MBC Forum Banner

Author Topic: Ride Report :: MBC Back To Nature Kuala Mu Ride 09 Feb - 10 Feb 2019  (Read 528 times)

Offline pirateofyoursoul

  • Administrator
  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 567
  • Popularity: +0/-0
  • OraMinggirTabrak!
    • View Profile
Tarikh : 09 Feb 2019 - 10 Feb 2019
Lokasi berkumpul : Restoran Jejantas Sg Buluh
Jam : 0730 hrs

Senarai peserta:
1) Pak Non / Honda CB500X / KL
2) Cikgu Os / Versys 650 / Muar
3) Wak Jakpo / Honda RS 150 / KL
4) Musket / Kawasaki Z250 / KL
5) Shamsul / Yamaha NMAX / KL
6) Azamreeves / Kawasaki ER6F / KL
7) Mohdi & Son / SYMVTS 200 / KL
8) Erwin & Son / Pulsar 200 / KL
9) Rizal Sakti / Yamaha FzI (efjekai juga) / KL
10)Paiz / Hnda RS150 / KL
11) Tuan Kassim / BMW F800GS / KL
12)Razalan / SYM VTS 200 / KL
13) Pak Lah / Versys 1000/ KL
14)Burn / Suzuki V Strom 1000 / KL
15)Faizal Toncet / SYM VF3 / Shah Alam
16)Aki Anis / Honda CRF 250 / Bintulu Sarawak
17)Pirate / Efjekai Yamaha FzI150 / Seremban
18)Fahmi / Yamaha NVX / KL
19) Herley / Yamaha NMAX / KL
20) Meor / BMW K16 / KL
21) Rahman / BMW F800R / KL
22)Nizam / HONDA RS150 / KL
23) Shidee dan pasangan / BMW GSA 1200LC / KL
24)Alias / HONDA RS 150 / Putrajaya
25)Faliq / SUZUKI GSXR 750 / KL
26)MZ / Versys 650 / KL
27)Shaiful / BMW F800GS / KL
28)Man Ipolosas / Kasawaki VErsys 650 / KL



Dah lama sangat tak ride macam ni. Saya dapat rasa semua peserta ride kali ni memang gembira dan puas hati. Segala penat lelah memang berbaloi. Terima kasih saya ucapkan kepada SEMUA peserta dan ribuan terima kasih kepada
1) Tuan Shidee dan isteri yang bertungkus lumus untuk urusan chalet dan makanan ride kali ini.
2) Mr Colt dan isteri diatas penyediaan makan . Lauk Kari ikan dan ikan bakar malam itu memang sedap.
3) Geng lady bikers : Cima , Lela ,  Ain dan Hanim yang membantu persiapan makanan dan minuman sepanjang ride kali ini.

09 Feb 2019
Jam 0700 : Faizal Toncet dan Ain sudah tiba di RNR Sg Buloh ( saya terlewat sikit ). Dan kemudian semakin ramai peserta ride yang tiba. Kami sarapan seadanya. Jam 0800 sebahagian dari kami mula bertolak. Antara yang bergerak awal ialah Faizal Toncet, Ain, Aliasa a.k.a Mat man dan saya - kami menunggang jentera ber cc kecil. Kami berhenti di Tg Malim 9 (hentian kecil rasanya) untuk refuel sebelum kami bergerak ke Tapah untuk re-group dengan main group.



Selepas isi minyak di Tg Malim. Faizal Toncet, Ain dan ehem ehem.

Berhenti rehat di Restoran D Kebayan Chemor


Mohdi , Bung Aki dan Rahman




Faizal Toncet




best betul Burn dan Meor makan...tak sempat toleh kiri kanan


Berat agaknya topik yang dibincangkan ni..


Isi Minyak!!!




Hensem


Last stop sebelum bergerak ke pos Kuala Mu. Lupa lak nama tempat ni.

LAPORAN BERSAMBUNG NANTI YE. Stay tune.
RageAGainstTheMachine!
OraMinggirTabrak!

Offline Adimanap

  • Old Timer MBC Rider
  • Newbie
  • ***
  • Posts: 2
  • Popularity: +0/-0
    • View Profile
Re: Ride Report :: MBC Back To Nature Kuala Mu Ride 09 Feb - 10 Feb 2019
« Reply #1 on: 11 February , 2019, 12:33:32 PM »
Terbaik Tuan Han, tak sabar nak baca sambungannya...

