MBC Forum Banner

Author Topic: Salam Pembuka Kata - dari admin  (Read 1156 times)

Offline pirateofyoursoul

  • Administrator
  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 595
  • Popularity: +0/-0
  • OraMinggirTabrak!
    • View Profile
Salam Pembuka Kata - dari admin
« on: 09 January , 2018, 18:40:05 PM »
Kembalinya forum permotoran MalaysianBikersCommunity ( MBC ).

Bertarikh 09012018, forum yang suatu ketika dahulu banyak mewarnai arena pemotoran Malaysia telah kembali di hidupkan semula.
MBC ialah sebuah komuniti yang terbuka kepada semua penunggang motorsikal tidak mengira jenis atau kemampuan motor - kapcai , skuter , superbike ,  naked , cruiser, antik dan apa pun kategori motorsikal anda bagi tujuan apa pun : untuk kegunaan harian, mesin tunggangan hujung minggu, mesin menjelajah antara negeri atau negara, "offroad", "adventure".

Tuan tuan bolehlah mendaftar sebagai forumer AKAN TETAPI disebabkan ianya masih terlalu baru, banyak kandungan lama sudah tiada dan masih didalam usaha untuk di baikpulih.
Diharapkan dengan sokongan tuan dengan mendaftar sebagai forumer akan membantu pihak kami untuk berusaha sedaya upaya kami untuk kebaikan kita semua.

Marilah kita berkongsi minat dan ilmu diatas landasan yang telah dan pernah menemukan kita dari serata Malaysia. Apa lagi yang tuan tunggu? Jom register dan berforum!
Marilah kita berforum secara matang dan berhemah.
« Last Edit: 17 January , 2018, 08:45:04 AM by pirateofyoursoul »
RageAGainstTheMachine!
OraMinggirTabrak!