Author Topic: prosedur selepas eksiden motor  (Read 3552 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline lagendazwnp

  • Lesen B2
  • **
  • Posts: 445
  • Meh main pingpong!
prosedur selepas eksiden motor
« on: February 23, 2012, 01:07:18 AM »
salam,
nk bertanya sikit bagaimana prosedur setelah kemalangan motor,
1. sapa yg bertanggungjawab clearkan moto yg eksiden tu dari kawasan kemalangan
2. sekiranya motor takleh jalan, siapa yg nk angkut motor
3. kene bwk ke balai ke
4. bengkel utk repair,
5. tuntutan insurans
6. ....dan sebagainya


aku tak pernah kemalangan motor sampai teruk/ claim insurans.. tp kemalangan kereta aku pernah alami lah..
aku tanya ni pun sbb teringat road tax, insurans mati bulan 3 ni, so nak tau gak sikit2 prosedur kalau eksiden motor mcm mana..  ;D



Offline lantzo

  • Lesen B2
  • **
  • Posts: 301
  • adoyai....
Re: prosedur selepas eksiden motor
« Reply #1 on: February 23, 2012, 01:47:53 PM »
You are not allowed to view links. Register or Login
salam,
nk bertanya sikit bagaimana prosedur setelah kemalangan motor,
1. sapa yg bertanggungjawab clearkan moto yg eksiden tu dari kawasan kemalangan
2. sekiranya motor takleh jalan, siapa yg nk angkut motor
3. kene bwk ke balai ke
4. bengkel utk repair,
5. tuntutan insurans
6. ....dan sebagainya


aku tak pernah kemalangan motor sampai teruk/ claim insurans.. tp kemalangan kereta aku pernah alami lah..
aku tanya ni pun sbb teringat road tax, insurans mati bulan 3 ni, so nak tau gak sikit2 prosedur kalau eksiden motor mcm mana..  ;D

adik aku penah eksiden moto.....
-bawak org g spital....
-report kat spital...
-tel kedai suh amik moto untuk claim n repair...
-antar report kat kedai ....pastu tunggu la muto siap...
-dpat saman rm300.00

ni kes adik aku dulu la....2006..

Offline jerong

  • Lesen P
  • *
  • Posts: 218
Re: prosedur selepas eksiden motor
« Reply #2 on: February 24, 2012, 12:57:24 AM »
kalau eksiden di highway lagi baik mintak tolong dengan brader plus ronda je senang.suruh angkut sampai exit yang senang nak amik.kalau towing angkut sendiri maklum lah yer  ::)
~run,live to fly,fly to live,do or die~

Offline gyee

  • Lesen P
  • *
  • Posts: 26
  • "Solo Rider"
Re: prosedur selepas eksiden motor
« Reply #3 on: February 26, 2012, 12:56:45 AM »
Apa2 elok buat report polis bagitahu report nak claim insurans. Bab claim kena tengok berapa cover insurans kite... pilih kedai pun kena berhati-hati. Silap-silap duit sendiri lagi banyak keluar daripada repair sendiri tanpa claim insurans. Pendapat seposen berdasarkan pengalaman sendiri. HuHuHu...
( E ) + ( R ) = ( O )
{  E= EVENT     R= RESPONSE    O= OUTCOME  }

Offline alldisc

  • Lesen B1
  • ***
  • Posts: 747
  • 2 stroke craze - Bernafas pun keluar asap!
Re: prosedur selepas eksiden motor
« Reply #4 on: February 26, 2012, 01:00:00 PM »
You are not allowed to view links. Register or Login
salam,
nk bertanya sikit bagaimana prosedur setelah kemalangan motor,
1. sapa yg bertanggungjawab clearkan moto yg eksiden tu dari kawasan kemalangan
2. sekiranya motor takleh jalan, siapa yg nk angkut motor
3. kene bwk ke balai ke
4. bengkel utk repair,
5. tuntutan insurans
6. ....dan sebagainya


wasalam.

pertama sekali ialah memastikan keselamatan kita iaitu kecederaan yg teruk, wajib dikejarkan dulu ke hospital. jika kita memandu kereta,jgn di hon penunggang yg baru kemalangan dan terhegeh2 nak alihkan motor. kita tak tahu dia ada patah tulang ke, kecederaan dalaman yg membawa maut ke...

kalau tak cedera serius, baru fikirkan jawapan yg enam itu.

1. setiap pemilik kenderaanadalah bertanggungjawap mengalihkan kenderaan dari kawasan kemalangan sama ada sendiri atau menggunakan wakil (tow truck, lori bengkel motor dan sbgnya). di malaysia ada kelonggaran sedikit berbanding China, Hong Kong atau Taiwan di mana kita wajib tunggu pihak polis dan insurans datang amik gambar dan terus taksir kerosakan.