Offline pirateofyoursoul

  • Administrator
  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 567
  • Popularity: +0/-0
  • OraMinggirTabrak!
    • View Profile
Re: Ride Report :: MBC Back To Nature Kuala Mu Ride 09 Feb - 10 Feb 2019
« Reply #2 on: 12 February , 2019, 11:49:11 AM »
SAMBUNGAN Ride Report


Bro Toncet dan Bung AKi dari Bintulu




apa yang MatMan fikir tu


Akhirnya. Jam 240PM Sampai di Pos Kuala Mu. opppss...belum sampai di chalet ya...sudah ada peserta yang sampai di chalet ketika ini.


Sampai sudah!


tuan AdiManap sedang mengemas barang.

Para peserta ada yang mengemas barangan. Ada yang mengemas khemah.


Sebahagian barisan jentera dalam ride kali ini.


Ketibaan Tuan Colt memang dinanti . Beliau bertungkus lumus menyediakan makanan untuk peserta ride kali ini.


Cikgu Os dari Muar



santai betul BurnJr..



Orang kuat ride kali ni Tuan AdiManap dan Tuan Hezeri dari www.careta.my



abang RACER ni selamba menawan KualaMu dengan NVX. Anda bila lagi ?


Tak payah disuruh. Sungai yang mengalir ni memang membuat jiwa bergelora. Tapi jam 4 PM pun air dah sejuk.


Indahnya Malaysiaku !


3


Pelbagai ragam. Pak Non memang best!.


Acara bakar membakar ikan yang disediakan Tuan Colt sudah bermula. Lapar ? Jangan risau. Tak pernah ada peserta kelaparan / tak cukup makan dalam ride kami.


Serius membakar ikan!


Shark dan team memang terbaik. Thank you ladies !


Sampai larut malam masih berborak. ADa yang baru berjumpa setelah sekian lama terputus hubungan. Ada yang pertama kali menunggang bersama kawan kawan dari MBC. Bertukar cerita dan pengalaman. Oh ya! Terdapat ruangan yang dijadikan surau sementara namun ada juga peserta yang solat di dalam chalet atau di tepi khemah . Kewajipan wajib di mana pun!
Malam ini memang seolah terasa singkat. Hendak berbual lebih lama tetapi jam sudah menunjukkan jarum 1130PM.

Oh...terima kasih mbcian Takutnyer untuk video yang cukup menarik! Kreatif!



OK. Kita bersambung nanti ye.








« Last Edit: 12 February , 2019, 15:18:25 PM by pirateofyoursoul »
RageAGainstTheMachine!
OraMinggirTabrak!

Offline pirateofyoursoul

  • Administrator
  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 567
  • Popularity: +0/-0
  • OraMinggirTabrak!
    • View Profile
Re: Ride Report :: MBC Back To Nature Kuala Mu Ride 09 Feb - 10 Feb 2019
« Reply #3 on: 13 February , 2019, 17:24:25 PM »
Ahad : 10/02/2019

Selepas solat subuh, bertebaranlah seluruh makhluk Tuhan di alam ini. Begitu juga dengan kami para penunggang yang telah dan sedang menikmati kurniaan Allah . Pada malam yang telah berlalu, suasana penuh dengan pengisian yang bermakna. Kami mandi bersama, solat bersama, memasak dan menikmati hidangan bersama. Alangkah banyaknya rezeki kurniaan Tuhan.


Bro Ijam dengan gaya tersendiri tabah menyediakan sarapan pagi.


Ada yang mengambil kesempatan untuk mendengar perkongsian pagi disampaikan oleh Bung Aki. Bung Aki merupakan seorang penunggang tegar dan forumer lama di MBC. Beliau telah selesai menjelajah Eropah pada Disember 2018. Oh ya! perkongsian lebih lanjut di http://aki-sarawakadventure.blogspot.com/.



Lawa ayam ni.


Pak Burn terpaksa pulang awal kerana terdapat urusan peribadi. See ya next ride boss!


Antara forumer lama Tengku Erwin. Beliau menunggang Pulsar200 untuk ride kali ini.


Antara forumer dan penunggang tertua kali ini, Pak Non ( atau Pak Maun). Beliau menunggang Honda CB500X. Beliau juga merupakan seorang penunggang tegar. Telatah beliau memang membuatkan anda hilang penat. Beliau seorang yang ceria dan suka berkongsi pengalaman.

