MBC Forum Banner

Show Posts

This section allows you to view all posts made by this member. Note that you can only see posts made in areas you currently have access to.


Topics - pirateofyoursoul

Pages: [1] 2 3 ... 5
1
Hi, so this is just for the Non - Malaysian riders who'd love to ride in Malaysia. I just wanna know which part of Malaysia you'd love to ride and why? May be we, the malaysian ,  can share or thoughts on your plan.
Ok, lets the engine roar

2
Riders Garage / Lets have a cup of tea here mates!
« on: 11 May , 2019, 12:28:18 PM »
Hi,
Its been a long time for me haven't write anything here. I find myself quite full and sometimes loss of concentration when too many things to juggle around in my hands. Haha.
This is just another Kopi O section lah. so u can write anything here.
Err...anyone wanna have a 'break fast ' session together in KL area?

3
Aktiviti MBC / Ride Berbuka Puasa :: 02 Jun 2019 Jom !
« on: 08 May , 2019, 09:06:04 AM »
Salam geng,

Jom kita ride berbuka puasa bersama.

Tarikh : 02 Jun 2019

Hari : Ahad

RV : Shell Tol Batu 9 Cheras

Jam : 535 PM
Tayar golek Jam 6:00 PM SHARP!

Tempat berbuka : Restoran D'Pantai , Jalan Pantai Batu 6 Seremban.


Tempahan meja akan dibuat atas nama MBC. Untuk tempahan makanan, saya cadangkan kita order basic pakej. Sekiranya perlu tambahan order, boleh diURUS SENDIRI.



a )Order sendiri lah



B)Kita boleh order set ni senang.



C) Untuk yang ni pun boleh uruskan sendiri



Sila letak nama untuk yang serius nak join event ini.

Tarikh Tutup  penyertaan : 31/05/2019



1) Han / 2 pax / Efjekai contact no : 018 968 6070
2 ) Bung AdiManap  / GSA
3)


4
Ride report / Ride Report Santai ke PD :: Balai Cerap
« on: 02 May , 2019, 10:58:47 AM »
Ringkas je report kali ni. Destinasinya pun dekat. Memang lebih santai dan ramai juga yang membawa famili berkereta.

Jam 1015 kebanyakan peserta sudah tiba di Balai Cerap Kompleks Baitul Hilal. Peserta yang terawal sampai ialah Hj Azam. Kemudian kami pun bersama menjuju ke Balai Cerap. Kelas sudah bermula.



Antara mesin yang hadir malam itu.



Antara geng yang sampai awal. Diorang ni camping.



teleskop nya...



Khusyuk Hj Azam dengar penerangan pegawai bertugas.



Mr Musket dan heronya..



Tarmizi dan Shahrizal memang rajin amik nota tuh.



Pelajar contoh malam itu : Mr Mohdi



Silau. sori pencahayaan gagal berfungsi.



macam banyak lagi soalan tak terjawab jer...



Pelajar cemerlang Mr Haris

Selesai je 'kelas', ada yang nak setup khemah , ada yang nak minum membawa haluan masing masing.

Saya, Hj Azam dan Mr Haris minum di restoran berhampiran. Geng geng yang camping pun minum juga.



Bung Adi dan Faizal mengepalai geng SYM..



Peh,...review la sikit CKT kat situ...



Pelajar cemerlang malam itu, Mr Haris bersiap pulang ke KL pada malam itu juga. Perghh...kentalnya.



geng geng yang camping...jelesnya!



Wah...eh? ada Pizza?



Apa pun, jutaan terima kasih kepada yang sudi join event kali ni. Event kali ni simple dan santai. Alhamdulillah semua peserta selamat ke pangkuan orang tersayang.

Jumpa lagi next ride ya.

5
Royal Enfield / 23 April 2019 :: Pelancaran Model Baru Royal Enfield
« on: 24 April , 2019, 18:26:11 PM »
Bertempat di pejabat Royal Enfiel Malaysia di Seksyen 15 Shah Alam, Royal Enfield Malaysia telah melancarkan model terbaru jenama berkenaan untuk tahun 2019.



