MBC Forum Banner

Show Posts

This section allows you to view all posts made by this member. Note that you can only see posts made in areas you currently have access to.


Messages - nsz123

Pages: [1] 2
1
Saya kat sungai petani.

2
Saya guna motor ni utk ulang alik kerja, dan kadang kadang ulang alik SP ke Penang. Memang tujuan asal beli utk kegunaan utk pergi kerja, walaupun tempat kerja tak berapa jauh, lebih kurang 40km pergi balik. Riding position, mcm easy rider, dgn pemijak kaki yg letak kat depan. Handlebar tu rasanya utk saya la, kalau sedikit ke belakang ok la. Yg lain dah ok, banyak ciri2 motor ni mcm yang saya nak. Pemanduan selesa, bukan utk top speed, minyak ekonomi walaupun 200cc, rekabentuk lawa (utk saya), dan banyak ruang utk penambahbaikan.

3
Salam warga MBC,

Alhamdulillah, setakat ni perjalanan motor ini dah melebihi 3k km dan tak ada apa-apa masalah yg pening. Gear susah nak masuk pun dah selesai atas nasihat rider2 otai. Adjust sikit kabel clutch, bagi tinggi sikit, free gear pun cantik, walaupun masa stop kat trafik light. Kalau tak, penat jugak. Penggunaan minyak, purata town area, 28km/L dan lebuh raya lebih kurang 34km/L.

Skrg tggu 4k km utk servis ke tiga...

4
Masih tiada lagi kah ahli MBC yg menggunakan motor ini......... Susah juga nak berkongsi maklumat.............

5
Ada review terbaharu dari indonesia (Binelli Motobi 200 EVO), diharap dapat membantu.


6
Lepas servis, saya tanya pomen pasal minyak enjin dan filter, dia cakap, minyak guna dlm 1200ml dan tak ada filter minyak...  :o

7
Motor dari China dpt tayar china ler....bila dah haus nanti tukar tayar baru. Brand yg baik sikit. Motor china, selagi enjin ok, sikit2 kita boleh invest beli yg lebih baik mcm brek pad ,brek pum....

Saya pun bercadang mcm tu, pakai bagi botak dulu, baru tukar, speed 80 90kmh, tayar ni ok lagi. Cuma tak banyak pilihan utk tayar belakang rim 15, utk bawah rm200 saya baru jumpa tayar fkr dan viva sahaja. Mungkin sahabat2 boleh cadangkan kat saya. Metzeler, Bridgestone, Michellin ada tapi tangan tak sampai he he. Tayar depan boleh la kot :). Brek Pump nanti saya tanya pomen. Saya pun tak berapa pasti dgn yg ni.

8
Motor ni 200cc jer, engine lebih kurang sama kot dengan RKV 200G. Top RKV pun dapat dalam 130kmj masa turun bukit.
Motor untuk santai2 jer, speed 110kmj dah cukup dah.

Saya setuju dgn kenyataan tuan, motor yg saya pakai ni pun jenisnya 'easy rider' (mudah pandu :) ), tujuan asal saya beli pun utk kegunaan harian ulang-alik kerja, dekat2 saya guna bini no 1, GT128. Punbagaimanawalau, sebab ramai nak tahu pasal top speed, coba-cobaan tempohari dapat la lebih kurang 124kmh pada bacaan meter motor ni. Kelajuan maksima mungkin boleh ditambah lagi jika ada perubahan pada angka2 berikut ... 13hp vs 145kg(motor) + 80kg(tuan motor) + 10kg(petrol)  :D. Kelajuan sebenar pada GPS, tak cuba, lain kali kot.

9
tuan, motor ni average 30km untuk setiap liter eh? wah...errr jimatkan?

Saya baru isi minyak buat kali keempat dan masih tak pasti lagi nak komen pasal penggunaan minyak. Paling laju setakat ini hanya 110kmh, tak cuba lagi di lebuh raya. Lambat juga nak dapat 110 tu, dan ini la first time saya bawa motor yg berat. Saya tak pasti sama ada ratio hp/berat juga ada peranan nak dapat top speed?? 13hp/145+kg (berat saya + petrol :) ). Punbagaimanawalau, saya selesa pada kelajuan 80-90, sangat selesa :).

