MBC Forum Banner

Show Posts

This section allows you to view all posts made by this member. Note that you can only see posts made in areas you currently have access to.

Messages - pirateofyoursoul

Pages: [1] 2 3 ... 52
1
Pembuka Kata dari Forumer ::Sessi Pengenalan / Re: Salam Kenal Semula
« on: 09 October , 2019, 17:10:17 PM »
Salam tuan...maaf terlepas pandang...forumer lama mbc ni...tuan kat mana tu?

2
General Discussion / Re: Citer pasal Moto ku::VESPA
« on: 08 October , 2019, 16:58:27 PM »
tq bro knox kongsi info kat sini

3
Generasi kedua motosikal Triumph Street Triple RS kini rasmi dilancarkan dengan beberapa perubahan yang dibawakan oleh Triumph demi memenuhi keperluan peraturan emisi yang semakin ketat.
Perubahan yang dibawakan dari segi luaran kebanyakannya bersifat kosmetik di mana lampu hadapan berkembar kini menerima rekaan baharu yang diintegrasikan dengan lampu nyalaan siang jenis LED.

Sekali imbas, seakan seperti kening pahlawan yang sedang marah menaikkan lagi kegarangan pada model Street Triple ini.

Tiada perubahan dibawakan pada casis, namun Triumph mendakwa model Street Triple RS ini merupakan model paling ringan di dalam kategorinya.

Sistem gantungan serta sistem pemberhentian motosikal ini dibawakan secara terus daripada model terdahulu, terdiri daripada fork hadapan terbalik Showa 41 mm, brek Brembo M50 empat piston dan cakera berkembar 310 mm.

Manakala di bahagian belakang pula membawakan penyerap hentak Ohlins STX40 boleh laras yang memegang kemas double-sided swingarm jenis gullwing dan sistem brek Brembo piston tunggal serta cakera 220 mm.

Nadi kuasa tiga silinder sebaris 765 pula telah ditala secukup rasa bagi menghasilkan anjakan kuasa sebanyak 9 peratus berbanding model terdahulu, memberikan angka rasmi 121 kuasa kuda dan 79 Nm daya kilas.

Peningkatan kuasa tersebut turut disumbangkan oleh talaan kepada respon pendikit, cam ekzos baharu yang direka untuk mengoptimasikan prestasi pertengahan putaran enjin, dan juga proses pembuatan yang lebih teliti terhadap komponen seperti crankshaft, klac dan pengimbang.

Penambahan pemangkin kedua kepada peredam membolehkan motosikal ini mencapai piawaian pelepasan emisi Euro 5.

Kuasa yang dihamburkan tersebut dikawal secara elektronik menerusi lima mod tunggangan yang disertakan iaitu Road, Rain, Sport, Track dan satu mod kustom yang boleh ditetapkan mengikut kehendak penunggang.

Kelima-lima mod tersebut boleh diakses menerusi skrin paparan TFT yang turut hadir dengan sambungan Bluetooth, aplikasi MyTriumph, serta boleh ditetapkan kepada kamera GoPro dengan mudah.

Setakat ini pihak Triumph masih belum mengumumkan harga jualan rasmi bagi model Street Triple RS 2020.

Kredit towww.careta.my

4
General Discussion / Citer pasal Moto ku::VESPA
« on: 08 October , 2019, 12:15:04 PM »

Vespa Aku Pecah Kipas
Macamana lah kipas boleh pecah, tengah ride biasa nak pergi kerja dengar bunyi “dush”. Tak pula nampak apa apa, lepas beberapa kilometer engin check lite nyala.

Motor boleh jalan lagi, cuma rasa macam berat. Terus sampai RnR Dengkil, tempat port makan sebelom masuk kerja di KLIA check apa yg patut, engin bawah seat tengok tiada apa yg leak, hangus, tercabut etc.

Intai pada fan, astaga... habis semua bilah hilang. Nak balik dalam 30 km, jadi tawakal sajalah ride slow slow berhenti 3 kali bagi enjin sejuk Alhamdullilah sampai rumah... enjin berasap asap.
Lepas sejuk injin, chk tengok kipas hancur dan case keliling dia retak, jadi pegi Naza Bikers Dream di federal highway beli kipas dan casing plastik tu.

Mak oi, mahae nya kipas RM68.00 dan case plastik RM108.00, nasib baik timing sensor berdekatan tak rosak. Kalau rosak kena beli satu set dengan coil coil sekali.

