Author Topic: KAPCAI ENDURANCE - kejohanan kebangsaan KBS MAM  (Read 27147 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline cme

  • Lesen P
  • *
  • Posts: 76
  • never say good bye
KAPCAI ENDURANCE - kejohanan kebangsaan KBS MAM
« on: September 19, 2012, 03:05:42 PM »
Buat julung kalinya, Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Motorsport Association of Malaysia akan menganjurkan siri kejohanan Endurance khusus bagi motosikal kapcai. Kejohanan ini diadakan bagi mencungkil bakat-bakat baru didalam perlumbaan motosikal.
 
Lapan siri kejohanan akan diadakan dilitar-litar terpilih diseluruh Negara. Tiga kelas akan dipertandingkan iaitu:
 ?Kelas 1 ? Motorsikal Kapcai berkeupayaan 100cc kebawah
 ?Kelas 2 ? Motorsikal Kapcai berkeupayaan 120cc kebawah
 ?Kelas 3 ? Motorsikal Kapcai berkeupayaan 150cc kebawah
 
Setaip pasukan perlu dianggotai oleh empat orang pelumba dan seorang pengurus. Bagi setiap siri kejohanan, setiap pasukan akan berlumba selama 2 jam. Tujuh pasukan dari setiap kelas akan layak bertanding dikejohanan akhir yang akan berlansung di litar Antarabangsa Sepang pada 23 dan 24 Februari 2013.
 
Pemenang-pemenang bagi setiap kelas di kejohanan akhir akan diberi tempat bertanding secara percuma di kejohanan SIC Ninja Cup 2013. Pemenang di kejohanan SIC Ninja Cup 2013 pula akan diberi tempat ?Wildcard? secara percuma di acara Moto 3, MotoGP Sepang 2014.
 
Tempat adalah terhad. Bagi setiap kelas disetiap siri hanya 30 pasukan dibenarkan bertanding. Rebutlah peluang keemasan ini. Adakah anda pengganti ZulFahmi?
 
Syarat-syarat pertandingan
 ?Warganegara Malaysia
 ?Berumur diantara 18 hingga 35 tahun
 ?Yuran pendaftaran sebanyak RM250.
 
Lesen perlumbaan akan diberikan secara percuma termasuk insuran perlumbaan. Sepasang tayar perlumbaan Corsa R46 juga diberikan secara percuma.
 
Minyak pelincir Repsol juga akan diberikan secara percuma. Maklumat terperinci boleh didapati di You are not allowed to view links. Register or Login
Pendaftaran boleh dibuat secara pos dialamat:
 
Kejohanan Kebangsaan KBS-MAM Kapcai Endurance
Cawangan Pembangunan Sukan Bermotor
Bahagian Pembangunan Sukan
Aras 13, Menara KBS,
Kementerian Belia dan Sukan
No 27 Persiaran Perdana, Presint 4
62570 Putrajaya
 
atau emailkan pendaftaran anda ke: You are not allowed to view links. Register or Login atau You are not allowed to view links. Register or Login

Siri perlumbaaan:
1. 22 & 23 September 2012 - litar kart TTSb pekan, pahang
2. 13 & 14 Oktober 2012 - litar kart permyjaya, miri sarawak
3. 10 & 11 November 2012 - litar MTPDRM Bakri, Muar Johor
4. 23 & 24 November 2012 - litar UUM sintok, kedah
5. 14 & 15 Disember 2012 - litar MIMC ayer keroh, melaka
6. 4 & 5 Januari 2013 - litar TBA terengganu
7. 12 & 13 Januari 2013 - litar TBA Selangor
8. 1 & 2 Februari 2013 - litar kart gunong bachok, kelantan
9. 23 & 24 Februari 2013 - litar Antarabangsa sepang ( Sirkit Akhir) Karnival Sukan Bermotor KBS

*borang boleh didapati juga di akhbar berita harian atau You are not allowed to view links. Register or Login

saja-saja share info mana tau ada kawan2 yang berminat.....


saya budak baru belajar..

kawan-kawan tak mau lawan... adik beradik tak mau gedik...

