Rumah keluarga Tuan Suzani terletak bersebelahan surau Tok Embin. Kedudukan surau yang agak dekat dengan jalan besar tetapi sedikit mengelirukan saya makanya saya terlajak hampir 1 kilometer sebelum berpatah balik dan kelihatan Tuan Suzani sudah menunggu di hadapan rumah. Ini merupakan kali kedua pertemuan kami. Akan tetapi kemesraan yang terserlah membuat saya tidak kekok atau segan sepanjang berada dirumah keluarganya. Berulang kali saya mengingatkan beliau agar tidak bersusah payah dan takut seandainya kehadiran saya akan menyusahkan keluarga beliau. Selesai solat, sekali lagi saya dijamu dengan pelbagai lauk pauk yang disediakan. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Suzani dan keluarganya kerana sudi menerima kehadiran saya dan melayan dengan penuh rasa kekeluargaan. Saya pasti akan kembali lagi ke rumah jika diizinkan Allah untuk merasai lagi keenakan masakan ibu Tuan Suzani.
Jam 2200 saya memulakan perjalanan ke Ipoh. Saya diberitahu saya akan melalui Batu Gajah. Cuaca hujan dan keadaan gelap. Saya telah berhenti di stesen Shell (lupa nama tempatnya). Di sana saya bertanya kepada Zul tentang perjalanan yang akan saya tempuh. Saya diberitahu saya akan menempuh jalan yang gelap dan beliau menawarkan untuk membantu menunjukkan jalan sehingga ke satu simpang di mana kami akan berpisah. Saya mengikut nasihat beliau untuk mengikuti
route ke Simpang Pulai melalui Kellie's Castle - Taman Herba sebelum saya ke Ipoh.
Sekitar jam 0030 malam saya selamat
check in di Abby Hotel. Hotel ini menyediakan kemudahan hostel serendah rm30 semalam akan tetapi untuk tidak mengganggu mereka yang terlebih dahulu
check in maka saya mengambil keputusan untuk mengambil sebuah bilik dengan kadar rm70. Hotel ini menyediakan kemudahan wifi dan sarapan pagi di level
rooftop.
01042018 Ahad.
Saya telah menghubungi kawan lama , Indra dan beliau mempunyai masa terluang. Beliau menjemput saya di hotel dan membawa saya ke sebuah tempat makan - Vegas di Canning Garden. Awalnya beliau ingin membawa saya ke Hollywood, tetapi keadaan yang terlalu sesak menyebabkan kami berubah fikiran.
Bertemu denganteman lama adalah suatu peluang yang tidak mahu dibazirkan. Kami berbual tentang pelbagai perkara dan beliau sempat memberitahu saya tentang projek motonya - BRAT style! Tidak sabar untuk melihat hasilnya nanti. Kami ke Masjid Negeri berhampiran dengan IPK Perak.
Kami berpisah dan akan bertemu kembali malam nanti.
Sekitar jam 2200, kami bertemu di Nasi Goreng Udang stall yang terletak berhampiran dengan ibu pejabat BSN Perak. Kegagalan saya mengenalpasti lokasi menyebabkan seorang forumer tidak dapat bertemu dengan saya. Nasi Goreng Udang? Memang berbaloi untuk harga hanya RM16 sepinggan. Kemudian kami menyambung perbualan kami di bilik hotel sehingga jam 0130.
Sebelum itu pada sebelah petang, saya memberanikan diri untuk meronda di sekitar Ipoh. Bagi saya, ada banyak jalan raya di Ipoh yang tidak mempunyai
signboard ( atau adakah saya yang terlepas pandang?).Dengan itu banyak kali la saya terpaksa berhenti untuk bertanya kepada mereka yang sempat saya jumpa - walaupun dibantu oleh
Google Maps.
02042018 Isnin.
Ah...masih lagi bercuti dan hari ini saya harus pulang ke Seremban. Sekali lagi sahabat saya Indra datang ke hotel . Tetapi kali ini beliau datang menunggang motorsikal. Maka kami pun menuju ke Canning Garden sekali lagi untuk ke Hollywood. Malangnya, kedai berkenaan ditutup. Sebelum itu kami ke Sungai Rokam ke gerai yang menjuual mee kari. Rezeki kami bukan disitu nampaknya apabila mee telah habis.Beliau menunggang bersama saya hingga ke Rokam dan saya meneruskan perjalanan ke Teluk Intan.

