Author Topic: MOD LEH LOCK.....KAWASAKI KLX 150 VERSION 1  (Read 110776 times)

0 Members and 2 Guests are viewing this topic.

Offline triplesaber

  • Lesen P
  • *
  • Posts: 66
  • Bikes defy gravity, cars just suck!
Re: KAWASAKI KLX 150
« Reply #360 on: December 24, 2009, 04:56:06 pm »
You are not allowed to view links. Register or Login
Nak belajar main trail ni kena kumpul ramai2 kat satu trek. Ajak otai turun padang sekali. Pakat2 belajar, pakat2 main... baru syok.

Bro MXer la guide kitorang..

Btw, apa riding gears yg disyorkan/perlu ada utk layan trail. Aku tau ada yg mmg jantan tegar tu x pakai baju ngan berselipar pun boleh redah hutan, tapi disebabkan kebanyakan kita ni ada daytime job dan anak bini kat rumah, so safety tu satu benda penting, jgn layan trail pastu cedera sana sini sbb x bersedia. Risiko mmg ada di mana2 pun tp persediaan tu penting. Kalo x lengkap pun tapi at least la..

Offline Assd_MXer

  • Lesen B1
  • ***
  • Posts: 609
Re: KAWASAKI KLX 150
« Reply #361 on: December 24, 2009, 06:10:58 pm »
You are not allowed to view links. Register or Login
Bro MXer la guide kitorang..

Btw, apa riding gears yg disyorkan/perlu ada utk layan trail. Aku tau ada yg mmg jantan tegar tu x pakai baju ngan berselipar pun boleh redah hutan, tapi disebabkan kebanyakan kita ni ada daytime job dan anak bini kat rumah, so safety tu satu benda penting, jgn layan trail pastu cedera sana sini sbb x bersedia. Risiko mmg ada di mana2 pun tp persediaan tu penting. Kalo x lengkap pun tapi at least la..


Ish!!.. saya bukanlah otai pun. Tak pernah masuk race.. main sikit-sikit je testing motor member. Teknik tu ada la sikit2.. tak khatam2 lagi. Menuntut dengan tok guru Gary Semic pun separuh jalan. Sama-samalah kita belajar kalau ada rezeki kita berkumpul nanti. Banyak otai2 dirtbike kat sini boleh join kot... dirtfreak? lain-lain? apa kata survey?

Macam yang saya maklumkan sebelum ni, saya selalu pergi trek kat Ulu Yam, Selayang. Kat tempat perkelahan P2. Kat situ ada trek motocross milik pengurusan P2 tu.... ada sungai, ada bukit. kat situ memang tempat otai2 asah skill. rider malaysia pun turun main kat situ kadang2. So kat situ boleh main MX (motocross), trail riding dan berkelah. Beginner are welcome to the club...

Pasal riding gear tu, better safety first... tambah pula beginner. Biarlah orang kata macam Cybercop sekalipun... asalkan kita selamat.



Tapi kalau riding gear untuk dirtbikers ni biasanya nampak gempak2 belaka. Kalau tak, takkan mat2 skuter pakai helmet dan jersi offroad... nampak garang. Yang kelakarnye helmet dan baju garang tapi naik motor cute ;D (skuter VS).

Lelaki pakai nampak garang.



Perempuan pakai nampak cun.





Offline triplesaber

  • Lesen P
  • *
  • Posts: 66
  • Bikes defy gravity, cars just suck!
Re: KAWASAKI KLX 150
« Reply #362 on: December 24, 2009, 06:42:21 pm »
Kat uptown shah alam skrg ada satu kedai bundle tgh ada stok 5 helai mx pants, dari saiz 30 ke 36, mcm2 kaler, smua ori, brand FOX, No Fear, tapi rege walopun bundle dari RM170-190 (dah nego, kalo mintak RM150 pun dia x bagi). Ada selai FOX kaler hitam kuning tu aku berkenan sgt, ngam2 saiz aku dan masih elok, tapi sen tak mengizinkan buat masa skrg ni.

Riding pants utk kanak-kanak pun ada dlm 5, 6 helai.