Offline mira_buruk

  • Lesen B Full
  • ****
  • Posts: 1153
Re: KAPCAI ENDURANCE - kejohanan kebangsaan KBS MAM
« Reply #1 on: September 19, 2012, 03:32:16 PM »
xde detail spec moto ke, cari xjumpo pun...plzzzz
AWAS...  kaki tikam belakang ada di mana2 ala2 baik bertalamkan 2 muka, sekali terkena buruk padahnya... AWAS

Offline cme

  • Lesen P
  • *
  • Posts: 76
  • never say good bye
Re: KAPCAI ENDURANCE - kejohanan kebangsaan KBS MAM
« Reply #2 on: September 19, 2012, 04:38:06 PM »
You are not allowed to view links. Register or Login
xde detail spec moto ke, cari xjumpo pun...plzzzz

dekat website MAM tu xpersan lak ade ke tak... ade button form kat situ, xsure ade detail ke x..
saya cadangkan bro tel terus unit sukan bermotor KBS 03-8871 3159.. maybe ade pegawai yang boleh bagi infi pada bro... sementara tu saya try cari maklumat, kalau ade apa2 info saya update...
saya budak baru belajar..

kawan-kawan tak mau lawan... adik beradik tak mau gedik...

Offline mira_buruk

  • Lesen B Full
  • ****
  • Posts: 1153
Re: KAPCAI ENDURANCE - kejohanan kebangsaan KBS MAM
« Reply #3 on: September 19, 2012, 04:56:57 PM »
Kat web x leh buka.....
tang detail tu penting....  event pun dah hujung minggu ni
awat tak bgtau awal2 masa kuar pepar dulu jadual dia.... sonang nak set
jadual dlm web pun x sama
yg poster lain, yg web lain
AWAS...  kaki tikam belakang ada di mana2 ala2 baik bertalamkan 2 muka, sekali terkena buruk padahnya... AWAS

Offline babyboy

  • Lesen B Full
  • ****
  • Posts: 1096
  • ~ JNP 4613 ~
Re: KAPCAI ENDURANCE - kejohanan kebangsaan KBS MAM
« Reply #4 on: September 20, 2012, 02:24:04 PM »
sebut endurance ni.. teringat dulu race 4 jam honda ex5 kat litar pasir gudang..
mmg best smpi tetido tgk lama sgt..
usaha yg baik..
Y80~RG110~FX110~KRISS120~FZ150i

Offline warque

  • AFD2012
  • *****
  • Posts: 1232
  • NOKIA 3310 user
Re: KAPCAI ENDURANCE - kejohanan kebangsaan KBS MAM
« Reply #5 on: September 20, 2012, 04:38:24 PM »
You are not allowed to view links. Register or Login
Kat web x leh buka.....
tang detail tu penting....  event pun dah hujung minggu ni
awat tak bgtau awal2 masa kuar pepar dulu jadual dia.... sonang nak set
jadual dlm web pun x sama
yg poster lain, yg web lain

sam, kalau x cukup rider, sila bagi tahu aku... heheheeee
wasap : 011 2385 4070

Offline apy

  • Lesen B Full
  • ****
  • Posts: 1407
  • DoNt L3t Ur LiFE B4sE oN Fe4R
Re: KAPCAI ENDURANCE - kejohanan kebangsaan KBS MAM
« Reply #6 on: September 20, 2012, 05:10:42 PM »
You are not allowed to view links. Register or Login
sebut endurance ni.. teringat dulu race 4 jam honda ex5 kat litar pasir gudang..
mmg best smpi tetido tgk lama sgt..
usaha yg baik..
otai tan seng kooi ngn barry leong yang power
You are not allowed to view links. Register or Login]

Offline bledex

  • Lesen P
  • *
  • Posts: 104
  • I'm riderkarat.. Definitely I'm not the fastest...
Re: KAPCAI ENDURANCE - kejohanan kebangsaan KBS MAM
« Reply #7 on: September 20, 2012, 09:17:08 PM »
Mana tak power spec motor dorg pun bukan tandingan EX5 kampung cam kita huhuhu...
Kerja... kerja... kerja... Ada Kerja, Ada Gaji...

Offline babyboy

  • Lesen B Full
  • ****
  • Posts: 1096
  • ~ JNP 4613 ~
Re: KAPCAI ENDURANCE - kejohanan kebangsaan KBS MAM
« Reply #8 on: September 21, 2012, 11:12:42 AM »
You are not allowed to view links. Register or Login
otai tan seng kooi ngn barry leong yang power

tul bro.. tak teringat nama dia org tu..