Terima kasih Indra!
Saya berhenti di sebuah masjid di Kg Gunung Mesah Hilir - Masjid Ar Rahman yangh saya kira masih dalam proses pembaikan atau pembinaan. Menjadi kelaziman saya untuk mengambil sedikit masa untuk berehat / tidur sebentar selepas Zohor. Ketika hendak memulaka perjalanan kira kira jam 1430, saya disapa oleh En Syed Idris yang kebetulan berhenti untuk solat disitu.Beliau menunggang Yamaha R25.


Saya berhenti sekejap di Gua Tempurung.


Ada tasik kecil di jalan masuk ke Gua Tempurung.

Kawasan
parking yang luas.


ada pondok mengaji di sini...


Tidak pasti apakah Kampung Karyawan Malim ini...


ada litar bermain kereta kawalan jauh !Tapi macam sudah lama tidak digunakan.

mungkin boleh bertanya di sini.





Meneruskan perjalanan dan ternampak
signboard ini.
Saya sempat berhenti di Balai Polis Mambang Di Awan. Bagi saya nama tempat ini unik.

Bagaimana tempat ini mendapat namanya sebegitu ya?
Sekitar jam 1630 saya tiba di Menara Condong, Teluk Intan. Sudah kelihatan 2 mesin legenda yang memang menarik perhatian saya. Saya pun bergerak menghampiri mesin berkenaan dan tidak disangka pemilik mesin berkenaan - En Shahrum menegur saya.

Honda CBR F3 dan Kawasaki ZZR 1100 C model!

tumpang kejap lah!


helmet yang saya pegang tu memang
rare!.
Rupanya Tuan Shahrum dan sahabatnya tuan Shahrul (maaf jika ada kesilapan ejaan) sedang dalam perjalanan pulang ke KLIA. Kami teruskan borak di sebuah kedai berhampiran sebelum saya mendapat 'keizinan' untuk ride bersama mereka. Yelah. Saya seorang. Ada kawan best juga. Dapat menumpang
ride bersama dan dibelanja minum pulak ! Alhamdulillah. Terima kasih tuan tuan!
Perjalanan diteruskan menuju ke Tanjung Karang sekitar jam 1815. Keadaan jalan yang masih didalam proses pembaikan di sana sini membuat kan kami menunggang dengan lebih berhati hati. Sebelum Maghrib tiba kami berhenti di Masjid Tanjung Karang untuk menjalankan kewajipan.
Selesai solat, perut terasa lapar. Kami pun makan ala kadar di sebuah kedai berhampiran dan selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Bestari Jaya sebelum ke Rawang.
Memang tidak merugikan! Cumanya kalau lah hari masih sinag mesti lebih
best!. Saya tidak pernah melalui kawasan berkenaan dan keadaan agak gelap dan sunyi. Bila saja tiba di Bestari Jaya, keadaan jalan yang berliku memang menyajikan pengalaman ride yang sukar digambarkan dengan kata kata. Menunggang meratah selekoh diwaktu malam memerlukan tunggangan yang penuh konsentrasi kerana sedikit kesilapan pasti akan menimbulkan masalah. Terdapat sekurang kurangnya 2 selekoh berbahaya kerana terdapat lubang di tengah jalan yang membuatkan saya lebih berhati - hati. Kemi meneruskan perjalanan sehingga di RnR Subang ( yang ada go-kart tu).


Salam perpisahan di sini. Semoga kita bertemju dalam ride akan datang!
Saya meneruskan perjalanan ke Seremban dahulu sebelum dipotong dengan bunyi yang cukup merdu dari ngauman enjin inline 4. Saya tiba di rumah jam 0020. Anak bungsu menyambut kepulangan saya dengan teriakan 'walid!'