Offline wls418

  • Lesen P
  • *
  • Posts: 10
Re: KAWASAKI KLX 150
« Reply #363 on: December 24, 2009, 06:46:51 pm »
Terima kasih kepada semua yg memeriahkan forum ni. Seronok nampak dah ramai rider KLX. Apa kata kita kumpulkan geng2 KLX kat sini dulu buat masa ni sebelum kita pergi ngeteh atau ape2 aktiviti lain kalau ade kelapangan masa nanti. Kalau tak kisah letakkan nama anda kat bawah:

   (ID anda)- (Lokasi)
1. WLS418 - Puchong
2.
3.
4.
5.

Offline triplesaber

  • Lesen P
  • *
  • Posts: 66
  • Bikes defy gravity, cars just suck!
Re: KAWASAKI KLX 150
« Reply #364 on: December 24, 2009, 07:01:11 pm »
Aku sokong!

   (ID anda)- (Lokasi)
1. WLS418 - Puchong
2. Triplesaber - Jalan Kebun, Shah Alam
3.
4.
5.


Btw, kelmarin aku nmpk sbijik KLX on the road, rider pakai helmet scrambler kaler hijau hitam, baju sweater sarung trbalik, kat jalan depan Courts/CIMB/kilang F&N (Hicom) menuju Puchong. Sapa agaknya rider tu, laju betul.
« Last Edit: December 24, 2009, 07:21:03 pm by triplesaber »

Offline nasrider

  • Lesen Antarabangsa
  • *****
  • Posts: 1925
  • Ride and feel the freedom
Re: KAWASAKI KLX 150
« Reply #365 on: December 24, 2009, 07:25:14 pm »


Dinasihatkan bagi yg tengah UP nak trail road/trek ni hati2 skit bila ada fikir nak terbang, sebab jika tak belajar n tau skill silap2 boleh terlepas n dada terhempas pada handle, tank n meter panel, impactnya sgt kuat, member pernah kena dekat2 10 minit dia terdiam n tak dapat bernafas/senak dada sebab nak tahan sakit pas tu terus jual motor trauma nak main motor cross lagi, tapi dia gak yg silap tengok org terbang dia nak terbang......try la dulu bukit kecil layan skill dulu, ni tak terus je nak lompat bukit tinggi.....sengaja cari nahas la................ ;D ;D ;D


Penyelesaian untuk minyak rantai motorsikal anda;
You are not allowed to view links. Register or Login

Offline encikgalol

  • Lesen B Full
  • ****
  • Posts: 1274
  • <<AMD Fanboy>>
Re: KAWASAKI KLX 150
« Reply #366 on: December 24, 2009, 07:40:22 pm »
You are not allowed to view links. Register or Login

Dinasihatkan bagi yg tengah UP nak trail road/trek ni hati2 skit bila ada fikir nak terbang, sebab jika tak belajar n tau skill silap2 boleh terlepas n dada terhempas pada handle, tank n meter panel, impactnya sgt kuat, member pernah kena dekat2 10 minit dia terdiam n tak dapat bernafas/senak dada sebab nak tahan sakit pas tu terus jual motor trauma nak main motor cross lagi, tapi dia gak yg silap tengok org terbang dia nak terbang......try la dulu bukit kecil layan skill dulu, ni tak terus je nak lompat bukit tinggi.....sengaja cari nahas la................ ;D ;D ;D




abg nas, badan mcm saya 94kg nie agak2 leh terbang tak?? tengok diaorang main offroad mmg best tapi bila ku lihat fizikal diriku ini.........
LAWAN TETAP LAWAN!! MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH!! INI KALILAH!!

Offline nasrider

  • Lesen Antarabangsa
  • *****
  • Posts: 1925
  • Ride and feel the freedom
Re: KAWASAKI KLX 150
« Reply #367 on: December 24, 2009, 08:04:15 pm »
You are not allowed to view links. Register or Login
abg nas, badan mcm saya 94kg nie agak2 leh terbang tak?? tengok diaorang main offroad mmg best tapi bila ku lihat fizikal diriku ini.........

