[Aktiviti MBC]





February 09, 2010, 09:48:18 pm *
Welcome, Guest. Please login or register.

Login with username, password and session length
News: Jom Survey!!
http://malaysianbikers.com.my/forum/index.php/topic,61404.0.html
 
   Home   forum Help Search Login Register  
collapse collapse
* User Info
 
 
Welcome, Guest. Please login or register.


* Board Stats
  • stats Total Members: 35905
  • stats Total Posts: 822732
  • stats Total Topics: 14181
  • stats Total Categories: 12
  • stats Total Boards: 64
  • stats Most Online: 873

Selamat Datang Ke Malaysian Bikers Community

Malaysian Bikers Community (MBC) diwujudkan bertujuan untuk mengumpulkan seluruh peminat dan penunggang motorsikal khususnya di Malaysia, untuk berkongsi pandangan, ilmu pengetahuan dan juga pengalaman masing-masing. Tidak kira apakah jenis motor anda dan selagi anda saling menghormati sesama warga MBC, anda diterima dalam suasana persaudaraan MBC.

Sejarah MBC bermula dengan laman web biasa pada sekitar tahun 2000, MBC telah menjalani beberapa evolusi hingga wujudnya Portal MBC sekarang. Walaupun MBC bukanlah laman web yang berteraskan keuntungan, tetapi kita harus sedar, terdapat kos yang perlu ditanggung oleh pihak pengurusan dalam memastikan MBC terus wujud di alam siber ini.

Bukan setakat di alam siber, MBC aktif menganjurkan akiviti-aktiviti konvoi bermotorsikal yang memberi manfaat kepada warga MBC yang turut serta. Antara aktiviti MBC yang sering menjadi perhatian adalah

  • Family Day - mengumpulkan warga MBC dari seluruh negara
  • Eco-Ride - Konvoi yg bertemakan alam sekitar
  • Year End Ride - Ride besar-besaran MBC
  • Charity Ride - memupuk warga MBC yang prihatin
  • Blood Donation - memupuk semangat membantu sesama insan
  • Iron Butt Ride - konvoi bermotorsikal jarak jauh merentasi sempadan politik.
Banyak lagi aktiviti-aktivit yang memberi manfaat kepada warga MBC akan dirancang dari masa ke semasa.

Selain konvoi motorsikal, MBC juga aktif dalam sukan permotoran. MBC Racing Team diwujudkan untuk mengasah bakat muda disamping mempromosi sukan permotoran di Malaysia.

Forum yang menjadi nadi utama MBC perlulah digunakan dengan sebaiknya untuk berkongsi apa-apa sahaja yang boleh memberi manfaat kepada warga MBC yang lain. Postinglah secara berhemah dan penuh tanggungjawab. Sekiranya ini boleh dicapai, kita tidak perlu peraturan dan juga polisi yang merimaskan kita semua. Sekiranya peraturan dan polisi diperkenalkan, ia tidak lain dari bertujuan untuk melindungi kepentingan umum. Posting yang berkualiti dan berbentuk ilmiah amatlah digalakkan, kerana ia menggambarkan warga MBC yang juga berkualiti dan berilmu.

Bagi pihak pengurusan MBC,kami berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh semua warga MBC. Cadangan dan pandangan yang membina amatlah dihargai. Semoga MBC akan terus maju dan mencapai visi untuk menjadi komuniti yang mengumpulkan semua peminat dan penunggang motorsikal tidak kira jenis motorsikal khususnya di Malaysia mahupun di serata dunia.



thumbup MBC Ride ke Sulawesi Selatan Indonesia!!!! 22-31 January 2010 | 16 Oct 09
14:58:23 by abol | Views: 15292 | Comments: 380



Pelan2 kita dicover, Pulau2 besar yang ada di Asia.
Kali ini kita pilih Indonesia pula.

Jom kita bincang2 sambil2 mencari maklumat. Sesiapa yang nak follow boleh letak nama.

Budget Rm 2500.00
Masa Ride 4-12 Hari.

2 hari saja untuk fly LCCT ke Makassar.

1.Abol
2.Mambang
3. Tuk tuk
4.Azamreevers
5.Aki.igt
6.Ahmad_castello
7.Shark (ladies) sepak kangggg Grin
8.Khalid Belanda
9.Hj. Taki.
10. AMIrul
11.Gulong


xx Thailand, Laos dan Border China Boten 17 dec 2009 - 3 Jan 2010 | 12 Sep 09
01:04:44 by Abg Acid | Views: 15996 | Comments: 347

Persiapan
1. Cuti, jika govt servant apply juga kebenaran keluar negara, dan beli insuran PA-Traveller
2  Passport international
3..Motor, kasi tip top... tak tip top, rosak kena tinggal. Bumble bee tak boleh ikut Grin
4. Wang .. kalau tak cukup, tiada AhLong.. kena tinggal juga
5  Paper work motor, Grant etc etc
6  Visa dari isteri.. heheh Grin
lagi lagi Grin


salam
abg acid





Flag Off Station:
Tarikh 17 December 2009
Masa : 12.05 am
Tempat ; R & R Sungai Buluh




Listing yg confirmed
1. Abg Acid Yamaha Fz150i
2. Musket Naza Blade 250
3. CrazyFrog Suzuki Fxr150
4. Mimi63  Kawasaki Klx250
5. Amirul  Suzuki Katana 400
6  Cosinus  Yamaha Fz150i
7   Sdan  Yamaha Fz150u



Itenary dan route adalah lebih kurang begini.

17 dec Kite berlepas dari sungai buluh R & R jam 12.05am.. ye tengah malam tu
17 dec Hat Yai - Ban Pong (keretapi)
18 dec Ban Pong - Katchanapuri
19 dec  Katchanapuri - Sukhotai
20 dec Sukhotai - Nan
21 dec  Nan - Chiang Khong. (ini adalah border town bersebelah Laos, dipsahkan dengan sungai Mekong) Dianta chiang Khong anda boleh hantar pakaian busuk anda untuk dobi
22 dec Chiang Khong - Luang Namtha (laos)
23 Luang Namtha - Boten (border China) - Houay Xai (laos, jika hendak lebih satu malam di Laos pun boleh)
24 Houay Xai - Chiang Khong (ambil semula baju dobi) - Mae Salong
25 Mae Salong - Pai
26 Pai - Mae Hon Song
27 mae Hon Son - Maae Chiaem (jika kite lebih di Laos, Mae Chiaem kite tak pergi, tapi terus ke Chiang Mai)
28  Mae Chiaem - Chiang Mai (dekat saja tapi lalu gunung ganang, Doi Inthanom puncak paling tinggi di Thailand)
29  Chiang Mai - Nakhon Sawan
30 Nakhon Sawan - Chaam
31 Chaam - Ranong
1 Jan 2010 Ranong - Hat Yai
2 Jan Hat - Kuala Lumpur.

Jika perjalanan lancar, kite akan tiba di Kuala Lumpur pada 2 hb Jan 2010 (sabtu) untuk rehat hari ahad, kerana anak anak pun dah dekat naik sekolah.

AA



Pages: [1]



* Top Boards

Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.11 | SMF © 2006-2009, Simple Machines LLC
SimplePortal 2.2.2 © 2008-2009
Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.086 seconds with 25 queries.