MBC Forum Banner

Author Topic: Ride Hujung Minggu Part 1  (Read 15504 times)

Offline mkadzmi

  • Jr. Member
  • **
  • Posts: 70
  • Popularity: +0/-0
  • SPOCKRET
    • View Profile
Re: Ride Hujung Minggu Part 1
« Reply #15 on: 09 February , 2018, 14:47:09 PM »
Short ride esok 10/2/2018 ke Melaka
Jam 8:30 pagi RV di Shell Tol Sungai Besi
Tayar golek Jam 9:30 pagi.
Yang berminat boleh letak nama:
1. Tarmizi
2. Syamirzal
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

semoga selamat pergi n pulang...InsyaAllah kalo free next time boleh join...skang rehat jap sebab cuti raya cina kawan2 ajak ke siam

Offline pirateofyoursoul

  • Administrator
  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 516
  • Popularity: +0/-0
  • OraMinggirTabrak!
    • View Profile
Re: Ride Hujung Minggu Part 1
« Reply #16 on: 09 February , 2018, 14:48:48 PM »
Short ride esok 10/2/2018 ke Melaka
Jam 8:30 pagi RV di Shell Tol Sungai Besi
Tayar golek Jam 9:30 pagi.
Yang berminat boleh letak nama:
1. Tarmizi
2. Syamirzal
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

semoga selamat pergi n pulang...InsyaAllah kalo free next time boleh join...skang rehat jap sebab cuti raya cina kawan2 ajak ke siam

Hati hati ke Siam. Kirim air sirap bungkus 2 ikat tepi boleh?
RageAGainstTheMachine!
OraMinggirTabrak!

Offline mkadzmi

  • Jr. Member
  • **
  • Posts: 70
  • Popularity: +0/-0
  • SPOCKRET
    • View Profile
Re: Ride Hujung Minggu Part 1
« Reply #17 on: 09 February , 2018, 14:54:15 PM »
Short ride esok 10/2/2018 ke Melaka
Jam 8:30 pagi RV di Shell Tol Sungai Besi
Tayar golek Jam 9:30 pagi.
Yang berminat boleh letak nama:
1. Tarmizi
2. Syamirzal
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

semoga selamat pergi n pulang...InsyaAllah kalo free next time boleh join...skang rehat jap sebab cuti raya cina kawan2 ajak ke siam

Hati hati ke Siam. Kirim air sirap bungkus 2 ikat tepi boleh?


Offline pirateofyoursoul

  • Administrator
  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 516
  • Popularity: +0/-0
  • OraMinggirTabrak!
    • View Profile
Re: Ride Hujung Minggu Part 1
« Reply #18 on: 09 February , 2018, 14:56:37 PM »
Short ride esok 10/2/2018 ke Melaka
Jam 8:30 pagi RV di Shell Tol Sungai Besi
Tayar golek Jam 9:30 pagi.
Yang berminat boleh letak nama:
1. Tarmizi
2. Syamirzal
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

semoga selamat pergi n pulang...InsyaAllah kalo free next time boleh join...skang rehat jap sebab cuti raya cina kawan2 ajak ke siam

Hati hati ke Siam. Kirim air sirap bungkus 2 ikat tepi boleh?



 :P ;D ;D
RageAGainstTheMachine!
OraMinggirTabrak!

Offline pirateofyoursoul

  • Administrator
  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 516
  • Popularity: +0/-0
  • OraMinggirTabrak!
    • View Profile
Re: Ride Hujung Minggu Part 1
« Reply #19 on: 04 April , 2018, 17:41:48 PM »
Ride Hujung Minggu : 31/03/2018 - 02/04/2018
Hujung minggu telah tiba. Kali ini saya menyertai event yang dianjurkan oleh ANSARA - Anak Sains MARA - bekas pelajar MRSM. ANSARA menyambut ulang tahun yang ke 25 dan sambutan berkenaan diadakan di MRSM Trolak. ANSARA Bikers mengambil kesempatan ini untuk berkonvoi bersama-sama ke MRSM Trolak bagi memeriahkan sambutan berkenaan. Terima kasih diucapkan kepada Presiden ANSARA Bikers, Tuan Wan Mohamed Naziran yang bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran projek ini.

