Satu aktiviti menunggang bersama pemilik motorsikal SYM VF3i Klang Valley telah diadakan. Saya telah dijemput bersama oleh Pengerusi VF3i Klang Valley En Faizal dan Penasihat Tuan Shidi untuk menyertai sesi tunggangan kali ini ke Pantai Merdeka. Kesempatan untuk menunggang dihujung minggu ini adalah sesuatu yang tidak boleh dipersiakan.
Sabtu,11 Januari 2020Jam 914 pagi. Kami telah berada di Roti Canai Pelangi, Sg Yu, Kuala Selangor. Sebelum ini, seawal jam 7 pagi kami telah berkumpul seorang demi seorang penunggang berkumpul di tempat perjumpaan yang telah ditetapkan oleh penganjur, Tuan Shidi iaitu di pekarangan Masjid Kiayi Hj. Abdulllah Omar, Batu 4 Jalan Kapar, Selangor.lebih kurang jam 730 pagi kami pun memulakan perjalananan ke Sg Yu.
Warung Dimyati Roti Canai Pelangi
Antara jentera yang turut serta. Nampak yang ganjil tak?
Sekitar jam 0930hrs, kami pun meneruskan perjalanan kami ke Sitiawan. Pihak penganjur iaitu En Rashidi dan En Faizal sememangnya punya pengalaman yang luas dalam menguruskan perjalan konvoi bermotor. Tempat yang dituju di Sitiawan ialah stesen minyak Caltex untuk isian semula minyak. Jarak perjalan dari warung Roti Canai Pelangi ke stesen tersebut ialah lebih kurang 140 kilometer.
Dah tau kan kenapa roti canai ini dipanggil Roti Canai Pelangi? Warna yang berbeza bagi setiap rasa yang berbeza. Ada yang berperisa mango dan sebagainya lah. Pengunjung perlu melayan diri sendiri untuk mendapatkan roti dan juga makanan lain atau minuman lain. Rotinya memang lembut ditambah pula dengan kuah kari kambing yang saya pilih, memang menjadi sangat. Seeloknya, wasap dahulu nombor yang tertera di gambar bagi mempastikan warung dibuka.
Saya tertarik dengan coverset jentera ini. Bertema LUCKY STRIKE, sesuai dengan otai yang menunggang jentera ini.
Sekitar jam 1 petang, kami bergerak Taiping sebelum memasuki lebuhraya ke Bukit Mertajam untuk menikmati makan tengah hari di warung ikan bawal goreng. " Bawal Goreng Kelapa Sawit" katanya.
Bila bawal dah tinggal tulang
Selesai saja makan tengahari, kami pun bergerak menuju ke Julia Chalet. Kami tiba di destinasi sekitar jam 430 petang. Penasihat program memberikan kami masa lebih kurang 30 minit untuk kami bersiap bagi aktiviti petang seterusnya iaitu minum petang di Tanjung Dawai.
Untuk ke Tanjung Dawai, kami menaiki bot dengan tambang RM3 sehala. Perkhidmatan bot ini tamat pada jam 7 petang.
Perjalanan menaiki bot ini memakan masa tidak lebih 5 minit.
Tanjung Dawai merupakan sebuah pekan kecil yang terkenal dengan pelbagai hasil laut sebagai jualan. Kami tidak melepaskan peluang untuk membeli sedikit buah tangan, tetapi ada juga yang melepas geram.
Pihak penganjur setakat ke aktiviti ini telah berjaya menguruskan penyertaan sebanyak 14 biji motorsikal dan 20 orang peserta konvoi tanpa sebarang masalah. Para peserta jua memberikan kerjasama penuh sepanjang konvoi ini berjalan sehingga ke aktiviti petang ini.
Pada sebelah malamnya, pihak penganjur telah mengaturkan sesi BBQ makan malam untuk kesemua peserta. Syabas saya ucapkan kepada pihak penganjur iaitu Presiden VF3i Klang Valley, Mr Faizal dan penasihat Mr Rashidi diatas komitmen berterusan tanpa mengira penat lelah dan wang ringgit bagi menjayakan sesi konvoi ini.
Sesi sebelah malam ini dimulakan dengan sesi perkenalan antara semua peserta - ice breaking session. Ke semua peserta termasuk pillion rider memang sporting habis. Sepanjang perjalanan dan aktviti berlangsung, kepenatan akan segera hilang dengan lawak jenaka dan ketawa.
En Faizal selaku Presiden VF3i Klang Valley sedang memberikan ucapan semasa majlis makan malam.
Majlis makan ini memang istimewa bagi saya. Suasana persekitaran di Julia Chalet yang tenang dan aman dengan bunyi ombak sesekali memecah kesepian malam memang menenangkan jiwa.
Salah seorang penunggang senior yang menunggang membonceng isterinya dalam konvoi kali ini sedang memperkenalkan diri.
MMM....masing masing dah bersedia untuk menyerang!
aktiviti lepas makan malam untuk yang "bujang".
Ahad 12 Januari 2020
Malam yang dilalui penuh dengan ketenangan. Sesekali terdengar dengkuran lena diulit intan. Jam 530 pagi ada yang sudah bangun untuk bersiap menunaikan solat Subuh.
Penasihat program, Mr Rashidi, telah memberitahu kepada semua peserta agar bersiap dan kita akan bergerak check out dan bersarapan di Kg Pulau Sayak pada jam 930 pagi. Sesi briefing oleh Presiden VF3i Klang Valley , Mr Faizal dan diikuti dengan bacaan doa olah Ustaz On memulakan sesi ride pulang ke Kuala Lumpur hari ini.
Barisan jentera yang menyertai konvoi kali ini.
apa yang ganjil di sini?
Mee Udang di Kg Pulau Sayak. mmmm....
Selepas bersarapan (?), kami sempat singgah di Tugu Peringatan Tsunami Kota Kuala Muda.
Presiden VF3i Klang Valley, Mr Faizal
Mr Tajol, mekanik kumpulan dan pasangan .
Maaf saya lupa nama !
Lupa nama juga
lupa nama rider dan pasangan nya...
Penasihat VF3i Klang Valley, Mr Rashidi dan pasangannya.
Di hadapan jeti menunggu bot ke Tg Dawai
Tuan LalaLela dan tuan Tajol, mekanik kumpulan VF3i Klang Valley.
Konvoi meneruskan perjalanan dan berhenti di Juru untuk isian minyak. Alhamdulillah kesemua peserta konvoi telah selamat pulang ke rumah masing - masing.
Tahniah kepada Mr Rashidi sebagai penasihat dan Mr Faizal sebagai Presiden VF3i yang bertungkus lumus menjayakan sesi tunggangan kali ini. Di harap kita dapat menunggang bersama pada masa akan datang. Kejayaan aktiviti ini ialah hasil kerjasama mantap antara kesemua peserta dan juga pihak penganjur bagi memastikan kelancaran konvoi kali ini.
Jumpa lagi!