* AMBIL PERHATIAN DALAM KES KEMALANGAN MAUT KITA DILARANG SEKALI-KALI MENGALIHKAN KENDERAAN YG TERBABIT MAHUPUN MAYAT MELAINKAN IA MASIH HIDUP SEBELUM MENINGGAL DUNIA. Rujuk pada pakar proseudr mengalihkan mangsa kemalangan tanpa memberi risiko kecederaan lebih serius - contoh salah angkat mangsa boleh menyebabkan patah tulang tengkuk dan boleh meninggal dunia.

sekiranya kita dikejarkan ke hospital dahulu, jika kes kereta biasanya pihak bengkel akan mengekori kita untuk memberitahu mereka akan ambil tanggungjawap. bagi motorsikal, selalunya tiada pihak akan tampil membantu tetapi biasanya polis dan mereka yg prihatin selalu akan bantu alihkan motor ke kawasan yg tidak menghalang lalulintas.

2. sekiranya motor takleh jalan, siapa yg nk angkut motor - disini terpulang pada kebijkasanaan kita. adakah nak tunggu eksiden baru nak cari bantuan atau menyediakan bantuan seperti pepatah sediakan payung sebelum hujan. MBC adalah platform terbaik untuk kita mendapatkan maklumat tersebut, iaitu forum dan members networking.

3. kene bwk ke balai ke - bagi kes kematian, kena bawak ke balai. itu pun selepas polis datang kelokasi kejadian untuk ambil gambar dan sebagainya. semua kes kemalangan wajib ditunjuk pada polis sbg bukti kita bukan buat laporan palsu. bagaiamanapun, pengecualian diberikan bagi org yg cedera parah atau pengsan dan sbgnya.

* AMBIL PERHATIAN KEGAGALAN MELAPORKAN KEMALANGAN DALAM TEMPOH 24 JAM ADALAH SATU KESALAHAN UNDANG-UNDANG DAN BOLEH DISAMAN RM300.

4. bengkel utk repair - banyak kedai motor boleh repair, dan ada juga kedai motor yg khusus membaiki motorsikal kemalangan dan membuat tuntutaninsurancs. sekali lagi, forum MBC mampu membantu kita mengetahui maklumat lanjut

5. tuntutan insurans - adalah penting pihak insurans diberitahu seberapa awal tentang kemalangan, terutama jika membabitkan claim. at least, kita call dulu.

kasik bersihh.. yehaaa...

Offline lagenda

  • Lesen P
  • *
  • Posts: 107
  • tiada kaitan dgn moto lagenda
Re: prosedur selepas eksiden motor
« Reply #5 on: February 26, 2012, 02:28:16 PM »
kalau kemalangan & patah anggota, masuk wad

a) nanti ada ajen lowyer melawat sambil menawarkan bantuan macamana nak lawan.
b) boleh buat laporan polis selepas keluar wad.
c) surat pengesahan kemalangan & ditahan dalam wad tunggu pembedahan - pandailah minta dengan tuan doktor. tak ada MC sebab doktor sendiri tak tahu sampai berapa hari. Ada majikan tak terima cakap-cakap mahu bukti bertulis dari tuan doktor juga.

hospital kerajaan patah kaki, masuk besi sekarang kena rm5k. Dulu saya tahun 98  bayaran hospital + wad 2 minggu + pembedahan kurang lebih  rm300 saja.

Offline nasrider

  • Lesen Antarabangsa
  • *****
  • Posts: 1898
  • Ride and feel the freedom
Re: prosedur selepas eksiden motor
« Reply #6 on: March 02, 2012, 04:04:48 AM »
Member sya tak pasal2 meninggal sebab ada org baik hati sgt angkat dia terus hantar g hospital dlm keadaan tengkok patah, dlm kereta masih ok lagi siap tel wife d family britau xcden, smpai je hospital dah koma sebab banyak sgt saraf tunjang dah rosak akibat digilis tulang tengok yg patah tu akibat dari tak dipakai penahan tengkok dan hentakan dlm kereta org yg baik hati tu kononnya......selalu bila sya ada d tempat kejadian sya akan marahkan org yg sibuk nak angkat n hantar org yg tengah tersembam xcden tu, ambulan sampai pun tak terus hayun org tu atas strecher n terus gerak ke hospital, kadang2 pembantu perubatan ambil masa dekat 1/2 jam pasang bermacam peralatan sebelum angkat dan hantar pesakit ke hopital.
Penyelesaian untuk minyak rantai motorsikal anda;
You are not allowed to view links. Register or Login