Saya berseorangan dari Seremban menuju ke RnR Sungai Buluh dimana semua penunggang akan berhimpun dan memulakan tunggangan. Hujan mengiringi perjalanan selepas saya melewati kawasan Subang. Saya tiba di RnR Sungai Buluh sekitar jam 740 AM. Selesai mengambil tshirt yang disediakan , saya sempat bertemu dengan forumer lama MBC, tuan Ashburn dan brader PCXWarrior. Mereka juga dalam perjalanan untuk 'weekend ride' ke Bagan Datoh - Kedai Kari Manaf. Tidak sempat berbual panjang kerana saya harus meneruskan perjalanan ke Trolak dan harus tiba di destinasi sekitar jam 9, mengikut jadual. In Shaa Allah ada rezeki kita ride bersama tuan AshBurn dan tuan PCXWarrior.



Keterujaan untuk menunggang bersama walau sedar motorsikal saya tidaklah sebesar mesin lain semakin bertambah apabila bertemu dengan sahabat lama saudara Meor yang rupanya merupakan bekas pelajar MRSM juga. Haha!



Namun apa yang lebih menarik perhatian saya ialah kehadiran beberapa mesin legenda yang cukup susah dilihat di era ini.



Sekitar jam 830AM saya pun berhajat untuk meneruskan perjalanan. Ingatkan tiada yang sudi ride bersama dengan saya yang menunggang efjekai ( nama lain bagi Yamaha FZ150i saya), rupanya saudara Meor dan 2 orang yang lain ( maaf saya terlupa nama ) sudi ride bersama. " Jangan takut Han...hujan ni...saya tak bawa laju"..- Meor . Dan beliau membuktikannya. Risau juga andai beliau merasa bosan menunggang bersama efjekai. Kami berempat selamat tiba di MRSM Trolak sekitar jam 0900 AM . Dan selepas itu saya 'hilang dalam ngauman enjin mesin mesin besar yang berkumpul bagi memeriahkan sambutan.

Kami berkumpul di kawasan foodcourt berhampiran sebelum berarak bersama ANSARA Cyclist ke MRSM Trolak. Hujan telah berhenti dan suasana semakin hangat. Apabila perarakan berhenti di pintu masuk utama MRSM, saya mengambil kesempatan untuk beramah mesra bersama para penunggang. Oppss...tidak sangka terjumpa dengan sifu lama Tuan SuperYan..



Di kawasan lapang bersebelahan foodcourt sebelum perarakan bermula. Efjekai tumpang parking sebelah ya tuan Meor.



Sedang bersiap untuk memulakan perarakan ke MRSM.







Rilek je brader ni...




Antara penunggang bekas pelajar MRSM Muar...tuan Hairul.






Kami je yang menunggang motor kecil.... :D






Bersama dengan tuan Meor dan sifu SuperYan. Rasanya dah lebih 10 tahun borak dalam forum, ini kali pertama jumpa dengan sifu SuperYan.


Bang, efjekai ikut sekali boleh?  8)




Acara sambutan kali ini dihadiri dengan wakil wakil ANSARA dari seluruh negara. Antara intipati ucapan yang menarik perhatian dan terakam di sanubari saya ialah satu ayat - Memelihara peribadi, Memulihara pertiwi. Tampak mudah namun penuh pengertian disebaliknya. Mendengar ucapan seakan merentas masa membawa saya ke zaman persekolahan.

Selepas upacara selesai dan kebanyakan penunggang sudah pun pulang ke destinasi masing - masing, saya bersama sahabat Tuan Hairul, ingin melepak bersama dan kami ke foodcourt FELDA bersebelahan dengan MRSM. Terdahulu saya sudah berjanji untuk menyertai tuan Suzani . Beliau akan menunggang ke kampung halamnnya di Kg Gajah.Akan tetapi kerana short notice maka kami terpisah dan beliau hanya menyedari SMS kiriman saya selepas beliau tiba di rumah keluarganya di Kg Gajah. Dengan jemputan dari beliau agar saya dapat singgah di rumah keluarganya , untuk walau sekadar secawan teh tarik, saya pun meneruskan tunggangan bersendirian. Oh Ya! Tiada perancangan didalam ride saya kali ini, maka saya pun terfikir untuk ke Ipoh bagi bertemu dengan sahabat lama dan forumer yang tidak pernah bersua.