Barisan "kuda kuda"  RE antara yang hadir semalam.



Encik Muhammad Syahrul bin Abdullah
General Manager and partner of RE Motorcycles Sdn Bhd sedang menyampaikan ucapan aluan.



Mr Vimal Sumbly
Business head - APAC
Datang dari India untuk majlis ini.



Perasmian oleh Dato Chear Kin Keong dan Encik Shahrin bin Shamsudin.



Wah!



Dua model yang di lancarkan semalam ialah Royal Enfield Interceptor 650 (sebelah kiri) dan Royal Enfield Continental GT 650 ( sebelah kanan).

Kedua dua model ni di kelas kan dalam 3 varian : Chrome , Custom dan Standard.



Harga bagi setiap varian .

Royal Enfield yang mempunyai sejarah pemibikinan motorsikal yang panjang, iaitu sejak tahun 1901. Ia juga adalah antara jenama yang mencatat jualan yang memberangsangkan di seluruh dunia mengikut kata Mr Vimal Sumbly.

Kedua dua model ini datang dalam konfigurasi enjin '2 parallel twin cylinders'. Dengan berbekalkan 47HP pada 7250RPM dan tork maksimum 52NM pada 5250RPM untuk kedua - dua model, ianya adalah sesuatu yang memberangsangkan para penunggang.





Royal Enfield Interceptor 650



Penghasilan enjin yang kemas hasil kerja kejuruteraan yang mantap.





Royal Enfield Continental GT 650 punya stail cafe racer. Cun!



Model model ini di datang kan dengan brek dari ByBre.



Perbezaaan antara kedua dua model ini antaranya ialah dari segi tangki minyak. Model Interceptor datang dengan kapasiti 13.7 liter manakala model Continental GT datang dengan kapasiti 12.5 liter.

Butik yang terdapat disini juga menjual pakaian untuk para penunggang. Menunggang dengan keyakinan dan gaya!





Handlebar model Interceptor dengan konsep ' wide bar'. Tidak melenguhkan tangan penunggang. Kejuruteraan Royal Enfield meneruskan kecemerlangan elemen ergonomik didalam pembikinan motorsikal ini.



Untuk model Continental GT 650, ia didatangkan dalam 5 pilihan warna: Black Magic, Dr Mayhem, Ice Queen, Mister Clean dan Ventura Blue manakala untuk model Interceptor didatangkan dalam 6 warna : Baker Express, Glitter and Dust, Mark Three, Orange Crush, Ravishing Red dan Silver Spectre.

Jangan buang masa. Jom ke Royal Enfield Malaysia di No 33, Jalan 15/23, Taman Perindustrian Tiong Nam,, Shah Alam, Selangor.

6
UPDATE SIKIT!  UPDATE SIKIT!  UPDATE SIKIT!  UPDATE SIKIT![/size][/color]
Geng, kali ini kita buat ride yang santai. oh ye. Ride kali ni kalau nak bawa family pun ok. makna nya berkereta lah. Lagipun ride kita kali ni untuk melawat dan mendapat pengalaman serta ilmu di Balai Cerap Kompleks Baitul Hilal Port Disckson. kemudahan teleskop yang terdapat di sini adalah sepanjang 609 milimeter, yang merupakan teropong jauh terbesar di Malaysia dan di antara Asia Tenggara. Malah, teleskop digunakan adalah daripada jenis teleskop pemantul Cassegrain yang merupakan antara tercanggih di dunia. Kalu cuaca cun kita dapat tengok permukaan bulan dengan jelas kot.

Boleh la kita tau bagaimana agaknya tengok anak bulan
RV1

Tarikh : 30 April Selasa ( Esoknya 1 Mei - Cuti Umum )
Masa 9:00 pm di Shell Sungai Besi
Tayar golek 9:15 pm

Kita akan regroup di Stesen Shell Jalan Mambau - Seremban untuk refuel. Kita akan terus kan perjalanan mengikuti highway Seremban - PD.