You are not allowed to view links. Register or Login
Mana tak power spec motor dorg pun bukan tandingan EX5 kampung cam kita huhuhu...

leh laju jer ekk 4 jam tak renti lak tu..
Y80~RG110~FX110~KRISS120~FZ150i

Offline apy

  • Lesen B Full
  • ****
  • Posts: 1407
  • DoNt L3t Ur LiFE B4sE oN Fe4R
Re: KAPCAI ENDURANCE - kejohanan kebangsaan KBS MAM
« Reply #9 on: September 21, 2012, 11:24:27 AM »
apa yg aku ingt dulu xlaju pun kelajuan purata dlm lebih kurang 80kmh jer..nk menten 4 jam tu yg susah kot..ketahanan moto dan rider yg penting..
You are not allowed to view links. Register or Login]

Offline mira_buruk

  • Lesen B Full
  • ****
  • Posts: 1153
Re: KAPCAI ENDURANCE - kejohanan kebangsaan KBS MAM
« Reply #10 on: September 21, 2012, 11:40:25 AM »
You are not allowed to view links. Register or Login
sam, kalau x cukup rider, sila bagi tahu aku... heheheeee


 Tanye je....
Alah cap ayam xleh lawan ipoh mali mah... rpm lentok2
AWAS...  kaki tikam belakang ada di mana2 ala2 baik bertalamkan 2 muka, sekali terkena buruk padahnya... AWAS

Offline underbone

  • Lesen B2
  • **
  • Posts: 352
  • *sensored*'S'Engine
Re: KAPCAI ENDURANCE - kejohanan kebangsaan KBS MAM
« Reply #11 on: September 23, 2012, 01:19:04 PM »
salam smue..

huksss

last kul 5 ptg smlm 13 bijik motor ajer yg daftarnya....yg bestnya yuran free lerr,pakai sluar jeans helmat ada visor ajer dh blh meleper....dpt tyre free sepasang..
unofical time smlm no 1 dr FMC suzuki fx125 geng2 tmn medan huksss :smiley: no 2 dr ATK dulu motr main cup prix x silap 2 bijik waran hijau....

9 pg tadi free running

kul 2 start lepas sakali jln semua kategori............

nt blk sana sy upate smula..........

p/s kecewa x smpt cr motor,nk daftar ambik tayar jer dh laaa

Offline alex3866

  • Lesen B2
  • **
  • Posts: 406
Re: KAPCAI ENDURANCE - kejohanan kebangsaan KBS MAM
« Reply #12 on: September 23, 2012, 01:57:42 PM »
nak tanya sikit..saya tengok dlm website kbs tu diorang ada beri 4 liter minyak..so nak tahu..4 liter minyak tu untuk endurance 2 jam atau boleh topup sepanjang race kita..apa yang saya maksudkan ialah mereka boleh masuk pitstop utk refuel atau mmg berbekalkan 4 liter minyak tu sahaja..tq..minta jasa baik rakan2 yg ade terlibat update sedikit sebanyak tentang info dan rules..tq
add pesbook saya..
You are not allowed to view links. Register or Login
Alex Gan

Offline 6358

  • Lesen P
  • *
  • Posts: 50
  • testing2...
Re: KAPCAI ENDURANCE - kejohanan kebangsaan KBS MAM
« Reply #13 on: September 23, 2012, 09:04:20 PM »
salam. tahniah kpd pngnjur yg tlah bjaya mnjalankan event ni. bru 1st time dgor ade kapcai endurance ni. sempat layan jap td kebetulan lalu kt dpan tasik nmpak ade race. xtau lak ade race lt pekan mggu ni. xnmpak pape banner kecuali baner corsa tyre je byk.

kalo taw awal dr sabtu lg da aku tpacak kt litar tu. bgus la race cm ni bg pluang kt rmai lg org utk participate lm sukan brmotosikal ni. maklumle sukan ni agak mahal. xsume org mampu. yuran 250 siap dgn mcm2 mende free tu mmg da brbaloi. kalo aku ade kapcai tringin gak nk masok. tp apekan daya xde moto...info pon lmbt smpai huhu
don't judge a rider by his motor

Offline ^pomen_GTR^

  • MBC Riders
  • ***
  • Posts: 8470
  • hands-on habbits
Re: KAPCAI ENDURANCE - kejohanan kebangsaan KBS MAM
« Reply #14 on: September 23, 2012, 10:41:56 PM »
tumpang check hapdate...

mintak orang pahang hapdate sket gambar2 ke ape ke event ni...
You are not allowed to view links. Register or Login

Offline warque

  • AFD2012
  • *****
  • Posts: 1232
  • NOKIA 3310 user
Re: KAPCAI ENDURANCE - kejohanan kebangsaan KBS MAM
« Reply #15 on: September 24, 2012, 09:48:48 AM »
You are not allowed to view links. Register or Login