Ride kali ini adalah sesuatu yang berbeza bagi saya di mana saya hanya berseorangan, tiada rancangan yang jelas dan tiada peta didalam genggaman. Ride untuk sesat!. Cuaca yang agak mendung mengiringi perjalanan saya ke Langkap dan turunlah hujan dengan lebat. Pertama kali menyaksikan kabel elektrik berbuai selepas dentuman guruh yang amat kuat, saya pun mengambil keputusan untuk berhenti di stesen minyak BHP Kg Koh Sim.


Jarang kelihatan di Johor. Gambar diambil sekitar jam 1648.

Sekitar jam 515 pm dan cuaca pun sudah semakin reda, saya pun meneruskan tunggangan. Takut juga dengan petir dan guruh . Melalui kawasan bendang yang luas terbentang, saya pun berhenti sebentar untuk menikmati pemandangan walaupun hujan masih rintik - rintik.







Jam 1755 melewati kawasan Chenderong Balai apabila saya terpandang sebuah signboard.





Semakin menghampiri kawasan Kg Gajah, semakin banyak papan tanda yang mengundang banyak pertanyaan. Kali ini saya tidak punya kesempatan tetapi jika ada rezeki, pasti saya akan singgah menelusuri jalan kenangan ini yang mencatatkan pelbagai sejarah.



Melewati Kg Pulau Gajah ( berhampiran dengan papan tanda diatas ) membuat saya agak keliru. Mungkinkah saya sudah terlepas Kg Gajah atau bagaimana? Setelah menghubungi Tuan Suzani dan dengan arahan yang jelas, saya meneruskan perjalanan.



Saya tiba di rumah keluarga tuan Suzani kira kira jam 1845. Hujan sudah berhenti namun kebasahan yang menimpan membuat saya sedikit menggigil. Pucuk dicita, ulam mendatang apabila dihidangkan dengan teh panas dan kuih tradisional Perak ( saya beranggapan sedemikin kerana saya tidak pernah menemuinya di tempat lain). Apa lagi...



Rehat kejap! Artikel akan bersambung!









RageAGainstTheMachine!
OraMinggirTabrak!

Offline pirateofyoursoul

  • Administrator
  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 516
  • Popularity: +0/-0
  • OraMinggirTabrak!
    • View Profile
Re: Ride Hujung Minggu Part 1
« Reply #20 on: 04 April , 2018, 23:48:23 PM »
Rumah keluarga Tuan Suzani terletak bersebelahan surau Tok Embin. Kedudukan surau yang agak dekat dengan jalan besar tetapi sedikit mengelirukan saya makanya saya terlajak hampir 1 kilometer sebelum berpatah balik dan kelihatan Tuan Suzani sudah menunggu di hadapan rumah. Ini merupakan kali kedua pertemuan kami. Akan tetapi kemesraan yang terserlah membuat saya tidak kekok atau segan sepanjang berada dirumah keluarganya. Berulang kali saya mengingatkan beliau agar tidak bersusah payah dan takut seandainya kehadiran saya akan menyusahkan keluarga beliau. Selesai solat, sekali lagi saya dijamu dengan pelbagai lauk pauk yang disediakan. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Suzani dan keluarganya kerana sudi menerima kehadiran saya dan melayan dengan penuh rasa kekeluargaan. Saya pasti akan kembali lagi ke rumah jika diizinkan Allah untuk merasai lagi keenakan masakan ibu Tuan Suzani.

Jam 2200 saya memulakan perjalanan ke Ipoh. Saya diberitahu saya akan melalui Batu Gajah. Cuaca hujan dan keadaan gelap. Saya telah berhenti di stesen Shell (lupa nama tempatnya). Di sana saya bertanya kepada Zul tentang perjalanan yang akan saya tempuh. Saya diberitahu saya akan menempuh jalan yang gelap dan beliau menawarkan untuk membantu menunjukkan jalan sehingga ke satu simpang di mana kami akan berpisah. Saya mengikut nasihat beliau untuk mengikuti route ke Simpang Pulai melalui  Kellie's Castle - Taman Herba sebelum saya ke Ipoh.

Sekitar jam 0030 malam saya selamat check in di Abby Hotel. Hotel ini menyediakan kemudahan hostel serendah rm30 semalam akan tetapi untuk tidak mengganggu mereka yang terlebih dahulu check in maka saya mengambil keputusan untuk mengambil sebuah bilik dengan kadar rm70. Hotel ini menyediakan kemudahan wifi dan sarapan pagi di level rooftop.

