MBC Forum Banner

Author Topic: Ingin berkonvoi? Mari kongsi  (Read 1408 times)

Offline pirateofyoursoul

  • Administrator
  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 522
  • Popularity: +0/-0
  • OraMinggirTabrak!
    • View Profile
Ingin berkonvoi? Mari kongsi
« on: 28 February , 2018, 11:59:11 AM »
Permohonan permit perarakan (escort/pengiring) dari PDRM memerlukan beberapa perkara :-

1. Kertas Kerja Konvoi
2. Senarai Organisasi/Kelab/Pertubuhan serta Syarikat berdaftar.Kalau tak daftar,payah sikit.
3. Objektif Konvoi serta matlamat.(Samada suka-suka,program bersama badan lain..Cth: Sukaneka bersama Polis,Program Mesra Rakyat dsbnya.
4. Senarai penuh peserta bersama Nama Penuh,alamat penuh,no.kp,jenis kenderaan,no plat dsbnya..(Itu sebab konvoi selalunya ada borang penyertaan).
5. Ketua konvoi serta AJK yang bertanggungjawab menganjurkan sesuatu konvoi...Supaya senang pihak Polis menghubungi sekiranya berlaku sesuatu..
6. Peraturan,undang-undang serta nota taklimat keselamatan untuk disampaikan kepada peserta sebelum berkonvoi..
7. Jadual ,aturcara,masa serta agenda konvoi mesti disertakan...
8. Laluan perjalanan,jarak serta tempat berhenti konvoi mesti detail..Bukan main tulis jer..Kena survey laluan dulu...Cari tempat berhenti rehat yang sesuai dsbnya.


SYARAT DAN PERATURAN SEMASA KONVOI MOTORSIKAL .

1. Semua peserta mesti sihat tubuh badan dan bersedia mengikuti sepanjang laluan perjalanan konvoi.
2. Penunggang hendaklah mempunyai lesen memandu yang sah,cukai jalan dan insuran yang belum tamat tempoh.
3. Semua motorsikal peserta mestilah 100% dalam keadaan baik,lengkap tanpa sebarang pengubahsuaian yang melanggar akta dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
4. Semua peserta diminta mengisi petrol memenuhi tangki sebelum memulakan konvoi.
5. Taklimat keselamatan,laluan konvoi serta agenda konvoi perlu diterangkan dan disampaikan dengan jelas kepada semua peserta sebelum memulakan konvoi.
6. Maklumat lengkap,pelan laluan,tempat berhenti rehat serta tanda amaran boleh diterangkan oleh Ketua Penyelaras Konvoi samada melalui lisan ataupun bertulis.
7. Jarak diantara sesebuah kenderaan dihadapan semasa berkonvoi hendaklah anggaran 2 buah motorsikal bagi mengelakkan kecelakaan sekiranya berlaku pemberhentian mengejut.
8. Kelajuan dijalan biasa semasa berkonvoi adalah diantara 70~90km/j,lebuhraya 90~100km/j dan bergantung kepada keadaan lalulintas.
9. Berikan tumpuan penuh kepada kenderaan dihadapan dan tabiat memotong semasa berkonvoi tidak digalakkan.
10.Susunan kenderaan semasa berkonvoi perlu ditetapkan sepanjang konvoi dijalankan.
11. Peserta diwajibkan membuka lampu hadapan kenderaan sepanjang berkonvoi dan penggunaan lampu kelipan isyarat (double signal) amat tidak digalakkan.
12. Berhenti dengan cara selamat dibahu jalan tanpa menggangu peserta dibelakang sekiranya berlaku kerosakkan kenderaan tanpa jangka.
13. Peserta perlu menepati masa,aturcara dan mengikuti laluan yang diberikan oleh pihak penyelaras.
14. Ketua penyelaras perlu memastikan laluan konvoi,lokasi tempat berhenti,lokasi tempat mengisi minyak sepanjang laluan konvoi,jarak perjalanan,tempoh masa serta agenda lengkap sebelum memulakan konvoi.
15. Penyelidikan,kajian laluan,suasana jalaraya,keadaan lalulintas perlu diteliti oleh Ketua Penyelaras selewat-lewatnya sebulan sebelum memulakan sebarang konvoi.
16. Ketua penyelaras perlu menghantar permohonan Permit Perarakan selewat-lewatnya sebulan sebelum bermulanya konvoi kepada Ketua-Ketua Polis Daerah yang terlibat bagi makluman dan satu salinan kepada Ketua Polis Negeri yang terb a b i t.
17. Bendera,risalah,pelekat mahupun kain rentang yang berbau politik,penghinaan sesuatu kaum mahupun ugama adalah dilarang dibawa semasa berkonvoi.
18. Pihak penyelaras tidak akan bertanggungjawab terhadap semua bentuk saman atau penalti yang dikenakan oleh pihak berkuasa sekiranya peserta melanggar peraturan jalanraya yang telah ditetapkan.
19. Berlumba secara haram,memotong tanpa sebarang tujuan dan memandu dalam keadaan merbahaya semasa berkonvoi adalah dilarang sama sekali.
20. Ketua penyelaras adalah bertanggungjawab terhadap semua perkara berkaitan keselamatan,disiplin serta tingkahlaku peserta sepanjang berkonvoi.
21. Peserta perlu menandatangani borang akujanji didalam penyertaan konvoi bagi mengelakkan sebarang tuntutan mahkamah kepada pihak penyelaras sekiranya berlaku sebarang kemalangan mahupun kematian.
22. Keselamatan adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh Ketua Penyelaras konvoi.
23. Ketua Penyelaras berhak membatalkan penyertaan peserta yang gagal mematuhi peraturan yang sedia ada mahupun setelah diberitahu.

