke?

10
saya suka gi SW Motorsport kat Puchong, pomen nama Ah Seng. alamak nanti saya share addressnya, kena gugel jap

11
Elakkan dari memasuki Workshop yang tak dikenali, nanti kena sembelih. Sebagai persediaan, selalu recce Wshop yang ada dipersekitaran kita eg minta pendapat forumer atau orang persekitaran.
tapi kadang tu kita takde pilihan bila breakdown kat tempat yang kita tak familiar.

kot kena simpan nombor telefon towing pick -up truck.
betul tu...tuan pernah pakai cb4 eh?

12
Sembang Apa saja / Re: PKP COVID 2020:: cerita lah apa saja..
« on: 26 August , 2020, 11:44:36 AM »
pkp & hilang pekerjaan
mulai PKP 18.3.2020, kami ditegah turun ke site pembinaan & wfh. Bulan berlalu, gaji xdibayar. Kelam kabut kami Bina Plan ke 2, hidup tanpa gaji. Nasib baik ada side income rm300 dan ada pengeluaran KWSP rm500 sebulan.
Baik PKP : hubungan kekeluargaan makin rapat, ada peluang belajar memasak sebab kedai2 makan tutup  :), masa ibadat naik
Buruk :  Ekonomi sikit terjejas , dapat belanja yang patut je, tak boleh tambah koleksi motor
ini memang menyeramkan. Saya duduk sesorang masa PKP. Housemate sempat balik ke Sabah sebelum PKP. So kena belajar potong daging sampai nak pengsan sebab terlupa saya tak boleh terbau darah, nak pengsan. Dah lama tak masak bubur, masak bubur pun hangit. haha.

13
General Discussion / Re: Motor 250 CC. Mana yang ok utk dipertimbangkan?
« on: 26 August , 2020, 11:42:02 AM »
kalau saya, kena ikut kesesuaian bajet dan tujuan motor ni. mungkinkah nak dual purpose atau off road? kalau takde, then ada scooter, moped, naked bike. Saya ni MINAT je dengan jenama continental ni tapi tak mampu lagi la. stick je dulu pada jenama Jepun yang lebih terbukti ketahanannya dan dari segi ekonomi.

14
General Discussion / Re: Welcome Back MBC
« on: 26 August , 2020, 11:38:32 AM »
terima kasih kembali tuan. Selamat berforum . rasanya ramai juga yang dah tak aktif seperti dulu.

15
Yamaha / Re: Yamaha Fz150i - Version 1
« on: 26 August , 2020, 11:37:37 AM »
kadang tu terkilan juga sebab kena potong jer dengan RS  :P..tapi saya puas hati sebab tank besar

Pages: [1] 2 3 ... 57