Jam 1030 PM kita dijangka  berkumpul di Klana Beach Resort - Batu 8 Jalan Pantai / Balai Cerap Kompleks Baitul Hilal



Berminat boleh letak nama di bawah

1. PirateofYourSoul Han / berkereta kalau anak nak ikut. - Hotel
2. Mizi - LC Power ??
3. Tn. Azam - Yamaha XJ6 ?? - Hotel
4. Sham - LC Power ??
5. Tn Harris - GSA??
6. Tuan Adi Manap - GSA ?? - Khemah
7. Mr Musket 9 berkereta dengan familia
8. Mr Fendi FND
9. Mr FaizalToncet dan geng SYM VF3i - Puchong Chapter - anggaran 10 orang  - Khemah
10.Tuan Jeffry - GS 650
11. Tuan Ijam
12. Hj Yuri / ER6F
13. AA - Khemah
15. Mohdi
Anggaran peserta : 23 orang

Jom Jom...keep up the numbers!



Penginapan boleh la diaturkan sendiri bagi sesiapa yang nak menginap. Ada juga yang merancang nak berkhemah.
Jom geng!Ups!

Ada yang nak stay kat homestay tak? kalau cukup korum kita boleh sewa homestay je. Mohon yang nak pegi kita nyatakan sama ada berkereta atau bermotor, senang nak arrange.


Sedikit update.

Baru semalam saya dapat ride ke sini dan meninjau keadaan di sini.



Kawasan parking motor bercctv. Ok tak?



Navigator poster



kawasan parking kereta. banyaklot parking.



bagi yang ingin menginap di hotel, boleh URUSkan SENDIRI penginapan anda di Klana Resort melalui booking.com. ADa kemudahan kolam renang yang terbahagi kepada 3: kanak - kanak , dewasa lelaki  dan dewasa wanita. Tak bercampur. Bagus.



balai cerap ini dibuka dari jam 10.30 PM - 12.00 AM untuk 'night sky observation' dan dari jam 3.00-5.00 PM untuk 'solar observation'.
Ada bayaran dikenakan untuk memasuki balai cerap ini iaitu RM25 dewasa dan RM 15 untuk kanak-kanak. tetapi terdapat diskaun bagi mereka yang menginap di hotel.



untuk yang memilih untuk menginap di sini, ini kadar tarifnya.

saya boleh dihubungi di 018-968 6070 menerusi whatsapp atau call.

oh sebelum terlupa saya sempat test sup gearbox kambing di coffee house. sedap!

Jom geng!


UPDATE SIKIT!UPDATE SIKIT! UPDATE SIKIT!   UPDATE SIKIT! UPDATE SIKIT!

Untuk ride ini, ada yang ingin bermalam di hotel, ada yang ingin berkhemah dan ada yang ingin pulang santai tidak bermalam.
Untuk memudahkan konvoi, bagi yang ingin RV di Sg Besi, sila berurusan dengan Tarmizi 012 932 5345 atau PM dalam forum .
Untuk yang ingin berkhemah boleh berurusan dengan Bang Shidi 018 250 1600 atau PM dalam forum .
Saya juga boleh dihubungi di 018 968 6070 atau PM dalam forum

Mohon kerjasama semua untuk menepati masa.

7
Kadang aku terfikir kenapa racing motor ni di panggil motor sport. Betul ada physical activity. tapi sebab syokkan layan the speed maybe. Tapi camana nak kekalkan fitness? apa yang korang buat eh untuk kekal fit untuk ride? fit untuk ride ni camana eh pada korang?

8
Moto Guzzi / MOTO Guzzi MGX - 21" The Flying Fortress" kini di Malaysia
« on: 10 April , 2019, 10:26:36 AM »
Didi Resources Sdn Bhd selaku pengimport dan pengedar rasmi jenama Moto Guzzi di Malaysia membawakan sebuah motosikal grand cruiser Moto Guzzi MGX-21.