Sekian..

PERATURAN DAN ETIKA BERKONVOI

Konvoi bermotorsikal di bahagikan kepada empat bahagian:
* motorsikal Lead
* Marshall
* Sweeper
* motorsikal Peserta

LEAD
1. Lead harus lah menentukan had kelajuan sesebuah konvoi, dan harus sentiasa beringat tentang jarak dan bahawa ada kenderaan jauh di bahagian belakang sesebuah konvoi.
2. Kerap memerhati melalui cermin sisi memastikan bahawa semasa konvoi motorsikal tidak jarak terlalu jauh.
3. Jika menempuh terlalu banyak lampu isyarat, Ia patut berhenti di sesuatu tempat yang selamat dan tidak menggangu lalu lintas sementara menunggu untuk mengumpulkan konvoi semula.
4. Sentiasa memberikan isyarat jika menukar arah.
5. Memberitahu konvoi di mana akan berlepas dan berhenti atau konvoi disediakan dengan peta.

Sweeper
1. Sentiasa berhubung pandang dengan Lead (Jika Perlu).
2. [size=18]Jika Lead memberikan isyarat memotong kepada kenderaan lain. Biarkan kenderaan yg tidak dalam konvoi unutk memotong dalam keadaan selamat di samping tidak menganggu konvoi.
3. Hubungi Lead jika kenderaan di belakang ingin bergerak laju dalam sesuatu keadaan kecemasan.

Marshall
1. Berada di tengah2 semasa konvoi.
2. Akan keluar dari konvoi (atau boleh berada di mana2 untuk memastikan konvoi dalam satu kumpulan.
3. Membantu konvoi berjalan lancar di suatu persimpangan.
4. Memastikan konvoi tersusun.

motorsikal Peserta
1. Tidak di benarkan memotong kecuali jika ada kecemasan.
2. Memerhatikan lead jika ingin memotong (gunakan isyarat)
3. menjarakkan antara kenderaan di depan dalam keadaan selamat dan selesa
4. Tidak membiarkan motorsikal di hadapan terkeluar dari susunan.
5. Flash kan lampu jika ada kecemasan.

Mungkin ada yang boleh menambah ...silakan.






RageAGainstTheMachine!
OraMinggirTabrak!