Setakat ini, tak banyak perkara saya nak komen, cuma saya kurang berpuas hati dengan tayar stok yg diberikan iaitu brand CORDIAL ( buatan China) dan brek. Ada sedikit rasa kurang cengkaman pada selekoh walaupun pada kelajuan rendah (30 - 40) terutama selekoh yang tak rata. Brek pada saya 4/5 sahaja, cengkaman cantik cuma kurang 'smooth'. Tuil (lever) brek perlu digenggam kuat utk dapatkan cengkaman kemas, juga pada brek kaki. Mungkin pasal baru. Mungkin juga sebab saya jarang guna brek, pemanduan pada kelajuan rendah serta brek enjin yang agak kuat dah mencukupi uth perlahankan motor ini.

Handle bar, ok, tapi kalau tinggi sikit dlm 2-3 inci rasanya lebih selesa lagi (akan ditukar). Ekzos pun nak kena tukar, muffler saja dah ok kot, kena tanya pendapat sahabat2 dan otai2, dan saya rasa mcm nak tambah back rest atau sissy bar kat belakang. Mungkin juga nak letak box, ntah la, belum muktamad lagi.

10
Pengeluar dari Negara lain:: GPX / SYM / KYMCO / KTNS / Re: Keeway K-Lite 202
« on: 28 September , 2018, 09:46:37 AM »
Utk review ni saya tak berapa pandai nak cerita, kalau tanya soalan bolehlah saya jawab setakat pengalaman saya dgn motor ni. Sekarang pun baru nak cecah 700+ km, dah cuba cuba lajak pi 90kmh/6k+ rpm. Tunggangan masih sedap, dan selesa. Mungkin faktor berat motor ni sama rasanya. 145kg. Pickup masih berbisa pada kelajuan tersebut, menyebabkan tangan terasa gatal2, tapi kena sabaq sikit lagi. Running in servis nanti masih nak kena minta khidmat nasihat pomen dulu sebelum apa2 tindakan ujian yg nak buat. Brand Binelli Keeway ni masih banyak yg misteri, tak macam Yamaha dan Honda. Juga saya perlukan nasihat dari otai2 yg ada kat sini.

11
Sembang Apa saja / Re: kereta cadangan anda
« on: 27 September , 2018, 09:02:34 AM »
"Kereta apa yang MURAH harganya, MURAH kos penyelanggaraan dan reliable".....

Setakat yg saya guna dan dari pendapat ramai, Toyota Avanza 1.5 E/G/S, ver 1, ver 2 dan ver 3. Ver 4 mahal lagi :)

Kereta lain mungkin Vios...

12
Pengeluar dari Negara lain:: GPX / SYM / KYMCO / KTNS / Re: Keeway K-Lite 202
« on: 26 September , 2018, 22:35:35 PM »

Dalam website fuelly, katt dalam ruangan kenderaan abg tu, kat belah kanan skrol bawah sampai ada jupa Share your km/L

Klik link View All Badges and Stuff You Can Share nye link. Nanti dia papar kod yg boleh ditampal kat signature forum

Terima Kasih

13
Pengeluar dari Negara lain:: GPX / SYM / KYMCO / KTNS / Re: Keeway K-Lite 202
« on: 26 September , 2018, 12:28:16 PM »
Saya tak pernah lagi bawak motor ni. Kalau ada yg gi fnf boleh saya try ka?

Kalau ada kat area SP ni, boleh la saya datang. Utk test ride takde masalah, cuma masa sahaja.

14
Pengeluar dari Negara lain:: GPX / SYM / KYMCO / KTNS / Re: Keeway K-Lite 202
« on: 26 September , 2018, 12:26:12 PM »
Saya dah join FUELY, mcm mana nak papar update penggunaan minyak kat forum ni mcm tuan. ??  :)

15
Pengeluar dari Negara lain:: GPX / SYM / KYMCO / KTNS / Re: Keeway K-Lite 202
« on: 26 September , 2018, 09:50:58 AM »
Nak kena buat ujian lagi tuan untuk kesimpulan kadar penggunaan petrol motor ni, kurang2 pun 5 kali untuk dapatkan sisihan terkecil. Isian mula2 tu sebenarnya masa ambik dari kedai, depa tak isi lagi aka khedekut... Isi la RM 20, dapat la hampir penuh, kedai isi RM5 je kut buat syarat nak bagi motor jalan. Semalam jalan jauh sikit SP <-> PPinang, 100km, 80-90kmh tu memang selesa, sekali sekala pergi 100kmh, gegaran halus pada handle bar dan masih selesa, dan tak nampak lagi motor ni atas jalan kecuali yg saya guna. Tak dpt la nak buat persatuan ka, geng ka. Persatuan Jaguh ada ka? :)

Pages: [1] 2