Motosikal paling tidak konvensional dan berteknologi tinggi dari Mandello del Lario, Itali ini diberikan gelaran sebagai The Flying Fortress dan merupakan motosikal paling premium yang hadir daripada jenama tersebut.



Enjin ikonik Moto Guzzi bersesaran 1,380 cc V-Twin melintang 90o mampu menghasilkan 96.6 kuasa kuda dan daya kilas maksimum 121 Nm yang masuk penuh pada putaran enjin 3,000 rpm.

Kuasa tersebut dikawal sepenuhnya oleh pendikit elektronik Ride-by-Wire dengan tiga mod tunggangan ditawarkan iaitu Veloce, Turismo dan Pioggia yang lebih disesuaikan dengan keadaan jalan yang licin.

Mod tunggangan tadi turut dilengkapi dengan bantuan sistem brek ABS dwi-saluran dan kawalan cengkaman yang boleh dilaras dan dimatikan.

Posisi tunggangan yang selesa juga turut diberikan perhatian di mana Moto Guzzi MGX-21 menawarkan ketinggian pelana 740 mm daripada tanah dengan posisi palang pemegang diletakkan dekat dengan penunggang.

Moto Guzzi Malaysia juga turut menawarkan barisan aksesori yang boleh melengkapkan imej eksklusif MGX-21 seperti reraup atas, cermin aluminium hitam, tuil brek dan klac, pemegang peranti pintar, pelana pembonceng dan tidak dilupakan lampu LED bagi memberikan penglihatan yang lebih baik pada waktu malam.





Di Malaysia, harga jualan MGX-21 ditetapkan pada RM172,000 dan boleh didapati di The Gasket Alley, Petaling jaya.



sumber dari https://www.careta.my
credit and kudos!

9
Yamaha / Berita dari YAMAHA: Pelancaran Yamaha Y15ZR V2
« on: 02 April , 2019, 15:41:35 PM »
Bertempat di Kejohanan Cub Prix AAM Petronas Malaysia, Jasin sebentar tadi, Hong Leong Yamaha Motor Malaysia akhirnya memperkenalkan secara rasmi raja jalanan Yamaha Y15ZR V2 untuk pasaran Malaysia.

Didatangkan dengan ciri-ciri terbaharu seperti lampu LED rekaan moden, panel meter jenis LCD serba baru, rekaan grafik serta tayar hadapan yang lebih lebar bagi memberikan perjalanan yang lebih selesa ketika mengharungi jalan raya Malaysia ini.



Didatangkan dalam empat warna yang menarik iaitu Striking Cyan, Blazing Red, Storm Blue dan Dynamic Grey, ia dijangka bakal menemui para peminatnya secara rasmi bermula pertengahan April 2019.

Harga?

Hong Leong Yamaha Motor masih lagi berahsia dan ia dijangka akan diumumkan bulan hadapan.



Setiap pembelian Yamaha Y15ZR V2 ini akan menerima kunci brek cakera bernilai RM100.



Kredit kepada www.careta.my

10
Sembang Apa saja / Sembang kedai kopi Part 1
« on: 12 March , 2019, 07:59:23 AM »
Assalammu'alaikum and good morning. Camana hari ini? Ada pokok tumbang kat area depan Klinik Kesigatan Kelana Jaya. Kat corner. Hati hati geng. Apa nak citer ni? Eh...malam tadi Seremban hujan eh? Tadi masa nak gerak tengok seat moto basah. Safe ride geng...

11
Aktiviti MBC / RIDE Rindu Bertamu::Mat Daling Tembeling
« on: 11 March , 2019, 16:13:33 PM »
Hi geng,
RIDE MAT DALING
Tarikh : 26/4 hingga 28/4, 3D2N
Bayaran : RM125/Seorang, bayaran untuk penginapan 2 malam dan 6 kali makan
Cara Bayaran : Bank in ke Akaun saya, RASHIDI ABDUL MANAP, CIMB, 8002488514 selewatnya 15/04
Contact No Bung Shidi : +60182501600

Pada yang berminat sila beri nama n jenis kenderaan, motor/kereta

1. Shidee n Wife, R1200GS
2. Shaiful - F800GS
3. Man Ipolosas - Versys 650
4. Rahman@Mak Janda - F800R
5. Md Lesdin&Wife - Agusta Brutale 800
6. Han - efjekai
7.
8.