Balik rumah pasang semua, test motor ok. Alhamdullilah tiada kerosakkan lain pada Vespa ni.

credit: bro NoX

5
Aktiviti MBC / Re: Proposal untuk test ride model Honda 2019
« on: 08 October , 2019, 12:06:45 PM »
Nampaknya pihak Honda belum bersedia untuk memberikan jawapan yang pasti untuk sesi test ride ini kali ini. Sedih juga sebab tak dapat test . Nak buat camana HONDA tu bukan company saya.

6
Suzuki / Re: SUZUKI BELANG 150 R V1
« on: 30 September , 2019, 09:22:30 AM »
salam semua... nubis belang melapor diri... baru pakai sebulan
wassalam geng...mana owner belang lain ni ... 8)

7
Pembuka Kata dari Forumer ::Sessi Pengenalan / Re: Salam kenal
« on: 30 September , 2019, 09:21:34 AM »
Salam kenal semua..baru join..ada ilmu, harap kongsikan..boleh belajar sama2 ✌🏻😅
salam kenal geng... 8)
ada masa kita FNF jom

8
Bincang Teknikal / Re: Chain Tensioner:: Borak sini v1
« on: 26 September , 2019, 09:56:34 AM »
takde sapa ke yang pakai chain tensioner nih?

9
Suzuki / Re: GSX650F Daily comfort with sport spirit
« on: 25 September , 2019, 15:10:57 PM »

Tuan pakai model yang mana ya?

Model gsxs750 yg tahun 2017 tu bang..maaf kalau x boleh masuk dalam group gsx650f ni..
isk...takda masalah tuan...model 2017? wow...model baru tu...tapi exactly yang mana satu eh? belanja la pic satu tuan
model ni je tuan..boleh la..impian dari bangku sekolah ingin memiliki sbk suzuki.. mohon tunjuk ajar tuan dan share teknik mengendalikan sbk suzuki ni..  ;D ;D ;D ;D ;D
[/quote]
mana member kita ni hiang ke? meh arr sini...hi hj blade..

10
Suzuki / Re: Suzuki Fx125 - Version 1 - Motor Reput
« on: 20 September , 2019, 16:13:19 PM »
haha...
rocker arm tu saya tau tulis je
hihi
mana ada otai ke apa ke...tapi Suzuki ni memang mendahului masa teknologi dia

11
Aktiviti Hujung Minggu / Re: Ride Hujung Minggu Part 1
« on: 20 September , 2019, 10:56:09 AM »
Sabtu
21/09/2019
Jom kita ronda ronda Janda Baik
RV kat BHP Gombak
jam 0815 tepat
Saya nak jalan jalan Janda Baik. Pegi kat Ruang dan satu lagi resort, tengok tengok dan nak ke Rimba Raid. Lama tak jumpa Kapten.
Kalau nak join, jom le. Saya naik efjekai je. PM dalam forum or wasap 018968 6070

12
Bincang Teknikal / Re: Chain Tensioner:: Borak sini v1
« on: 20 September , 2019, 10:52:09 AM »
chain tensioner ni memang buat rantai bunyi kuat ke?

13
Pembuka Kata dari Forumer ::Sessi Pengenalan / Re: Salam kenal
« on: 20 September , 2019, 10:50:14 AM »
wassalam tuan suziku, maaf lewaaattttttt..kapcai sizuki? iye ke? fxr? legend mesin tu

14
Suzuki / Re: Suzuki Fx125 - Version 1 - Motor Reput
« on: 15 September , 2019, 07:26:05 AM »

Salam semua, newbie sini baru beli fx125....mohon tunjuk ajar semua yer.... :)
tu dia...sifu fx dah mai dah...cuna juga kaler hijau nih...fx ni enjin sama ke dengan fxr boss?
Haha....baru nak berjinak ngan dohc oil cooled ni....

Head blok sama tak silap, blok fx leh buh slip lain, fxr buleh rebore.....gearbox pun leh salin fxr gak....ni kena otai2 explain.... :D

alalaa...boss pun boleh explain ....saya je yang tak tau pasal enjin ni...hihi...tapi betulke kalau saya cakap ada teknologi Suzuki ni yang mendahului pesaingnya...masa fxr kuar..teknologi DOHC dah ada ke untuk model lain yang bawah 150cc?

15
Suzuki / Re: Suzuki Fx125 - Version 1 - Motor Reput
« on: 11 September , 2019, 16:05:33 PM »

Salam semua, newbie sini baru beli fx125....mohon tunjuk ajar semua yer.... :)
tu dia...sifu fx dah mai dah...cuna juga kaler hijau nih...fx ni enjin sama ke dengan fxr boss?

Pages: [1] 2 3 ... 52