MBC Forum Banner

Author Topic: Import motorsikal / kereta kenderaan persendirian  (Read 21724 times)

Offline jet75i

  • Newbie
  • *
  • Posts: 2
  • Popularity: +0/-0
    • View Profile
Import motorsikal / kereta kenderaan persendirian
« on: 12 February , 2018, 20:28:47 PM »
Selamat sejahtera ,
Ada tak yang ada pengalaman bawa masuk motorsikal bmw ke malaysia, bagaimana dengan cukai yang dikenakan selain dari ap.

Adakah prosesnya sama dengan harley davidson dari segi  tax dan sebagainya.

Terima kasih pada semua.
« Last Edit: 27 February , 2018, 09:53:49 AM by pirateofyoursoul »

Offline pirateofyoursoul

  • Administrator
  • Sr. Member
  • *****
  • Posts: 423
  • Popularity: +0/-0
  • OraMinggirTabrak!
    • View Profile
Re: Import motorsikal bmw
« Reply #1 on: 13 February , 2018, 15:18:44 PM »
wahh...saya pun tak tau pasal proses ini. Tapi rasanya agak sedikit rumit.
RageAGainstTheMachine!
OraMinggirTabrak!

Offline pirateofyoursoul

  • Administrator
  • Sr. Member
  • *****
  • Posts: 423
  • Popularity: +0/-0
  • OraMinggirTabrak!
    • View Profile
Re: Import motorsikal bmw
« Reply #2 on: 14 February , 2018, 15:40:43 PM »
salam..
Bergantung kepada :
1. Jenis AP (Commercial/Student/Emissary etc)
2. Status Pengimport (Commercial/Personal/Student etc)
3. Bermula Jan 2017 motorsikal dengan AP import tidak boleh melebihi usia 5 tahun

terus terang sebenarnya lebih mudah kalau pakai agent, tapi lebih murah kalau
urus sendiri.. jenuhla sikit nak panjat sana sini tapi insyAllah cukai murah skit kalau
buat rayuan..

Maksud tuan Makaii buat rayuan kat mana tu? Boleh ke kongsikan tentang prosedur nya?
RageAGainstTheMachine!
OraMinggirTabrak!

Offline pirateofyoursoul

  • Administrator
  • Sr. Member
  • *****
  • Posts: 423
  • Popularity: +0/-0
  • OraMinggirTabrak!
    • View Profile
Re: Import motorsikal bmw
« Reply #3 on: 27 February , 2018, 09:33:22 AM »
Import Kenderaan Persendirian

Rakyat Malaysia yang bekerja atau belajar di luar negara boleh mengimport kenderaan bagi maksud kegunaan persendirian dengan syarat mendapat kelulusan atau permit (AP) daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Bagi mendapatkan kelulusan tersebut pemohon hendaklah memperoleh dan mengisi Borang Kastam JK69. Borang tersebut terdiri daripada tiga salinan berkarbon dan oleh itu tidak boleh dimuat turun dari laman web. Borang berkenaan boleh dibeli daripada Kedai Percetakan Nasional (M) Sdn Bhd, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur (Tel : 03-92212022 / Fax :03-92220690). Kriteria yang diperlukan bagi mendapatkan pertimbangan lesen import (AP) untuk membawa masuk kenderaan persendirian untuk rakyat Malaysia yang bekerja atau belajar di luar negara adalah seperti berikut :

1. Pemohon berada di luar negara secara sah bagi tempoh tidak kurang 1 tahun;

2. Kereta mesti didaftarkan atas nama pemohon sekurang-kurangnya 9 bulan di luar negara;

3. Perlindungan insuran atas nama pemohon sekurang-kurangnnya 9 bulan di luar negara;

4. Mempunyai lesen memandu yang sah (lesen percubaan tidak digunapakai);

5. Kembali ke Malaysia secara tetap setelah tamat tempoh belajar/bekerja di luar negara.

Orang perseorangan yang tidak memenuhi syarat-syarat di perenggan 2, dinasihatkan supaya tidak membawa balik kenderaan tersebut. Sekiranya peraturan ini tidak dipatuhi, MITI tidak bertanggungjawab untuk meluluskan lesen import berkemungkinan kenderaan yang diimport tanpa AP akan diambil tindakan undang-undang oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
 

Peraturan ini merangkumi :

1. Pegawai Kerajaan yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara;

2. Penuntut Malaysia di luar negara;

3. Warganegara Malaysia yang bekerja atau bermastautin di luar negara;

4. Suami, isteri dan anak kepada pegawai dan kakitangan Home based yang berkhidmat di pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.

