Malaysian Bikers Community

Maklumat Teknikal dan Pengetahuan Am Tentang Motorsikal / Aksesori Motorsikal dan Penunggang => Continental Bike : Aprilia / BMW / Ducati /HARLEY DAVIDSON / KTM / Triumph / Royal Enfield => Topic started by: pirateofyoursoul on 22 November , 2018, 10:14:29 AM

Title: Norton Atlas 650
Post by: pirateofyoursoul on 22 November , 2018, 10:14:29 AM
(https://www.careta.my/sites/default/files/styles/watermark/public/2018-11/norton-atlas-650-ranger-nomad-13.jpg?itok=YE_k0FV7)


Sekali imbas memang menarik model baru ini.
Semua orang tahu yang Norton sudah kembali, terutama selepas ia mempamerkan model superbike V4 RR dengan enjin 1,200 cc.

Tetapi tidak semua sangka bahawa model ruji Norton ialah sepasang motosikal scrambler retro yang sangat cantik.

Norton Atlas menggunakan enjin 650 cc selinder kembar selari dengan kuasa maksimum 84 hp dan daya kilas 64 Nm.

(https://www.careta.my/sites/default/files/styles/full_image/public/2018-11/norton-atlas-650-ranger-nomad-4.jpg?itok=ECqq24gJ)

Ranger

(https://www.careta.my/sites/default/files/styles/full_image/public/2018-11/norton-atlas-650-ranger-nomad-10.jpg?itok=mLMidAmB)

Nomad

Nomad pula mempunyai jarak roda seinci lebih pendek kerana sistem gantungan yang lebih rendah, membolehkan anda menunggang dengan lebih agresif.

Roda aloi berlidi Ranger ialah 19-inci hadapan dan 17-inci di belakang. Nomad juga sama kecuali roda hadapannya kecil seinci.

Walaupun Ranger itu lebih sesuai untuk offroad, kedua-dua varian menerima tayar dari jenis yang sama - Avon Trekrider. Mungkin jika anda hendak betul-betul berkelana offroad, tukarkan tayar ke tayar yang lebih agresif untuk tanah seperti Continental TKC80 atau Michelin Anakee 3 atau Pirelli Scorpion Trail 2.

Ia sudah mula ditempah di UK tetapi akan hanya diserahkan kepada pemiliknya seawal Mei 2019. US dan Australia akan menerimanya dalam tahun hadapan juga.

Malaysia mungkin perlu tunggu siapa akan jadi pengedar rasminya.

(https://careta.my/sites/default/files/photo-gallery/2018-11/norton-atlas-650-ranger-nomad-9.jpg)

(https://careta.my/sites/default/files/photo-gallery/2018-11/norton-atlas-650-ranger-nomad-2.jpg)

(https://careta.my/sites/default/files/photo-gallery/2018-11/norton-atlas-650-ranger-nomad-11.jpg)

terima kasih dan kreadit kepada www.careta.my