Bertempat di ibu negara, Hong Leong Yamaha Motor hari ini melancarkan sebuah motosikal naked di bawah kelas 250 cc, iaitu Yamaha MT-25.Membawakan enjin yang serupa didapati pada Yamaha R25, enjin 249 cc empat lenjang dua silinder itu mampu menghasilkan kuasa setinggi 35.5 hp dan daya kilas 23.6 Nm pada putaran enjin 10,000 rpm.
Kuasa tersebut disaluarkan menerusi transmisi manual enam nisbah kelajuan.
Disifatkan sebagai Master of Torque, Yamaha MT-25 turut didatangkan dengan suspensi Inverted Front Forks dan penyerap hentak tunggal di belakang bagi memastikan pengendalian yang lebih stabil terutama di selekoh, serta menyokong tunggangan yang lebih selesa.
Ciri menarik yang didatangkan adalah lampu posisi LED berkembar yang diikuti dengan lampu utama LED ditengah, serta diikuti lampu isyarat membelok dan lampu belakang daripada LED menambahkan lagi penampilan agresif.
Memastikan tahap keselamatan ketika tunggangan adalah brek cakera depan dan belakang, selain daripada ciri brek anti-kunci (ABS) dua saluran untuk roda hadapan dan belakang.
Secara standard, saiz rim adalah 17 inci yang dibaluti tayar tanpa tiub 110/70 depan dan 140/70 di belakang.
Penunggang juga mudah untuk membaca segala informasi kritikal daripada skrin paparan digital penuh LCD, selain dilengkapi dengan lampu penunjuk penukaran gear tersedia.
Harga jualan untuk Yamaha MT-25 bermula dari RM21,500 tidak termasuk insurans dan pendaftaran, serta hadir dalam dua warna iaitu Ice Fluo dan Yamaha Blue.
Selain daripada itu, para pembeli juga akan menerima barangan eksklusif berupa rantai kunci First Edition MT Series yang diperbuat daripada piuter oleh Royal Selangor, serta kunci cakera brek secara percuma.
Serentak dengan pelancaran Yamaha MT-25, HLYM juga turut memperlihatkan buat kali pertama sebuah lagi model MT, iaitu MT-15.
Yamaha MT-15 didatangkan dengan enjin yang serupa didapati pada R15, iaitu enjin silinder tunggal 155cc dengan teknologi VVA yang menghasilkan 19 hp dan 14.7 Nm pada putaran enjin 8,500 rpm.
Motosikal ini juga turut dilengkapi dengan fork hadapan terbalik, sistem penyerap hentak monoshock, brek cakera depan dan belakang dan saiz rim 17 inci dengan tayar 110/70 depan dan 140/70 belakang.
Sebagai perbandingan, harga jualan Yamaha MT-15 di Indonesia bermula dari RM10,162
credit kepada
https://careta.myamacam geng?