Pemohon perlu memohon dengan mengisi Borang J.K. 69 yang boleh dibeli dari Percetakan Nasional Malaysia Bhd., Kuala Lumpur atau cawangannya. Borang yang siap diisi dengan dokumen-dokumen sokongan hendaklah dihantar kepada:
 

Trade Services Division
Ministry of International Trade and Industry
2nd Floor, Block 10 Government Offices Complex
50622 Jalan Duta
Kuala Lumpur
Tel : 603-62034819
Fax: 603-62013012

MITI Cawangan Sabah
Tingkat 3, blok D&E
Bangunan KWSP
49,Jalan Karamunsing
88622 Kota Kinabalu
Sabah
Tel: 088-239061
Fax : 088-235645

MITI Cawangan Sarawak
Tingkat 3, Bangunan Bank Negara
93400 Kuching Sarawak
Tel : 082-257164
Fax : 082-417835
 

Maklumat lanjut boleh diperoleh dari Laman Web :www.miti.gov.my

Setelah mendapat permit, bolehlah mengimport kenderaan tersebut dengan membuat pengikraran kepada pihak Kastam Diraja Malaysia di stesen/ pejabat Kastam di tempat kenderaan itu diimport dengan menggunakan Borang Kastam No.1 yang boleh diperolehi atau dibeli di Kedai Percetakan Nasional (M) Sdn Bhd, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur (Tel : 03-92212022 / Fax : 03-92220690) atau pejabat agen-agen penghantaran (beberapa Pejabat Kastam ada juga menjual borang tersebut tetapi sebaik-baiknya hubungi pejabat Kastam terdekat untuk mendapatkan kepastian) dengan menyertakan dokumen-dokumen sokongan utama seperti permit (AP) dan kad pendaftaran asal kenderaan.
Contoh Pengiraan Duti/Cukai Ke atas Kenderaan Penumpang CBU (Completely Build Up) Terpakai (Individu)

 

Maklumat Lanjut

 

Bahagian Kastam,

Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia,

Tingkat 4 Selatan, No.3 Persiaran Perdana,

Kompleks Kementerian Kewangan,

Precinct 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62592 Putrajaya

Tel  : (603) 8882 2332/2646/2658

Fax: (603) 8889 5881

Harap bermanfaat.

petikan dari pustaka.customs.gov.my
RageAGainstTheMachine!
OraMinggirTabrak!

Offline pirateofyoursoul

  • Administrator
  • Sr. Member
  • *****
  • Posts: 423
  • Popularity: +0/-0
  • OraMinggirTabrak!
    • View Profile
Re: Import motorsikal bmw
« Reply #4 on: 27 February , 2018, 09:49:30 AM »
GARIS PANDUAN PERMOHONAN LESEN IMPORT (AP) KENDERAAN PERSENDIRIAN BAGI WARGANEGARA MALAYSIA YANG BEKERJA/BELAJAR DI LUAR NEGARA BERKUAT KUASA PADA 1 JANUARI 2017

A. DASAR SEMASA AP KENDERAAN PERSENDIRIAN

Dasar semasa menetapkan bahawa Lesen Import (AP) Kenderaan Persendirian (“AP Persendirian”) boleh dipertimbangkan kepada Warganegara Malaysia yang bekerja/belajar sepenuh masa di luar negara bagi membolehkan  kenderaan milik persendirian di luar negara dibawa masuk ke Malaysia secara sah.

B. WARGANEGARA MALAYSIA YANG LAYAK MEMOHON AP KENDERAAN PERSENDIRIAN

AP Kenderaan Persendirian bukan merupakan suatu hak bagi semua Warganegara Malaysia yang berada di luar negara. Warganegara Malaysia yang layak memohon adalah seperti berikut:

(i) pelajar termasuk pegawai Kerajaan yang menyambung pelajaran sekurang-kurangnya di peringkat diploma di luar negara (kecuali di Singapura, Brunei dan Thailand);

(ii) bekerja sepenuh masa di luar negara (kecuali di Singapura, Brunei dan Thailand);

(iii) pegawai Kerajaan yang berkhidmat di luar negara dan kakitangan home-based yang berkhidmat di pejabat-pejabat perwakilan Malaysia di luar negara;

(iv) suami atau isteri yang menemani Warganegara Malaysia dalam kategori (i) dan (ii); dan

(v) suami atau isteri atau anak (seorang) kepada pegawai Kerajaan/kakitangan home-based dalam kategori (iii).