01042018 Ahad.
Saya telah menghubungi kawan lama , Indra dan beliau mempunyai masa terluang. Beliau menjemput saya di hotel dan membawa saya ke sebuah tempat makan - Vegas di Canning Garden. Awalnya beliau ingin membawa saya ke Hollywood, tetapi keadaan yang terlalu sesak menyebabkan kami berubah fikiran.

Bertemu denganteman lama adalah suatu peluang yang tidak mahu dibazirkan. Kami berbual tentang pelbagai perkara dan beliau sempat memberitahu saya tentang projek motonya - BRAT style! Tidak sabar untuk melihat hasilnya nanti. Kami ke Masjid Negeri berhampiran dengan IPK Perak.
Kami berpisah dan akan bertemu kembali malam nanti.

Sekitar jam 2200, kami bertemu di Nasi Goreng Udang stall yang terletak berhampiran dengan ibu pejabat BSN Perak. Kegagalan saya mengenalpasti lokasi menyebabkan seorang forumer tidak dapat bertemu dengan saya. Nasi Goreng Udang? Memang berbaloi untuk harga hanya RM16 sepinggan. Kemudian kami menyambung perbualan kami di bilik hotel sehingga jam 0130.

Sebelum itu pada sebelah petang, saya memberanikan diri untuk meronda di sekitar Ipoh. Bagi saya, ada banyak jalan raya di Ipoh yang tidak mempunyai signboard ( atau adakah saya yang terlepas pandang?).Dengan itu banyak kali la saya terpaksa berhenti untuk bertanya kepada mereka yang sempat saya jumpa - walaupun dibantu oleh Google Maps.

02042018 Isnin.
Ah...masih lagi bercuti dan hari ini saya harus pulang ke Seremban. Sekali lagi sahabat saya Indra datang ke hotel . Tetapi kali ini beliau datang menunggang motorsikal. Maka kami pun menuju ke Canning Garden sekali lagi untuk ke Hollywood. Malangnya, kedai berkenaan ditutup. Sebelum itu kami ke Sungai Rokam ke gerai yang menjuual mee kari. Rezeki kami bukan disitu nampaknya apabila mee telah habis.Beliau menunggang bersama saya hingga ke Rokam dan saya meneruskan perjalanan ke Teluk Intan.


Terima kasih Indra!

Saya berhenti di sebuah masjid di Kg Gunung Mesah Hilir - Masjid Ar Rahman yangh saya kira masih dalam proses pembaikan atau pembinaan. Menjadi kelaziman saya untuk mengambil sedikit masa untuk berehat / tidur sebentar selepas Zohor. Ketika hendak memulaka perjalanan kira kira jam 1430, saya disapa oleh En Syed Idris yang kebetulan berhenti untuk solat disitu.Beliau menunggang Yamaha R25.







Saya berhenti sekejap di Gua Tempurung.





Ada tasik kecil di jalan masuk ke Gua Tempurung.



Kawasan parking yang luas.




ada pondok mengaji di sini...





Tidak pasti apakah Kampung Karyawan Malim ini...




ada litar bermain kereta kawalan jauh !Tapi macam sudah lama tidak digunakan.



mungkin boleh bertanya di sini.










Meneruskan perjalanan dan ternampak signboard ini.

Saya sempat berhenti di Balai Polis Mambang Di Awan. Bagi saya nama tempat ini unik.



Bagaimana tempat ini mendapat namanya sebegitu ya?

Sekitar jam 1630 saya tiba di Menara Condong, Teluk Intan. Sudah kelihatan 2 mesin legenda yang memang menarik perhatian saya. Saya pun bergerak menghampiri mesin berkenaan dan tidak disangka pemilik mesin berkenaan  - En Shahrum menegur saya.


Honda CBR F3 dan Kawasaki ZZR 1100 C model!


tumpang kejap lah!





helmet yang saya pegang tu memang rare!.

Rupanya Tuan Shahrum dan sahabatnya tuan Shahrul (maaf jika ada kesilapan ejaan) sedang dalam perjalanan pulang ke KLIA. Kami teruskan borak di sebuah kedai berhampiran sebelum saya mendapat 'keizinan' untuk ride bersama mereka. Yelah. Saya seorang. Ada kawan best juga. Dapat menumpang ride bersama dan dibelanja minum pulak ! Alhamdulillah. Terima kasih tuan tuan!