Untuk elakkan kekeliruan sila beri nama pada tuan Rashidi dan tuan Rashidi akan buat editing senarai peserta. Pada yang telah membuat bayaran sila maklumkan pada saya. Tq

Tuan tuan yang nak join juga boleh PM saya atau hubungi saya 018 968 6070. Sila  berikan nick anda ya.


Jom jom tuan tuan/boss boss...


12
Salam geng, apa prosedur sah untuk bawa masuk barang parts enjin atau seketul enjin dari Singapura ke Malaysia sama ada untuk kereta atau moto ya? Ada sesapa yang tahu ke? Boleh sharekan info tak?

13
Tarikh : 09 Feb 2019 - 10 Feb 2019
Lokasi berkumpul : Restoran Jejantas Sg Buluh
Jam : 0730 hrs

Senarai peserta:
1) Pak Non / Honda CB500X / KL
2) Cikgu Os / Versys 650 / Muar
3) Wak Jakpo / Honda RS 150 / KL
4) Musket / Kawasaki Z250 / KL
5) Shamsul / Yamaha NMAX / KL
6) Azamreeves / Kawasaki ER6F / KL
7) Mohdi & Son / SYMVTS 200 / KL
8) Erwin & Son / Pulsar 200 / KL
9) Rizal Sakti / Yamaha FzI (efjekai juga) / KL
10)Paiz / Hnda RS150 / KL
11) Tuan Kassim / BMW F800GS / KL
12)Razalan / SYM VTS 200 / KL
13) Pak Lah / Versys 1000/ KL
14)Burn / Suzuki V Strom 1000 / KL
15)Faizal Toncet / SYM VF3 / Shah Alam
16)Aki Anis / Honda CRF 250 / Bintulu Sarawak
17)Pirate / Efjekai Yamaha FzI150 / Seremban
18)Fahmi / Yamaha NVX / KL
19) Herley / Yamaha NMAX / KL
20) Meor / BMW K16 / KL
21) Rahman / BMW F800R / KL
22)Nizam / HONDA RS150 / KL
23) Shidee dan pasangan / BMW GSA 1200LC / KL
24)Alias / HONDA RS 150 / Putrajaya
25)Faliq / SUZUKI GSXR 750 / KL
26)MZ / Versys 650 / KL
27)Shaiful / BMW F800GS / KL
28)Man Ipolosas / Kasawaki VErsys 650 / KL



Dah lama sangat tak ride macam ni. Saya dapat rasa semua peserta ride kali ni memang gembira dan puas hati. Segala penat lelah memang berbaloi. Terima kasih saya ucapkan kepada SEMUA peserta dan ribuan terima kasih kepada
1) Tuan Shidee dan isteri yang bertungkus lumus untuk urusan chalet dan makanan ride kali ini.
2) Mr Colt dan isteri diatas penyediaan makan . Lauk Kari ikan dan ikan bakar malam itu memang sedap.
3) Geng lady bikers : Cima , Lela ,  Ain dan Hanim yang membantu persiapan makanan dan minuman sepanjang ride kali ini.

09 Feb 2019
Jam 0700 : Faizal Toncet dan Ain sudah tiba di RNR Sg Buloh ( saya terlewat sikit ). Dan kemudian semakin ramai peserta ride yang tiba. Kami sarapan seadanya. Jam 0800 sebahagian dari kami mula bertolak. Antara yang bergerak awal ialah Faizal Toncet, Ain, Aliasa a.k.a Mat man dan saya - kami menunggang jentera ber cc kecil. Kami berhenti di Tg Malim 9 (hentian kecil rasanya) untuk refuel sebelum kami bergerak ke Tapah untuk re-group dengan main group.



Selepas isi minyak di Tg Malim. Faizal Toncet, Ain dan ehem ehem.