C. TERMA-TERMA UMUM AP KENDERAAN PERSENDIRIAN

Terma-terma umum AP Kenderaan Persendirian adalah seperti berikut:

(i) pemohon adalah warganegara Malaysia sahaja;

(ii) pemohon hanya layak dipertimbangkan satu (1) unit AP Kenderaan Persendirian sekali sahaja seumur hidup;

(iii) kenderaan hendaklah didaftarkan atas nama pemohon di negara bekerja/belajar; dan

(iv) syarat sekatan hak pindah milik yang akan dikenakan ke atas kenderaan adalah untuk tempoh 3 tahun.

D. SYARAT-SYARAT KELULUSAN PERMOHONAN

Kelulusan permohonan AP Kenderaan Persendirian adalah tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat berikut:

(i) pemohon telah bermastautin di luar negara secara sah bagi tempoh minimum tidak kurang dari satu (1) tahun;

(ii) had usia kenderaan adalah tidak melebihi lima (5) tahun dari tarikh ia didaftarkan buat kali pertama sehingga tarikh kenderaan tiba di Malaysia;

(iii) pemohon mempunyai lesen memandu yang sah di Malaysia atau lesen memandu yang dikeluarkan oleh negara domisil; dan

(iv) pemohon kembali ke Malaysia secara tetap setelah tamat tempoh bekerja atau belajar di luar negara.

E. PROSEDUR PERMOHONAN

1. Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan dalam tempoh 90 hari setelah kembali ke Malaysia secara tetap.

2. Setiap permohonan hendaklah dikemukakan sendiri oleh pemohon kepada Ibu Pejabat MITI di Kuala Lumpur atau Pejabat-Pejabat MITI Wilayah yang berdekatan dengan menyertakan borang-borang serta
dokumen sokongan yang teratur dan lengkap seperti berikut:

(i) Borang Permohonan Lesen Import Kenderaan Persendirian seperti di Lampiran I;

(ii) Borang JK 69; dan

(iii) Salinan dokumen sokongan yang dinyatakan dalam Senarai Semak Dokumen Permohonan Lesen Import Kenderaan Persendirian (Bekerja/Belajar/Suami/Isteri/Anak), mana-mana yang berkenaan seperti di Lampiran II.

3. Pemohon dilarang melantik mana-mana ejen untuk mengemukakan permohonan bagi pihaknya.

4. Pemalsuan dokumen/maklumat kepada mana-mana badan Kerajaan merupakan satu kesalahan yang serius dan menyalahi undangundang.

Sekiranya pihak MITI mendapati berlaku pemalsuan dokumen/maklumat semasa permohonan dikemukakan atau kelulusan telah diberikan, pihak MITI berhak untuk menolak permohonan atau membatalkan kelulusan tersebut. Selanjutnya, pemohon juga boleh disenarai hitam dan dikenakan tindakan undang-undang di atas kesalahan tersebut.

5. Keputusan permohonan AP Kenderaan Persendirian akan dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja selepas permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat MITI, Kuala Lumpur. Bagi permohonan yang
diterima di Pejabat-Pejabat MITI Wilayah, keputusan permohonan akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja.

F. TARIKH KUAT KUASA DAN PEMBATALAN

Garis Panduan ini akan mula berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017 dan semua garis panduan yang telah dikeluarkan oleh MITI berkenaan permohonan AP Kenderaan Persendirian sebelum ini adalah terbatal.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:

i. Puan Amirah Azhari : 03-6208 4713 / amirah.azhari@miti.gov.my
ii. Encik Arif Zuhdi Muhamad : 03-6208 4976 / arifzuhdi@miti.gov.my
iii. Puan Suhaila Yosni : 03-6208 4962 / suhailayosni@miti.gov.my

Berhubung dengan :
SEKSYEN KAWALAN EKSPORT DAN IMPORT
BAHAGIAN SOKONGAN PERDAGANGAN DAN INDUSTRI
RageAGainstTheMachine!
OraMinggirTabrak!

Offline jet75i

  • Newbie
  • *
  • Posts: 2
  • Popularity: +0/-0
    • View Profile
Re: Import motorsikal / kereta kenderaan persendirian
« Reply #5 on: 04 March , 2018, 21:10:05 PM »
Salam terimakasih tuan admin ..... bagus infonya....dari pustaka lagi....terima kasih.

Offline pirateofyoursoul

  • Administrator
  • Sr. Member
  • *****
  • Posts: 423
  • Popularity: +0/-0
  • OraMinggirTabrak!
    • View Profile
Re: Import motorsikal / kereta kenderaan persendirian
« Reply #6 on: 05 March , 2018, 02:10:16 AM »
Salam terimakasih tuan admin ..... bagus infonya....dari pustaka lagi....terima kasih.
Semoa urusan tuan dipermudahkan. Amiin.
RageAGainstTheMachine!
OraMinggirTabrak!