Jgn cakap tak boleh, kena cara memang leh naik terbang cuma yg tak boleh nya landing, takut2 jadi nangka jatuh pokok terhempas siap terburai isi perut........... ;D ;D ;D
Penyelesaian untuk minyak rantai motorsikal anda;
You are not allowed to view links. Register or Login

Offline padin1

  • Lesen P
  • *
  • Posts: 6
Re: KAWASAKI KLX 150
« Reply #368 on: December 24, 2009, 09:01:35 pm »
You are not allowed to view links. Register or Login
sori... tak terfikir nak ambik gambar lgsg plak td.
rugi2..
Tadi petang saya pun singgah di CBK moto sebelum ke Hakinamoto ;)
Ada 2 bijik KLX150 sedang dalam proses modifikasi ..
Melepak  kat belakang kedai tengok pomen pasang ekjoz MFM..moto ni jugak dah pasang USD fork yg bernilai rm4k ::)
sempat jugak snap pic sebuah KLX150 lagi yg sedang dipasang tayar onroad..mekanik kata moto tu masih dalam eksperiment.nanti saya upload gambo...


Offline padin1

  • Lesen P
  • *
  • Posts: 6
Re: KAWASAKI KLX 150
« Reply #369 on: December 24, 2009, 09:02:53 pm »


   (ID anda)- (Lokasi)
1. WLS418 - Puchong
2. Triplesaber - Jalan Kebun, Shah Alam
3. padin1-Bangi
4.
5.



Offline kdsayang

  • Lesen B2
  • **
  • Posts: 330
  • ilusms km2ku
    • boy power
Re: KAWASAKI KLX 150
« Reply #370 on: December 24, 2009, 09:04:23 pm »
boleh jer adik galol. suspension kasik "kuat" sikit. haha
019-4 lapan zero 5 three lapan 9
Knowledge Is Power, Cash Is King

Offline is

  • Lesen B1
  • ***
  • Posts: 543
Re: KAWASAKI KLX 150
« Reply #371 on: December 24, 2009, 10:01:27 pm »
You are not allowed to view links. Register or Login
Sapa yg otai tu boleh la guide kitorang yg ala2 newbies ni dlm bidang trail.. Body armor dah ada, beli murah dr mmbr yg dah bersara. Kalo pakai dah mcm stormtrooper.

tiap2 ahad geng2 aku mesti pegi trail...
selalunya kat kemensah sbb dekat skit dgn umah...
kalo rasa nak join skali... amat dialu-alukan ;)

off topic jap..
p/s: petikan ayat sifu kemensah... " kalo pakai motor scrambler kene la merasa offroad... kalo setakat nak bawak atas jalanraya nak angkut makwe... baik beli RXZ je..."  :laugh: :laugh: :laugh:
LESS TALK... MORE ACTION PLEASE!!!

Offline triplesaber

  • Lesen P
  • *
  • Posts: 66
  • Bikes defy gravity, cars just suck!
Re: KAWASAKI KLX 150
« Reply #372 on: December 24, 2009, 10:32:22 pm »
Setelah tgk schedule aku, aku kena amik masa hingga bulan 2 (lamanya) utk start trail riding.
Bos aku dah warning jgn libatkan diri dlm sebarang aktiviti berisiko sehingga tender buku yg aku handle ni siap, sbb apa2 jadi nnti sapa nak take over.
Lagipun skrg amat2 sibuk, nak rehat pun xde masa sbnarnya, harap Ahad je. Tapi kalo ride geli2 tu boleh la kejap..

Betul apa yg dickp tu, kalo bawak 'scrambler' tp xnak offroad umpama irama tnpa lagu. Sbb kewujudan supermoto tu pun dari background offroad jugak, so otai2 supermoto mmg dah ada asas offroad.

Offline is

  • Lesen B1
  • ***
  • Posts: 543
Re: KAWASAKI KLX 150
« Reply #373 on: December 24, 2009, 10:43:05 pm »
trail riding adalah lebih selamat berbanding riding diatas jalan raya
kelajuan semasa trail riding (trail hutan) jauh lebih perlahan berbanding atas jalanraya
dlm trail riding, kita tak berkongsi jalan dgn kenderaan2 besar yg lain yg mana memerlukan kita memberi extra perhatian...
kalo jatuh semasa trail riding... setakat jatuh tumbang atau jatuh yg pelik2 dimana kita & rakan2 lain akan bergelak ketawa selepas tu...
bro try search kat youtube pasal trail riding (especially kat kemensah posted by offroadkaki)

kalo track riding... yg tu memang konfem  berisiko tinggi...
« Last Edit: December 24, 2009, 11:00:58 pm by is »
LESS TALK... MORE ACTION PLEASE!!!