Jam 1030 pagi kami pun bersiap untuk bergerak keluar dari chalet untuk pulang ke destinasi masing-masing. Tidak menyangka dengan sambutan penmyertaan dari penunggang kali ini, maka terdapat sedikit kelewatan dari segi masa. Namun itu semua bukan lah masalah yang besar kerana semua peserta bersatu hati memberikan komitmen yang terbaik untuk memastikan semua orang gembira.


Teka siapa dia ?


Mr Herley penunggang NMax.


FelixTheCat dengan GSXRnya...aiyoh....


Pagi itu, Shark juga berkesempatan untuk membuat demo masakan Sardin BerempahApaNyaSukahAtiAkula . mujur tiada liputan data yang baik, jika tidak pasti akan ada sessi FB live.



Termenung agaknya memikirkan entah bila akan ride kembali ke sini.


Sebelum pulang masih ada yang sempat jungle trekking.


Bersama kita menjaga kurniaan Ilahi ini agar dapat dinikmati generasi akan datang.



Tuan Cikgu Os bersama lady biker.

Kami berhenti makan di restoran D'Kebayan di Chemor. Kemudian ada yang meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing. Ada juga yang mahu menunggang bersama. Yang menunggang bersama meneruskan perjalanan ke Tapah untuk mengisi minyak dan berhenti di RNR Ulu Bernam untuk santapan petang.
Di situ kami berkongsi gelak tawa dan sempat membuat perancangan seterusnya. Bila tu? Kita tunggu pengumuman dari Tuan AdiManap @ bung Shidi.

Saya sampai di destinasi saya Seremban sekitar jam 715PM. Alhamdulillah semua peserta juga selamat kembali ke destinasi masing - masing.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua peserta ride kali ini. Saya meminta maaf diatas segala kesulitan atau apa saja masalah yang timbul ( ada ke? ) itu ada lah kelemahan saya. Semoga kita bertemu di sessi ride yang akan datang.

Sekali lagi ribuan terima kasih untuk yang banyak berusaha Tuan AdiManap@bung shidi, Shima Shark, Lela, Mr Colt dan keluarga, Mr Hezeri diatas segala penat lelah anda semua dalam memastikan semua peserta tidak lapar dan sentiasa gembira semasa menunggang bersama.

SAFE RIDE BROTHERS!
RageAGainstTheMachine!
OraMinggirTabrak!

Offline meor

  • Old Timer MBC Rider
  • Newbie
  • ***
  • Posts: 8
  • Popularity: +0/-0
    • View Profile
Re: Ride Report :: MBC Back To Nature Kuala Mu Ride 09 Feb - 10 Feb 2019
« Reply #4 on: 13 February , 2019, 17:46:26 PM »
Terima kasih Abg Han, seronok betul ride kali ni. Bukan destinasi tetapi silatulrahim & gelak ketawa (gelakkan org) yg membuatkan kita semua gembira.
Bak ceramah Tuan Han - Nikmat apakah yg kamu dustakan

Offline colt2001my

  • Old Timer MBC Rider
  • Newbie
  • ***
  • Posts: 2
  • Popularity: +0/-0
    • View Profile
    • Ibnu Arshat al-Farlisi
Re: Ride Report :: MBC Back To Nature Kuala Mu Ride 09 Feb - 10 Feb 2019
« Reply #5 on: 13 February , 2019, 18:46:47 PM »
Feewiitt  :D ;D :D

Offline Mohdi

  • Storm Riders
  • Newbie
  • *****
  • Posts: 19
  • Popularity: +0/-0
    • View Profile
Re: Ride Report :: MBC Back To Nature Kuala Mu Ride 09 Feb - 10 Feb 2019
« Reply #6 on: 13 February , 2019, 21:57:55 PM »
Terbaik report.. best ride so far

Offline enlogam

  • Old Timer MBC Rider
  • Jr. Member
  • ***
  • Posts: 83
  • Popularity: +0/-0
    • View Profile
Re: Ride Report :: MBC Back To Nature Kuala Mu Ride 09 Feb - 10 Feb 2019
« Reply #7 on: 16 February , 2019, 08:31:11 AM »
tahniah .. terbaik kalian !!
maaf x dapat follow, kekangan kirija hehee
|rgsukan|ct110|ks100|kr150a|k-one|nsr-rr|nsr-rrw|