Berhenti rehat di Restoran D Kebayan Chemor


Mohdi , Bung Aki dan Rahman




Faizal Toncet




best betul Burn dan Meor makan...tak sempat toleh kiri kanan


Berat agaknya topik yang dibincangkan ni..


Isi Minyak!!!




Hensem


Last stop sebelum bergerak ke pos Kuala Mu. Lupa lak nama tempat ni.

LAPORAN BERSAMBUNG NANTI YE. Stay tune.

14
Aktiviti MBC / RIDE Pembuka 2019 :: Kuala Mu Back To Nature
« on: 03 January , 2019, 17:23:00 PM »
Hello brothers and sisters
Ride Pos Kuala Mu
Date : 9/2 to 10/2
Rv : RNR Sg Buloh
Time : 07:30 hrs


Sapa mau kasi  join up nama . Ramai "orang lama" ni..


Geng Khemah

1. Mohdi n Son  - vts 200
2. Bernam scooter KIV
3. Sakti..fzi or nmax 😊 rm20
4. Wak -rs second boleh join ke. rm20
5. Pak Non CB500X ADV rm20
6. Meor Elegan klasik
7. Shamsul - nmax
8. Adi..scooter dr Sg Petani
9. Musket FZi/Z2suku
10. Kriss maroon. RS150R rm20
11. Mizi - Versys
12. PakLah Fzi ( masuk nama je dulu kot2 bulih join )
13. Erwin & son- pulsar
14. Irwan Jamingan
15. Abg acid
16.Hairul Ump & Anak Kuantan (kereta) rm40
17. Cikgu Os rm30

Geng Chalet rm80
1.wan-( 3-4org)
2. Hezeri Samsuri
3. Sepul n man & Ijam
4. TakTahu

Geng chalet rm60
1. Alias n faliq rm60
2. Han n faizal
3. Abg kassim n razalan
4. Fahmi n herley
5. Shidee n wife
6. Cima n lela
7. Shah gs
8. colt2001my/ibnu arshat + family (kereta)


list setakat ini.
Mari mari mari.
Sapa nak join sila sis nama. Pilhan tempat bermalam adalah berkhemah atau chalet.

Tarikh tutup penyertaan : 15/01/2019

Pada yg ingin buat bayaran sila bank in ke akaun tuan AdiManap
Rashidi Abdul Manap
CIMB 8002488514

Bole PM saya atau tuan AdiManap . Nanti akan diupdate lagi

Initerary Ride:
09.02.2019 Sabtu
0800 Berkumpul di RNR Sg Buloh
0830  - tayar golek
1st stop RNR Tapah -                           breakfast and refuel
1000AM Selera D' Kebayan Chemor       Lunch and refuel
1300 Cemor - Kuala Mu
14:30 sampai di Kuala Mu
14:30 - 15:30 Solat / pasang khemah / buat apa yang patut
15:30 - 17:00 Aktiviti bebas
17:00 -19:00 Minum petang tepi sungai, yang nak mandi mandilah
19:00 Maghrib berjemaah di surau
2030 : Isya berjemaah di surau
Lepas isya' kita makan malam, BBQ dan sembang sampai lebam

10022019 Ahad
0600 Subuh berjemaah di surau
0800 Sarapan dan aktiviti bebas
1000 Balik KL
Aktiviti seperti jungle trekking, menyumpit dan memancing adalah urusan sendiri.

Sedikit bayaran akan dikenakan untuk menampungh kos makanan. Nak tambah makan dipersilakan.

15
Aksesori Penunggang / Rain coat / baju hujan pilihan anda
« on: 26 December , 2018, 09:50:09 AM »
Geng, apa pilihan baju hujan yang bagus - dari segi water proof dan ketahanan serta smart? Boleh kongsi apa yang anda pakai dan beli di mana kah?
Saya ada juga survey tapi takut pulak kalau terkena yang tiruan. errr...possible ke rain coat Rev'it RM150? ke camana?

Pages: [1] 2 3 ... 5