Offline Assd_MXer

  • Lesen B1
  • ***
  • Posts: 609
Re: KAWASAKI KLX 150
« Reply #374 on: December 24, 2009, 11:34:03 pm »
You are not allowed to view links. Register or Login

Dinasihatkan bagi yg tengah UP nak trail road/trek ni hati2 skit bila ada fikir nak terbang, sebab jika tak belajar n tau skill silap2 boleh terlepas n dada terhempas pada handle, tank n meter panel, impactnya sgt kuat, member pernah kena dekat2 10 minit dia terdiam n tak dapat bernafas/senak dada sebab nak tahan sakit pas tu terus jual motor trauma nak main motor cross lagi, tapi dia gak yg silap tengok org terbang dia nak terbang......try la dulu bukit kecil layan skill dulu, ni tak terus je nak lompat bukit tinggi.....sengaja cari nahas la................ ;D ;D ;D




Memang pun... ada orang pernah pecah dagu masa race kat Perlis tahun 90an saya pergi dulu. Masalah silap landing, lepas tu handlebar takde pad. Landing pacak, dagu hentam riser kat triple clamp.

Nak terbang memang senang... henjut je memang naik punya. Henjut slow, naik rendah je. henjut laju, naik tinggi. Yang jadi masalahnya ialah landing. Ada yang junam, ada yang pacak, ada yang sangkut enjin kat puncak jump.

1. Sampai kat jump kena berdiri. Kalau duduk, susah motor nak tujah ke udara.
2. Tayar depan cecah jump, pulas throtle lagi bagi tayar belakang tujah belakang motor supaya posisi motor jadi stabil dengan depan.
3. Masa nak landing kalau motor junam, kena pulas throtle bagi tayar belakang berpusing. Tayar belakang akan turun, motor kurang junam.
4. Kalau motor turun pacak, kena tekan brek belakang bagi tayar belakang berhenti pusing. Tayar depan akan turun, motor kurang pacak.

Nak buat tebar roti canai kena ada teknik special tapi bila nak landing memang guna teknik ini juga. Ini teknik asas nak landing.

Selamat mencuba...
« Last Edit: December 25, 2009, 01:28:49 pm by Assd_MXer »

Offline nasrider

  • Lesen Antarabangsa
  • *****
  • Posts: 1925
  • Ride and feel the freedom
Re: KAWASAKI KLX 150
« Reply #375 on: December 24, 2009, 11:34:19 pm »
You are not allowed to view links. Register or Login
trail riding adalah lebih selamat berbanding riding diatas jalan raya
kelajuan semasa trail riding (trail hutan) jauh lebih perlahan berbanding atas jalanraya
dlm trail riding, kita tak berkongsi jalan dgn kenderaan2 besar yg lain yg mana memerlukan kita memberi extra perhatian...
kalo jatuh semasa trail riding... setakat jatuh tumbang atau jatuh yg pelik2 dimana kita & rakan2 lain akan bergelak ketawa selepas tu...
bro try search kat youtube pasal trail riding (especially kat kemensah posted by offroadkaki)

kalo track riding... yg tu memang konfem  berisiko tinggi...


Betul tu bro, offroad tak melibatkan kemalangan jiwa, biasalah jatuh2 sebab dah over xcited bila dah syok layan trail road. Kat jalan raya hari2 kita boleh nampak ada saja rider yg maut terlibat dlm kemalangan.
Penyelesaian untuk minyak rantai motorsikal anda;
You are not allowed to view links. Register or Login

Offline Assd_MXer

  • Lesen B1
  • ***
  • Posts: 609
Re: KAWASAKI KLX 150
« Reply #376 on: December 24, 2009, 11:47:02 pm »
You are not allowed to view links. Register or Login
trail riding adalah lebih selamat berbanding riding diatas jalan raya
kelajuan semasa trail riding (trail hutan) jauh lebih perlahan berbanding atas jalanraya
dlm trail riding, kita tak berkongsi jalan dgn kenderaan2 besar yg lain yg mana memerlukan kita memberi extra perhatian...
kalo jatuh semasa trail riding... setakat jatuh tumbang atau jatuh yg pelik2 dimana kita & rakan2 lain akan bergelak ketawa selepas tu...
bro try search kat youtube pasal trail riding (especially kat kemensah posted by offroadkaki)

kalo track riding... yg tu memang konfem  berisiko tinggi...