Offline LUNASIA

  • Newbie
  • *
  • Posts: 15
  • Popularity: +0/-0
    • View Profile
Re: Ride Report :: MBC Back To Nature Kuala Mu Ride 09 Feb - 10 Feb 2019
« Reply #8 on: 19 February , 2019, 12:13:33 PM »
alhamdulillah ride telah berjaya dilaksanakan dan selamat semuanya..

tahniah kepada admin2 MBC dan semua peserta....

laporan dan gambar2 semua mmg sgt menarik..

in shaa Allah nak join next trip... (klu kena dgn masanya )  hehehe

Offline pirateofyoursoul

  • Administrator
  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 567
  • Popularity: +0/-0
  • OraMinggirTabrak!
    • View Profile
Re: Ride Report :: MBC Back To Nature Kuala Mu Ride 09 Feb - 10 Feb 2019
« Reply #9 on: 20 February , 2019, 08:15:36 AM »
alhamdulillah ride telah berjaya dilaksanakan dan selamat semuanya..

tahniah kepada admin2 MBC dan semua peserta....

laporan dan gambar2 semua mmg sgt menarik..

in shaa Allah nak join next trip... (klu kena dgn masanya )  hehehe
Alhamdulillah...jom geng...
RageAGainstTheMachine!
OraMinggirTabrak!

Offline LUNASIA

  • Newbie
  • *
  • Posts: 15
  • Popularity: +0/-0
    • View Profile
Re: Ride Report :: MBC Back To Nature Kuala Mu Ride 09 Feb - 10 Feb 2019
« Reply #10 on: 20 February , 2019, 12:38:29 PM »
alhamdulillah ride telah berjaya dilaksanakan dan selamat semuanya..

tahniah kepada admin2 MBC dan semua peserta....

laporan dan gambar2 semua mmg sgt menarik..

in shaa Allah nak join next trip... (klu kena dgn masanya )  hehehe
Alhamdulillah...jom geng...


ke mana tu?

 :) :) :)
saya newbies... ride jauh2...kebaih punggung...


Offline pirateofyoursoul

  • Administrator
  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 567
  • Popularity: +0/-0
  • OraMinggirTabrak!
    • View Profile
Re: Ride Report :: MBC Back To Nature Kuala Mu Ride 09 Feb - 10 Feb 2019
« Reply #11 on: 21 February , 2019, 10:09:09 AM »
alhamdulillah ride telah berjaya dilaksanakan dan selamat semuanya..

tahniah kepada admin2 MBC dan semua peserta....

laporan dan gambar2 semua mmg sgt menarik..

in shaa Allah nak join next trip... (klu kena dgn masanya )  hehehe
Alhamdulillah...jom geng...


ke mana tu?

 :) :) :)
saya newbies... ride jauh2...kebaih punggung...
macam tak caya je newbies hihi
RageAGainstTheMachine!
OraMinggirTabrak!

Offline LUNASIA

  • Newbie
  • *
  • Posts: 15
  • Popularity: +0/-0
    • View Profile
Re: Ride Report :: MBC Back To Nature Kuala Mu Ride 09 Feb - 10 Feb 2019
« Reply #12 on: 21 February , 2019, 10:39:45 AM »
alhamdulillah ride telah berjaya dilaksanakan dan selamat semuanya..

tahniah kepada admin2 MBC dan semua peserta....

laporan dan gambar2 semua mmg sgt menarik..

in shaa Allah nak join next trip... (klu kena dgn masanya )  hehehe
Alhamdulillah...jom geng...


ke mana tu?

 :) :) :)
saya newbies... ride jauh2...kebaih punggung...
macam tak caya je newbies hihi

hehehe betul tuan... ;) ;) ;)

teringin juga nak ride sama2 dgn otai MBC...

dulu kita pernah bertemu semasa MBC  buat ride Sarawak dulu..
kita jumpa di Kuching. 

Offline aku_hehe

  • Newbie
  • *
  • Posts: 1
  • Popularity: +0/-0
    • View Profile
Re: Ride Report :: MBC Back To Nature Kuala Mu Ride 09 Feb - 10 Feb 2019
« Reply #13 on: 22 February , 2019, 11:30:28 AM »
laa... saiful tak ajak pun..  :)