 Tanye je....
Alah cap ayam xleh lawan ipoh mali mah... rpm lentok2

x abes2 dgn isu RPM lentok2 ni... biorkan je la.. APTB
wasap : 011 2385 4070

Offline mira_buruk

  • Lesen B Full
  • ****
  • Posts: 1153
Re: KAPCAI ENDURANCE - kejohanan kebangsaan KBS MAM
« Reply #16 on: September 24, 2012, 11:57:47 AM »
You are not allowed to view links. Register or Login
x abes2 dgn isu RPM lentok2 ni... biorkan je la.. APTB

PomenGTR nye moto lah org cite.....
mana leh lawan tokei... 4stroke
AWAS...  kaki tikam belakang ada di mana2 ala2 baik bertalamkan 2 muka, sekali terkena buruk padahnya... AWAS

Offline underbone

  • Lesen B2
  • **
  • Posts: 352
  • *sensored*'S'Engine
Re: KAPCAI ENDURANCE - kejohanan kebangsaan KBS MAM
« Reply #17 on: September 24, 2012, 04:08:18 PM »
You are not allowed to view links. Register or Login
nak tanya sikit..saya tengok dlm website kbs tu diorang ada beri 4 liter minyak..so nak tahu..4 liter minyak tu untuk endurance 2 jam atau boleh topup sepanjang race kita..apa yang saya maksudkan ialah mereka boleh masuk pitstop utk refuel atau mmg berbekalkan 4 liter minyak tu sahaja..tq..minta jasa baik rakan2 yg ade terlibat update sedikit sebanyak tentang info dan rules..tq

salam..kat pekan niee..minyak free jer sponser bagi..abis mintak jer lg n byk lebih lg diorg smua bagi...ptg masa n abis hari dh nk ribut..so tak tau la sapa yg menang..yg ku thu motor2 Selangor race n motor2 cubprix x berapa nk champion jemmmm...motor2 std ajer yg tahannn hukssss
gmbr tak berpa nk ada nk upload.

oks n tq

p/s koi nie x minat sgt species motor2 x ada asap nie hukss,dh org dtg kena la sambut,kul2 -3 pagi nk cari piston,tiub la,nk welding la mmmmmm :cool:..takder hal le bkn slu dtg sini :smiley:

Offline bimastar

  • Lesen P
  • *
  • Posts: 28
  • Mencari persamaan..Menghargai perbezaan..GT128SJ
Re: KAPCAI ENDURANCE - kejohanan kebangsaan KBS MAM
« Reply #18 on: September 26, 2012, 08:33:42 AM »
You are not allowed to view links. Register or Login
xde detail spec moto ke, cari xjumpo pun...plzzzz

Nota : Peraturan Teknikal1. Berikut adalah beberapa istilah di dalam Bahasa Inggeris yang akan diguna pakai di dalam peraturan ini:
a. Gerek ? Bore
b. Lejang ? Stroke
c. Kebuk ? Cylinder
d. Omboh ? Piston
Kejohanan Kebangsaan KBS-MAM Kapcai Endurance Page 9 9/25/2012
e. Injap ? Valve
f. Penyambung ? Connecting Rod
g. Aci Engkol ? Crankshaft
h. Aci Sesondol ? Camshaft
i. Penghidup Tendang ? Kick Starter
j. Penghidup Motor ? Starter Motor
2. Kesemua motosikal dikecualikan dari mempamerkan cukai jalan oleh kerana mengambil kira tujuan kegunaan motosikal tersebut yang hanya sesuai untuk kegunaan perlumbaan. Walau bagaimanapun, pelumba motosikal dinasihatkan untuk menyediakan geran motosikal tersebut bagi tujuan pemeriksaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (sekira ada).
3. Bahagian depan dan sisi motosikal haruslah mempunyai ruang yang sesuai untuk ditampal ?Stiker Nombor Lumba? (akan disediakan oleh pihak Penganjur)
4. Hanya satu motosikal dan dua enjin dibenarkan bagi setiap pasukan.
5. Pengubahsuaian kepada Tangki Minyak tidak dibenarkan sama sekali.
6. Hanya bahan bakar/petrol* yang diberikan oleh pihak penganjur sahaja boleh digunakan. *(latihan bebas tidak dibekalkan)
7. Para pelumba dan ahli pasukan dilarang sama sekali untuk menolak motosikal di kawasan pit bagi menghidupkan enjin. Penggunaan ?kick starter, motor starter? atau ?hand starter? adalah digalakkan.