Track riding bahaya sebab main jump. Trail riding lebih kepada rekreasi. Tapi kena hati-hati kalau lalu kat jalan balak. Takut bertembung dengan lori balak. Kalau dalam bukit takut bertembung dengan Pak Belalai atau Pak Belang.

Fakta: Pelumba Kedah, Azhar Yaakub (member) pernah sertai Hi-Rev International 3 days Endurance Race. Guna trailbike (Honda XR250) masuk race Enduro (lumba bukit) bawak 120-140kmj dalam laluan bukit. Nak catat masa ke checkpoint2 tertentu macam rally. Bayangkan kelajuan macam tu kat dalam bukit. Silap gi bantai pokok, terjun curam... ???

Offline xdirtfreakx

  • Lesen B2
  • **
  • Posts: 372
  • ||metal mulisha army #226||
    • MOTOCROSS and SUPERBIKES gears and apparels
Re: KAWASAKI KLX 150
« Reply #377 on: December 25, 2009, 01:50:06 am »
wah..dah ramai nk main offroad..bagus..bagus...

basic gears .

-mx helmet (sbb die ada peak.bila ada peak leh teduh dari matahari.peak kene dongak ke atas.supaya nampak jalan)
-anti fog goggles ( bila pakai antifog,time trail kalo hujan takdela bekuwap goggle)
-mx gloves (bukan macam sbk ada knuckle,mx nye biasa jer,elak blisters,grip kt handgrips kasik kuat)
-basic protective gears (lutut n siku)
-boot (takda budget beli boot,pakai army boot pun ok as long as its a pair of boots)

klx takleh buat lompat2.boleh tgk sindri kt body klx tuh camne die weld.so u guys leh assume apa akan jadi kalo amik table top.hehe
main trail best utk klx neh.kecik n ringan

track for beginners =kota damansara.dekat dengan blakang uptown damansara tuh

btw..basic gears tuh penting.jersey n suar tuh ada bajet baru beli.tapi kene pakai longsleeves ngan longpants (mcm jeans pun ok)

happy offroading

more info,nanti saya terangkan kt dirtbike fest @ paroi sabtu neh.haha..



You are not allowed to view links. Register or Login|www.hakinamotox.blogspot.com|www.hakinamoto.blogspot.com

Offline triplesaber

  • Lesen P
  • *
  • Posts: 66
  • Bikes defy gravity, cars just suck!
Re: KAWASAKI KLX 150
« Reply #378 on: December 25, 2009, 06:50:18 am »
Thanks all for the brief explainations..


KLX150 ni tgk kat Indo yg main lompat2 tu orang kurus2 kecik je, Cth mcm dlm gambar2 ni=




Faktor berat badan pun main peranan gak, aku tgh cuba turunkan 5kg, nak maintain around 70kg. Walaupun xmain lompat2, tp for overall healthiness for both the bike n me.
Layan choppers dulu bole la bela perut, sbb moto laid-back..

Lagi satu, goggle Vega aku asik fogging, time jalan elok, tp kalo brenti fogging balik. Pengaliran udara x betul ni.

« Last Edit: December 25, 2009, 06:56:25 am by triplesaber »

Offline xdirtfreakx

  • Lesen B2
  • **
  • Posts: 372
  • ||metal mulisha army #226||
    • MOTOCROSS and SUPERBIKES gears and apparels
Re: KAWASAKI KLX 150
« Reply #379 on: December 25, 2009, 02:11:17 pm »
table top dengan lompat2 katak tu lain bro tripleS..  ;) tapi sangat tak digalakkan melompat dengan moto klx150 ni. banyak kes kt uluyam P2 ,moto2 trail main track mx lompat2 -patah body,triple clamp crack dll..

first bike yg bro trip tampal tu die da pakai USD fork.betol?
and then absorber blakang pun kene setup/tukar yg cun nye..

tapi kalo nak jugak main jump2 dengan klx standard,go ahead je... ;)


bro..goggle "vega" and goggle scott/smith/oakley/dragon sume jauh bezanya dari segi quality.bukan masalah pengaliran udara.masalah lens tuh sebenarnya...sebab tuh harga die sangat berbeda...hehe..

happy riding...


hope to see u guys tomorrow k...




p/s : padin1...nice to meet u.  ;D





You are not allowed to view links. Register or Login|www.hakinamotox.blogspot.com|www.hakinamoto.blogspot.com