Perjalanan diteruskan menuju ke Tanjung Karang sekitar jam 1815. Keadaan jalan yang masih didalam proses pembaikan di sana sini membuat kan kami menunggang dengan lebih berhati hati. Sebelum Maghrib tiba kami berhenti di Masjid Tanjung Karang untuk menjalankan kewajipan.

Selesai solat, perut terasa lapar. Kami pun makan ala kadar di sebuah kedai berhampiran dan selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Bestari Jaya sebelum ke Rawang.

Memang tidak merugikan! Cumanya kalau lah hari masih sinag mesti lebih best!. Saya tidak pernah melalui kawasan berkenaan dan keadaan agak gelap dan sunyi. Bila saja tiba di Bestari Jaya, keadaan jalan yang berliku memang menyajikan pengalaman ride yang sukar digambarkan dengan kata kata. Menunggang meratah selekoh diwaktu malam memerlukan tunggangan yang penuh konsentrasi kerana sedikit kesilapan pasti akan menimbulkan masalah. Terdapat sekurang kurangnya 2 selekoh berbahaya kerana terdapat lubang di tengah jalan yang membuatkan saya lebih berhati - hati. Kemi meneruskan perjalanan sehingga di RnR Subang ( yang ada go-kart tu).





Salam perpisahan di sini. Semoga kita bertemju dalam ride akan datang!

Saya meneruskan perjalanan ke Seremban dahulu sebelum dipotong dengan bunyi yang cukup merdu dari ngauman enjin inline 4. Saya  tiba di rumah jam 0020. Anak bungsu menyambut kepulangan saya dengan teriakan 'walid!'
RageAGainstTheMachine!
OraMinggirTabrak!

Offline antusiang

  • Storm Riders
  • Newbie
  • *****
  • Posts: 15
  • Popularity: +0/-0
    • View Profile
Re: Ride Hujung Minggu Part 1
« Reply #21 on: 07 April , 2018, 13:49:16 PM »
terbaik tuan pirate, harap ada rezeki utk join AHM kembali.....
gua tempurung, terigt MBC pnah buat ride kesana dl, bermacam ragam, moto plg kecik 100cc, plg bsr time tu xsilap 750cc, man rockstar,

Offline pirateofyoursoul

  • Administrator
  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 516
  • Popularity: +0/-0
  • OraMinggirTabrak!
    • View Profile
Re: Ride Hujung Minggu Part 1
« Reply #22 on: 28 April , 2018, 16:18:57 PM »
takda forumer yang ride ke mana mana ke hujjung minggu nih?
RageAGainstTheMachine!
OraMinggirTabrak!

Offline antusiang

  • Storm Riders
  • Newbie
  • *****
  • Posts: 15
  • Popularity: +0/-0
    • View Profile
Re: Ride Hujung Minggu Part 1
« Reply #23 on: 02 May , 2018, 15:18:12 PM »
takda forumer yang ride ke mana mana ke hujjung minggu nih?
saya ke mersing,
sabtu bertolak dr KL, lalu k.klawang, bdr tun razak, muadzam, mersing
ahad dari mersing, kluang, ayer itam, yong peng, segamat, rompin, pilah, semenyih, kajang, kl

jentera fz150i,
so far maybe berdua, atau bertiga, tp solo dh konfem, kalau cuaca mengizinkn a....

Offline pirateofyoursoul

  • Administrator
  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 516
  • Popularity: +0/-0
  • OraMinggirTabrak!
    • View Profile
Re: Ride Hujung Minggu Part 1
« Reply #24 on: 13 July , 2018, 09:17:52 AM »
Date: 15 Jul 18 (Ahad)
Time: 0800 hrs
Wheel roll: 0830 hrs
Rendezvous: shell tol Senawang
Name:
1) Pirate

kasi letak nama
RageAGainstTheMachine!
OraMinggirTabrak!

Offline pirateofyoursoul

  • Administrator
  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 516
  • Popularity: +0/-0
  • OraMinggirTabrak!
    • View Profile
Re: Ride Hujung Minggu Part 1
« Reply #25 on: 16 July , 2018, 11:13:17 AM »
Breakfast Ride ke D'Sawah Kuala Pilah. Tak ramai MBCian yang follow. saya berdua ja. selebihnya rakan permotoran.



Kriss yang steady follow kita ride. Rider pun MBCian juga. Dari Senawang. Sepanjang perjalanan saya sentiasa dibelakang sekali .

Lepas sarapan dalam jam 11 lebih kurang kami ke Kuala Klawang. Makan durian.