A. Kategori Kelas[/b]
Terbahagi kepada tiga kategori kelas mengikut kapasiti enjin.
1. Kelas 1 ? Enjin yang mempunyai kapasiti 100cc dan ke bawah.
2. Kelas 2 ? Enjin yang mempunyai kapasiti 120cc dan ke bawah.
3. Kelas 3 ? Enjin yang mempunyai kapasiti 150cc dan ke bawah.

B. Berat MotosikalBerat minima bagi setiap motosikal adalah seperti berikut. Berat minima ini diukur dengan kadar tangki minyak yang kosong tetapi dengan semua cecair dan pelincir diisi pada paras biasa.
1. Kelas 1 ? 80kg
2. Kelas 2 ? 87kg
3. Kelas 3 ? 96kg

Peraturan Am Teknikal1. Hanya Motosikal 2 lejang dan 4 lejang jenis ?Underbone? sahaja dibenarkan
2. Pengubahsuaian terhadap kerangka asal adalah terhad kepada penambahan ?bracket?. Kerangka asal mesti mengekalkan keaslian rupa bentuk asalnya.
3. Hanya aksesori dan kelengkapan berikut dibenarkan, boleh diubahsuai atau ditukar:
Kejohanan Kebangsaan KBS-MAM Kapcai Endurance Page 10 9/25/2012
3.1 Fairing (cover set) boleh diubahsuai tetapi masih mengekalkan keaslian asal bentuk fairing tersebut.
3.2 Sistem suspensi depan (front fork) depan boleh ditukar dan diubahsuai.
3.3 Sistem suspensi belakang termasuk ?swingarm? dan penyerap hentak.
3.4 Ekzos adalah bebas.
3.5 Footrest adalah bebas.
3.6 Handlebar boleh diubahsuai.
3.7 Penggunaan / penambahan Oil Cooler atau Radiator untuk sistem penyejukan enjin adalah digalakkan.
4. Aksesori berikut wajib ditanggalkan:
4.1 Lampu ? depan, belakang dan signal.
4.2 Tongkat.
4.3 Cermin sisi.
4.4 Footrest penumpang.
4.5 Bakul, Horn dan sebagainya.
5. ?Kill Switch? atau suis Cut Off wajib dipasang.
6. Sistem pendawaian adalah bebas.
7. Sistem penyejukan bagi motosikal penyejukan cecair adalah bebas.

8. EnjinModifikasi kepada enjin adalah bebas bagaimanapun tertakluk kepada syarat tersebut.
8.1 Kapasiti enjin tidak melepasi kapasiti kelas. Bagi tujuan ini kapasiti akan dikira sebagaimana formula berikut:
0.7854 X Bore X Bore X Stroke / 1000 (dikira dalam ?mm?)
Sebagai Contoh:
Saiz Piston: 50mm
Jumlah Stroke: 48mm
0.7854 X 50 X 50 X 48 / 1000 = 94.248
Maka jumlah kapasiti enjin tersebut adalah 94.2 cc
8.2. Sistem bahan api ? tertakluk kepada syarat berikut:
8.2.1. Saiz bore kaburator atau injection system: Bebas
8.3. Sistem pengapian (Ignition) adalah bebas.
8.4. Kick starter atau Starter motor adalah bebas.
8.5. Takungan bagi ?engine breather? diwajibkan. (200cc min)

9. TayarKejohanan Kebangsaan KBS-MAM Kapcai Endurance Page 11 9/25/2012
9.1. Hanya tayar jenama Corsa model R46 sahaja dibenarkan.
9.2. Saiz tayar hadapan dan belakang yang dibenarkan adalah 90/80 ? 17?.
9.3 Rim ? Saiz Gelungan - 17?. Saiz kelebaran dan reka bentuk ? bebas.
9.4 Pemanas Tayar (Tyre Warmer) adalah dibenarkan.

10. Brek10.1 Jenis Brek hadapan dan belakang adalah bebas.
10.2 Setiap motosikal wajib mempunyai brek hadapan dan belakang.
10.3 Sistem Brek Hidraulik Hadapan dan Belakang adalah digalakkan.
10.4 Sistem Brek hendaklah berfungsi dengan baik.

Offline racingnerd

  • MBC Support
  • *****
  • Posts: 2204
  • kucin' kucin'
Re: KAPCAI ENDURANCE - kejohanan kebangsaan KBS MAM
« Reply #19 on: October 13, 2012, 04:41:15 PM »
wiken ni miri betul?

on kah?
::MAX Helmets:: = You are not allowed to view links. Register or Login