Ride kali ni boleh tahan ramai juga. MBC ride dengan Sejongka Bikers, Merecik Bikers (Melaka ).  Kriss pun boleh join ride dengan MBC.


RageAGainstTheMachine!
OraMinggirTabrak!

Offline pirateofyoursoul

  • Administrator
  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 516
  • Popularity: +0/-0
  • OraMinggirTabrak!
    • View Profile
Re: Ride Hujung Minggu Part 1
« Reply #26 on: 11 August , 2018, 20:35:30 PM »
Hujung minggu ni takda sapa sapa organise ride ker?
RageAGainstTheMachine!
OraMinggirTabrak!

Offline pirateofyoursoul

  • Administrator
  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 516
  • Popularity: +0/-0
  • OraMinggirTabrak!
    • View Profile
Re: Ride Hujung Minggu Part 1
« Reply #27 on: 05 September , 2018, 23:44:11 PM »
Alhamdulillah, dengan izinNya, SeJoMM biker ( Sejongka Group, Moghul Rider dan MBC )sekali lagi ingin mengadakan sessi beramah mesra dan tts istimewa bersempena dengan pembukaan 'clubhouse' dan perasmian Restoran Claypot Salai di Uptown Avenue Seremban 2.

Butiran adalah seperti berikut:
Tarikh : 09 /09/2018 AHAD
Tempat Restorean Claypot Salai, Uptown Avenue Seremban 2
Masa : 1100 am - 300PM

Makanan dan minuman PERCUMA dihidangkan sehingga jam 300PM.

Bagi mengelakkan pembaziran, saya mewakili MBC membuat senarai kehadiran bagi memudahkan pihak restoran membuat anggaran.

Event ini tidak lain hanya bertujuan untuk beramah mesra dan menguatkan tautan silaturrahimdisamping membantu mempromosi Restoran Claypot Salai. Kehadiran semua amat dihargai.

Terim kasih diucapkan kepada semua. Memandangkan event ini mempunyai ruang waktu dari jam 1100AM- 300 PM, mereka yang ingin hadir boleh lah menguruskan perjalanan mereka ke tempat event.
RageAGainstTheMachine!
OraMinggirTabrak!

Offline enlogam

  • Old Timer MBC Rider
  • Jr. Member
  • ***
  • Posts: 77
  • Popularity: +0/-0
    • View Profile
Re: Ride Hujung Minggu Part 1
« Reply #28 on: 06 September , 2018, 09:34:14 AM »
Alhamdulillah, dengan izinNya, SeJoMM biker ( Sejongka Group, Moghul Rider dan MBC )sekali lagi ingin mengadakan sessi beramah mesra dan tts istimewa bersempena dengan pembukaan 'clubhouse' dan perasmian Restoran Claypot Salai di Uptown Avenue Seremban 2.

Butiran adalah seperti berikut:
Tarikh : 09 /09/2018 AHAD
Tempat Restorean Claypot Salai, Uptown Avenue Seremban 2
Masa : 1100 am - 300PM

Makanan dan minuman PERCUMA dihidangkan sehingga jam 300PM.

Bagi mengelakkan pembaziran, saya mewakili MBC membuat senarai kehadiran bagi memudahkan pihak restoran membuat anggaran.

Event ini tidak lain hanya bertujuan untuk beramah mesra dan menguatkan tautan silaturrahimdisamping membantu mempromosi Restoran Claypot Salai. Kehadiran semua amat dihargai.

Terim kasih diucapkan kepada semua. Memandangkan event ini mempunyai ruang waktu dari jam 1100AM- 300 PM, mereka yang ingin hadir boleh lah menguruskan perjalanan mereka ke tempat event.
woww cun ni, memang ngam sebab time musim cuti ..
tapi tak dapat follow :'( , kena balik kampung hehee
insyaAllah next ride.. amin
|rgsukan|ct110|ks100|kr150a|k-one|nsr-rr|nsr-rrw|

Offline pirateofyoursoul

  • Administrator
  • Hero Member
  • *****
  • Posts: 516
  • Popularity: +0/-0
  • OraMinggirTabrak!
    • View Profile
Re: Ride Hujung Minggu Part 1
« Reply #29 on: 06 September , 2018, 09:46:49 AM »
alamak....takpe tuan...next time..
RageAGainstTheMachine!
OraMinggirTabrak!